Cerita ini berkisahkan tentang Ayu iaitu nama sebenarnya Hamdan. Ayu adalah seorang pondan ataupun lebih popular dipanggil Mak Nyah. Ayu bekerja disebuah syarikat swasta di ibukota sebagai operator telefon/penyambut tetamu.
Semasa Ayu mula melangkahkan kakinya ke ibukota metropolitan itu, Ayu tinggal bersama seorang teman sekampungnya yang bernama Ayob. Namun, apabila Ayu mula menukar selera dan cara kehidupnya akibat terlalu taksub dengan gaya kehidupan kota metropolitan yang cukup mencabar, dia mula bertukar gaya kepada seorang wanita. Penampilan barunya itu cukup disenangi oleh mata-mata gatal jantan-jantan miang kotaraya. Sekali pandang, keayuannya memang terserlah. Lenggang-lenggoknya mampu membuatkan yang lumpuh bangun berlari apatah lagi kalau 'mini skirt' yang dipakainya terselak oleh tiupan angin nakal.
Ayob yang kurang senang dengan perubahan dan penampilan Ayu itu, tidak mampu berkata apa-apa. Ayob hanya membutakan mata dan mentulikan telinga akan tetapi dalam masa yang sama, Ayob yang sememangnya sudah biasa dengan keadaan si Ayu pun tidak tertahan, takut-takut tergoda imanya.
Demi untuk menjaga maruah dan nama baik kampong mereka, Ayu telah berpindah keluar dari rumah yang disewanya bersama Ayob. Hari demi hari berlalu. Bulan berganti bulan. Dengan pantas kehidupan dikotaraya semakin mencabar, kelibat Ayu tidak lagi pernah kelihatan. Kes jenayah seperti bunuh, ragut, rogol semakin menjadi-jadi saban hari. Kadang-kadang terlintas juga difikiran Ayob akan si Ayu, bagaimana keadaannya sekarang.
Dipendekkan cerita yang kian memanjang. Satu malam ketika Ayob sedang asyik menonton televisyen dirumahnya, tiba-tiba terdengar satu ketukan dipintu rumahnya. Bila Ayob buka pintu, dilihatnya seorang wanita yang cantik lagi ayu dengan mengenakan 'mini skirt', rambut ala-ala Tina Turner. Ayu menyapa Ayob. Ayob hampir tidak mengenali bahawa didepannya itu adalah Ayu.
Dipanjangkan cerita. Ayu pun masuk kedalam rumah si Ayob tanpa dipelawa sambil menangis tersedu-sedu dan memeluk Ayob. Ayob yang terkedu dan gabrah, cepat-cepat menutup pintu rumahnya kerana takut-takut diintai oleh pasukan 999 mahupun Edisi Siasat. Kelembutan Ayu pada ketika itu membuatkan Ayob merasa sesuatu telah mula bergerak tetapi Ayob masih mampu mengawal 'macho'nya.
Ayob: "Apesal ngan kau ni, Hamdan?"
Ayu: "Yob, aku dah menyesal. Aku sebenarnya nak bertaubat. Aku tak mau dah pakai seksi-seksi lagi. Aku insaf Yob, insaf. Aku tak mau nanti nama dan gambar aku masuk kat televisyen atau suratkhabar macam dot dot dot."
Ayob: "Baguslah kalau kau dah sedar. Aku pun selalu gak doakan kau supaya bukakan pintu hati kau untuk bertaubat. Baliklah kepangkal jalan ye, Dan."
Ayu: "Betulah Yob, kau sorang sajalah kawan aku dunia dan akhirat. Mulai esok Yob, aku berazam untuk berubah berhabis-habisan. Aku nak pakai tudung dan baju kurung ala-ala Waheeda gitu. Tak mau lagilah nak dedah aurat. What do you think, Yob?"
Ayob: "Astagfirullah."
cerita pondan
ReplyDelete