Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.
Wednesday, 10 August 2011
Cukuplah Allah SWT bagiku
Seorang lelaki memasuki sebuah masjid bukan apada waktu solat, lalu ia menjumpai seorang anak kecil berusia sepuluh tahun sedang melaksanakan solat dengan khusyu'. Ia menunggu hingga anak kecil itu menyelesaikan solatnya, kemudian orang itu mendekatinya dan bertanya. "Anak siapa wahai anakku?"anak kecil itu menggeleng-gelengkan kepalanya dan menitiskan air mata di pipinya. Kemudian ia mengangkat kepalanya dan berkata,"Wahai pak cik, saya seorang anak yatim piatu."
Lelaki itu tersentuh sekali hatinya dan berkata,"Mahukah kamu menjadi anak angkatku?"Anak kecil itu berkata,"Apakah jika aku lapar engkau akan memberiku makanan?"Orang itu menjawab"Ya!!"
Anak kecil itu bertanya lagi,"Apakah jika aku tidak mempunyai pakaian, engkau akan memberiku pakaian?"Orang itu mengangguk dan mengatakan,"Ya!!"
Anak kecil itu bertanya lagi,"Apakah engkau akan menyembuhkanku jika aku sakit?" Orang itu menjawab,"Wahai anakku, aku tidak dapat melakukan itu"
Anak kecil itu bertanya lagi,"Apakah engkau akan menghidupkan ku bila aku mati?" Orang itu menggelengkan kepala."Aku juga tidak sanggup"
Akhirnya anak itu berkata,"Kalau demikian wahai pak cik,serahkanlah diriku kepada:
"Tuhan yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjukkan hidayah kepadaku, dan Tuhanku yang Dia memberi makanan dan minum kepadaku dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku , dan yang akan mematikan aku kemudian akan menghidupkan aku (kembali), dan yang amat ku inginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat"(Surah As-Syu'ra:Ayat 78-82)
Lelaki itu pun terdiam dan pergi meneruskan urusannya, sedang anak kecil itu berkata,"Aku beriman kepada Allah. Barangsiapa bertawakal kepada Allah nescaya Dia akan memberi kecukupan kepadanya.
Begitulah kisah anak seorang ank kecil yatim piatu yang begitu kuat pergantungan nya pada Allah dan begitu tinggi keyakinannya pada kekuasaan dan ketentuan Allah.Dia merasakn cukup hanya Allah tempat dia bergantung dan bertawakal.
~Sedangkan anak kecil ini begitu yakin akan ketentuan Allah tapi kita sendiri sering takut dan terfikir adakah akan ada rezeki untuk kita pada hari ni,esok dan seterusnya? Sehingga ramai manusia yang alpa dan terus tenggelam mengejar dan mencari kekayaan dunia. Kita merasakan seperti tidak akan ada hari esok untuk kita. Tetapi kerakusan manusia mengejar kemewahan juga kekayaan dunia seperti ianya akan habis jika kita tidak merebutnya. Apatah lagi ibadah dan kewajipan kita pada Allah dilupakan dan diketepikan lantaran keasyikkan mengejar keduniaan ini. Tidakkah kita terfikir, bahawa rezeki manusia telah Allah tetapkan bahagian masing2 sejak kita di dalam rahim lagi. Bukanlah bererti kita tidak perlu berusaha, tetapi jangan pula sehingga kewajipan padaNya diabaikan.
~Sama2lah kita fikirkan apa yang boleh kita ambil dari kisah ini sebagai panduan dan ingatan bersama. Begitu juga pada hal2 yang lain. Yakin dan bertawakal lah padaNYA. Sesungguhnya Dia menyukai orang2 bertawakal. Tetapi jgn pula kita salah gunakan konsep tawakal. Berusaha dulu kemudian berdoa dan bertawakallah padaNya. InsyaAllah, Dia tidak akan menghampakan permintaan juga Doa hambanya yang beriman dan berdoa bersungguh2 padaNya dengan Sabar dan Solat. Renung2lah kembali, adakah sudah cukup keyakinan dan pengharapan kita padaNya sehingga kita merasakan cukuplah Dia segalanya.??? Wallahualam
~Bersabarlah, sesungguhnya Allah mengiringi kesusahan dengan kemudahan. Mudah2an kesusahan itu akan lenyap dengan segera.
No comments:
Post a Comment