Ada dua puluh enam orang gila, mereka mahu diuji kesihatan mentalnya di Amerika. Mereka telah diangkut menggunakan pesawat Hercules yang besar.
Sewaktu di udara, orang-orang gila itu bising kerana bermain bola didalam pesawat. Si kapten marah dan mengarahkan co-pilotnya untuk menenangkan mereka.
"Oi! Bising lah korang ni! Jangan main bola didalam pesawat, bahaya!" bentak co-pilot kepada semua orang-orang gila tersebut.
Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-lama, si kapten merasa curiga dan kehairanan kerana situasinya terlalu tenang. Dia mengarahkan lagi co-pilotnya untuk melihat keadaan yang mencurigakan itu. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah hidup. Orang gilanya hanya tinggal empat orang! "Hei! Kenapa hanya tiggal kamu berempat? Yang lain ke mana?"
"Habisnya tak boleh main bola didalam kapal terbang. Jadi, mereka pun main bola diluar." jelas salah seorang dari orang gila itu.
"Hah?! Tapi, kenapa korang ada didalam?" tanya co-pilot lagi.
"Kan kita orang pemain simpanan." jawab orang gila tenang.
sources by: Faizah Sugar @Facebook.com
No comments:
Post a Comment