Pada lewat malam yang hening ada seorang nurse yang bernama Maya, sedang cuba menahan sebuah teksi. Lima minit berlalu, berhentilah sebuah teksi dihadapannya.
Semasa didalam perjalanan, pemandu teksi yang bernama Fendi asyik memerhatikan nurse tersebut melalui cermin tengah teksinya. Nurse itu merasa kehairanan lalu bertanya, "Kenapa encik asyik memerhatikan saya?". Fendi tersenyum malu dan berkata, "Sebenarnya, saya selalu berfantasi. Maafkan saya. Saya teringin sangat hendak mencium seorang nurse."
"Oh begitu. Tidak menjadi masalah. Saya izinkan encik mencium saya, kalau itu boleh memberi ketenangan kepada encik tapi saya ada satu syarat, encik mestilah belum berkahwin." kata Maya panjang lebar. "Oh! Sudah tentu saya belum berkahwin." balas Fendi girang kerana fantasinya selama ini bakal menjadi kenyataan.
Kemudian Fendi memberhentikan teksinya ditepi jalan yang sepi lagi dingin dan terasa angin sayup-sayup menerjah ketubuh. Fendi terus saja mencium nurse itu selama sepuluh minit tanpa henti. Selesai saja sesi itu, mereka pun menyambung perjalanan tapi dengan tidak semena-mena, Fendi menangis sedikit teresak-esak.
"Maafkan saya. Saya merasa bersalah, sebenarnya saya sudah pun berkahwin." akui Fendi. Mendengar pengakuan itu, Maya hanya tersenyum dan berkata, "Sudahlah encik. Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Saya juga bersalah. Saya bukanlah seorang nurse tetapi saya adalah Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan hendak menuju kepesta pakaian berseragam."
sources from: Faizah Sugar @Facebook.com
No comments:
Post a Comment