Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Saturday, 2 January 2010

MINTA DERMA Share

Pada suatu pagi, seorang budak lelaki telah ditinggalkan bersama neneknya kerana ayah dan ibunya pergi keluar untuk bekerja. Pada sebelah petangnya, datang seorang pemuda dari persatuan badan kebajikan orang-orang tua untuk meminta derma. Lalu berlarilah budak lelaki untuk membuka pintu.

Pemuda: "Assalamualaikum."

Budak Lelaki: "Waalaikumsalam. Ye abang? Boleh saya tolong?"

Pemuda: "Abang dari persatuan badan kebajikan orang-orang tua. Abang datang ni nak mintak derma."

Budak Lelaki: "Oh. Abang nak derma. Boleh tak abang bagitau macamane nak derma?"

Pemuda: "Adik boleh menderma dari segi barangan atau wang, janji adik ikhlas."

Budak Lelaki: "Oh. Macam tu ek? Saya ade barang nak derma, tunggu kejap ye abang."

Pemuda: "Mulia sungguh hati budak ni, kecik-kecik dah pandai nak menderma. Sejuk perut emak dia mengandungkan dia."

Budak Lelaki: "Abang!"

Pemuda: "Ye adik?"

Budak Lelaki: "Nah! Saya nak dermakan nenek saya."

Pemuda: "#%&@$?"

No comments:

Post a Comment