Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, kecuali diri sendiri
tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita…
sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia.
tetapi ktia sering terlupa akan hal itu.
kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaaan kita.
kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…?
seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
harapan dan impian juga kita luahkan.
dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
selalunya kita terlalu asyik menceritakan tetang diri kita hingga
kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
terima kasih sahabat ku kerana sentiasa berada disisi ku
maafkan aku andai aku terlupa untuk menjaga perasaan mu..
No comments:
Post a Comment