Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Thursday, 2 December 2010

Cinta dan Maksudnya

CINTA adalah perasaan jiwa dan tarikan hati. Hati seseorang yang mengenal CINTA akan tertarik kepada yang diCINTAInya dengan penuh perasaan dan kegembiraan. CINTA seperti makna ini adalah merupakan perasaan semula jadi (fitrah) yang sentiasa menjadi sifat-sifat manusia. Manusia yang mula tersangkut dengan CINTA selalunya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keinginannya.

Adakah ISLAM mengiktiraf pengzahiran CINTA ?

ISLAM dengan hakikat semula jadinya mengiktiraf CINTA yang bersemi pada diri seseorang. Bahkan ISLAM  telah pun menggariskan kepada kita tiga peringkat CINTA iaitu CINTA paling agung, CINTA pertengahan, dan CINTA yang paling hina. Oleh itu, ISLAM mengiktiraf perasaan CINTA kerana ia adalah fitrah semula jadi manusia. Manusia tidak dapat lari daripadanya kerana ia adalah hikmah yang ALLAH kehendaki sebagaimana firman-NYA :

“(Tetaplah atas) fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah ALLAH.” (Ar-Rum:30)


No comments:

Post a Comment