Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Saturday, 3 April 2010

Kisah Dracula

Pada satu hari, Drakula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir. Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam kumpulannya kerana dosa-dosanya membunuh dan menghisap darah manusia.
"Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yang telah kamu lakukan," kata ahli sihir. "Saya akan hantar kamu balik ke bumi, tetapi kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke 'benda' bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih?" tanya ahli sihir.
"Baiklah.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH heh...heh...heh..," kata Drakula.
Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi drakula pergi, terbang ke sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun. Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir.
"Saya akan memberi satu lagi peluang," kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?".
Dengan tersipu-sipu Drakula ini menjawab, "Saya nak jadi jugak BENDA HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!".
Ahli sihir fikir sekejap dan berkata, "Kalau itu yang awak mahu" dan menukarkan Drakula menjadi NYAMUK.
Ke bumi Drakula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Drakula terasa bodoh sangat bila berhadapan dengan ahli sihir buat kali ketiga.
"Saya akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir. Tetapi kali ini kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA. So, apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.
Drakula yang masih degil ini menjawab, "Ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH... heh.. heh.. heh..".
"No problem," kata ahli sihir dan terus menukar Drakula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD. heheheheheheeeee...

No comments:

Post a Comment