Imran amat menggilai Jamilah anak Pak Haji Daud. Imran dan Jamilah bagaikan pinang dibelah dua. Imran yang kacak dan Jamilah yang cantik.
Pak Haji Daud bukanlah seorang yang terlalu memilih dalam soal menantu, cukuplah sekadar seorang suami yang tahu akan bersolat dan bertanggungjawab tambahan pula si Imran ini pandai sangatlah berlakon, didepan Pak Haji Daud bukanlah main warak dengan kopiahnya sentiasa dikepala.
Tarikh perkahwinan antara Imran dan Jamilah telah pun ditetapkan. Tiba hari pernikahan, Imran dengan lancarnya melafazkan akad nikah telah pun sah menjadi suami kepada Jamilah. Malamnya, agak lewat sikit keluarga Pak Haji Daud masuk tidur sebab sibuk mengemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan pengantin baru pun turut lewat masuk tidur kerana membantu.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidur, keesokan paginya Pak Haji Dollah pun mengejutkan mereka semua untuk melakukan solat subuh. Mereka semua pun bangun untuk mandi dan bersiap tapi si Imran susah sangat nak bangun. Oleh kerana kelewatannya, Imran tidak sempat untuk melakukan solat berjemaah dengan Pak Haji Daud.
Maka dengan itu, Pak Haji Dollah menyuruh Imran untuk solat bersendirian sedang ahli keluarganya yang lain melakukan wirid. Imran pun qamat dan seterusnya bersolat subuh. Selepas selesai memberi salam, Pak Haji Daud pun menghampiri menantunya itu.
"Hai Imran, kenapa solat subuh tiga raka'at?" tegur Pak Haji Daud.
"Eh! Iye ke tiga raka'at? Rasa-rasanya dah cukup empat raka'at tadi." jawab Imran yakin.
"Masya Allah!" Pak Haji Daud mengucap panjang.
No comments:
Post a Comment