Husin seorang pemuda OKU yang kudung sebelah kaki, ingin berkahwin dengan wanita idaman hatinya, Milah. Akan tetapi Husin begitu risau dengan keadaan fisikalnya yang tidak sempurna, bimbang seandainya Milah tidak dapat menerima dirinya seadanya. Husin pun sampai naik pening kepala dibuatnya, bagaimana caranya agar dia dapat berkahwin dengan si Milah. Dalam kepeningan tersebut, Husin teringat akan kata-kata seorang sahabatnya, Farid.
"Alah! Senang tu. Pakai je kaki palsu, Sin." kata si Farid memberi cadangan.
"Bagus gak cadangan kau tu ye, Farid." balas Husin tanda setuju.
Husin pun menghantar rombongan untuk meminang Milah dan keluarga Aishah bersetuju dengan pinangan itu tetapi mereka tidak mengetahui bahawa Husin seorang yang tiada sebelah kaki.
Dihari perkahwinan Husin dan Milah, keadaan berjalan dengan lancar dan meriah. Dimalam hari, tibalah saat yang ditunggu-tunggu oleh Husin iaitu malam pertama. Husin berbaring diatas katil. Milah pergi ketandas untuk membersihkan diri dan mengenakan baju tidur yang dihadiahkan oleh Husin kepadanya.
"Ish! Tak best ni pakai kaki palsu, bukak dulu la." detik hati Husin.
Lalu Husin pun membuka kaki palsunya dan diletaknya dibawah katil. Apabila Milah keluar saja dari tandas, dia terperanjat beruk melihat keadaan Husin yang hanya mempunyai satu kaki.
"Mak oi! Satu kaki??" jerit Milah.
Ibu Milah yang terdengar dengan jeritannya dari kamar tidur lantas membalas, "Untung la kau Milah satu kaki. Bapak kau dulu satu inci je."
No comments:
Post a Comment