Saya ingin berkongsi satu pengalaman saya dengan pembaca budiman sekalian dan diharap agar kisah ini boleh dijadikan teladan dan panduan dimasa akan datang. Kisah ini berlaku didepan mata saya sendiri dan menyebabkan saya merasa insaf.
Ada seorang budak lelaki yang bernama Tatsuo Kun (bukan nama sebenar) yang tinggal berdua bersama ibunya iaitu Maciko San (juga bukan nama sebenar) disebuah daerah Yamanashi. Manakala, bapa kepada Tatsuo Kun telah meninggal dalam satu kemalangan jalanraya tujuh tahun yang lalu. Hubungan Tatsuo Kun dan ibunya agak rapat. Apa saja yang Tatsuo Kun inginkan pasti akan ditunaikan oleh ibunya.
Tatsuo Kun membesar menjadi seorang remaja yang bijak dan dia telah berjaya memasuki sebuah universiti melalui biasiswa iaitu Meiji University (hanya rekaan penulis).
Setelah memasuki universiti tersebut perangai Tatsuo Kun mula berubah, dia menjadi seorang yang sombong dan tidak menghiraukan apatah lagi menghubungi ibunya yang berada dikampung.
Hendak dipendekkan cerita, Maciko San mengambil keputusan untuk datang berjumpa dengan anaknya diuniversiti. Ketika itulah satu perkara yang menginsafkan diri saya berlaku. Ia terjadi benar-benar dihadapan saya. Keluar saja Tatsuo Kun dari pintu universiti bersama rakan-rakannya, ibunya terus saja memanggil anak kesayangannya itu. Melihat keadaan ibunya yang berpakaian kampung membuatkan Tatsuo Kun merasa amat malu dengan rakan-rakannya yang terdiri daripada anak orang berada. Lalu Tatsuo Kun mendekati ibunya dan berkata, "Makcik ni silap orang kot!". Saya merasa sedih dan terkejut ketika itu melihat Maciko San dilayan begitu. Maciko San memegang tangan anaknya. Terlihat airmata ibunya mula berkecai. Maciko San merayu agar anaknya tidak berkata begitu. Tatsuo Kun yang dihimpit perasaan malu telah menolak ibunya kearah jalanraya dan dilanggar kereta.
Saya merasa sungguh sedih dan cuba untuk menolong tetapi apakan daya, semuanya hanya berlaku didalam televisyen rumah saya. Lantas saya mengambil 'remote controller' dan menukar kesiaran lain.
No comments:
Post a Comment