Cerita ini bermula disalah sebuah satu stesen minyak. Distesen minyak itu ada dua orang pekerja Bangladesh yang tahu cakap melayu sikit, cakap omputih sikit dan bahasa bangla yang sememangnya mereka handal gila. Nama mereka ialah Majid dan Abu.
Pada satu hari berhentilah sebuah kereta mewah, Mercedes untuk mengisi minyak. Pemandu kereta tu sorang Pak Arab. Kebetulan pula minyak dipam minyak itu sudah habis, ini yang membuatkan Abu pening kepala macamana nak cakap kat Pak Arab tu yang minyak dah habis. Pak Arab tu pula tak tau sepatah haram bahasa melayu. Cuma tau omputih sikit dan sudah setentunyalah bahasa arabnya.
Abu bagitau Pak Arab tu sambil menyebut “fuel” dan disusuli dengan gerakan memusingkan tangannya menandakan minyak sudah habis tapi Pak Arab tu ternganga tak paham. Abu cuba lagi sekali dengan menyebut “fuel” dan disusuli gerakan menggelengkan kepala tapi Pak Arab tu tetap ternganga luas tak paham.
Abu dah tak tau nak buat macamana. Dia pun pergi kat Majid untuk menerangkan situasi sebenar. Mereka bercakap dalam bahasa bangla dan bunyinya macam ni.
Abu: "Majid, tolong aku Majid. Pak Arab tu tak tau minyak dah habis."
Majid: "Alah! Ko cakap aje la minyak dah habis."
Abu: "Setakat Yes, No, Alright, I Love U atau I Miss U, aku tau la."
Majid: "Aku pun tak tau jugak cakap omputih ni."
Abu: "Alah! Tolonglah aku Majid."
Majid: :Ok! Aku tau sikit-sikit cakap arab."
Lalu pergilah si Majid kat Pak Arab tu dan dengan selambanya dia berkata, "Fuel, sodoqallahul'azim.”
info: sources by Faizah Sugar @Facebook.com
No comments:
Post a Comment