Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Friday, 2 April 2010

Apa Dia Cinta???

Assalammualaikum dan salam perkenalan kepada para pembaca yang budiman.

Cinta..

Apa itu cinta yang sebenarnya?

Kepada siapa kita harus mencintai?

Kenapa dengan cinta boleh membuat seseorang itu hilang pertimbangan diri. Sehingga sanggup untuk membunuh diri, membunuh bekas kekasihnya kerana tidak dapat terima hakikat yang bekas kekasihnya itu sudah mempunyai kekasih lain dan sebagainya..

Saudara/saudari.

” Kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum kita mencintai diri sendiri, dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum kita mencintai Allah”.

Fahami kata-kata di atas.

Dalam percintaan, seringkali kita mendengar kekasih kita ada mengatakan ‘abang tak sanggup tengok sayang dengan lelaki lain @ ayang x sanggup tengok abang ada perempuan lain’ ‘cinta dan kasih abang hanya untuk ayang sorang’ ‘kalo abang x percaya dengan cinta syg, bagitaula dengan cara apa baru ayang boleh buktikan cinta ayang pada abg. Ayang sanggup serahkan segalanya untuk abg’

‘Na’uzubillah min zalik’

Saudara/saudari.

Siapa yang meniupkan roh didalam jasad yang tidak bernyawa? Siapa yang memberi rezeki di dunia ini? siapa yang memberi kenikmatan hidup pada kita? Allah lah yang memberi semuanya itu pada kita. Kenapa kita tidak bersyukur padanya. Kenapa kita berlebih-lebih mencintai orang lain sedangkan segala kenikmatan, rezeki yang melimpah ruah itu datangnya dari ALLAH. Kenapa kita tidak boleh mencintai ALLAH lebih daripada kita mencintai pasangan kita. Ingatlah… Cinta pada bunga,bunga akan layu…Cinta pada manusia, manusia akan mati tetapi cinta pada ALLAH itulah Cinta yang abadi..

Saudara/saudari.

” Mengapa mengharap teman secantik Balqis jika diri x seindah sulaiman, Mengapa mengharap teman setampan Yusuf kalo kasih x setulus Zulaikha, Tak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim jika diri x sekuat Hajar, Mengapa didambakan teman hidup seistimewa Khadijah jika diri x sesempurna Rasullullah”

Dalam mencari pasangan, biarlah berpadan. Salah satu punca terjadinya perpisahan adalah kerana tidak sepadan. Bukan dari segi rupa sahaja, hatta dari segi perangainya pun biarlah berpadan. Laki-laki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Kebanyakan orang, nak kan pasangan yang terbaik untuk mereka. Baik dari segi rupa dan perangainya. Persoalannya, kita ni macam mana? Kita nak kan yang baik, kita ni baik ke? Kita nak kan yang cantik, kita ni lawa ke? Pokoknya, kalo kita nak kan yang terbaik dari pasangan kita, kita jadilah yang terbaik dulu. Memang orang kata, jodoh itu di tangan tuhan. So nak wat apa pening2 pk kan soal jodoh. Tapi bila dorang kecewa, dorang pk kan jgk soal jodoh. Dalam konteks ini, jangan kita serahkan bulat2 ataupun menyalahkan ALLAH dalam sesuatu perkara buruk terjadi. Bila cerai je kita cakap takdir ALLAH, bila sesuatu perkara buruk terjadi kita cakap ini dah ditakdirkan. Tiada satu pun yang ALLAH ciptakan itu perkara yang sia-sia. Kenapa bila cerai ALLAH yang disalahkan, kaji dulu diri sendiri kenapa perkara macam tu terjadi. Pasti ada sebabnya..

”Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.” Setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. Carilah rahsia itu dan kamu akan jumpa jawapannya.

Saudara/saudari.

Bila kita kecewa, janganlah kita mencari perkara lain selain dari ALLAH. Dekatkanlah diri dengan ALLAH kerana selangkah kita rapat padanya, seribu langkah dia rapat dengan kita.

”Bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian ke atas mu, yang menjadikan sakitnya hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu…..

Pasti akan damailah hatimu, kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia…

Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hatimu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana…DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebihlunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya…”

No comments:

Post a Comment