Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Saturday, 21 April 2012

IBRAHIM ADHAM : Kisah Hebat Seorang Raja Menjadi Ahli Sufi Mulia

Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.

 Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”

“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.
“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.
“Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah Subhanahu wata’ala dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?” Jawab suara itu penuh simbolik.

Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya sehingga pagi. Seperti kebiasaannya, di sebelah siang Ibrahim berada di atas singgahsananya untuk mendengar pengaduan dan masalah rakyat jelata. Tetapi hari itu keadaannya berlainan, dirinya gelisah dan banyak termenung.
Para menteri, pembesar istana dan rakyat yang hadir merasa hairan melihat perubahan yang terjadi dengan tiba-tiba kepada raja mereka.

Tiba-tiba masuk seorang lelaki berwajah menakutkan ke dalam ruangan perjumpaan itu. Tidak seorangpun di antara askar dan pengawal istana yang berani menanyakan sesuatu dan menghalangnya masuk. Kejadian berlaku begitu pantas, semua lidah menjadi kelu. Lelaki itu melangkah ke depan Ibrahim Adham.

“Apakah yang engkau inginkan daripada aku?” Tanya Ibrahim.
“Aku baru sahaja sampai, bagilah aku rehat dulu”, jawab lelaki itu.
“Ini bukan tempat persinggahan kafilah. Ini istanaku. Lagak engkau seperti orang gila saja!” Ibrahim menengking.
“Siapa pemilik sebenar istana ini sebelum engkau?” Tanya lelaki itu.
“Ayahku!” Jawab Ibrahim pendek.
“Sebelum ayahmu?”
“Datukku!”
“Sebelum dia?”
“Datuk kepada datuk-datukku!”
“Ke manakah mereka sekarang ini?“ Tanya lelaki itu.
“Mereka telah meninggalkan dunia ini”, jawab Ibrahim.
“Jika demikian, tidakkah ini sebuah persinggahan yang diduduki oleh seseorang kemudian ditinggalkannya dan diganti oleh yang lain pula?” Kata lelaki itu.

Tersentak juga hati Ibrahim mendengar kata-kata lelaki itu. Belum sempat Ibrahim menjawab, lelaki itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba ghaib di tengah orang ramai. Banyak para alim ulama membuat tafsiran sesungguhnya lelaki itu adalah Nabi Khidhir ‘Alaihissalam yang sengaja datang mengetuk hati raja Ibrahim bin Adham yang semakin lalai dengan tipu daya dunia.

Kegelisahan Ibrahim semakin menjadi-jadi sejak kejadian tersebut. Ia dihantui oleh bayangan dan suara lelaki itu sejak peristiwa di istananya. Akhirnya kerana tidak tahan lagi Ibrahim memerintah pengawalnya: “Persiapkan kudaku yang terbaik! Aku hendak pergi berburu. Ya, Allah! Bilakah semua ini akan berakhir?”
Ibrahim bin Adham dan rombongan terus merentasi padang pasir yang luas saujana mata memandangnya. Baginda memacu kudanya begitu laju sehingga akhirnya terpisah dengan rombongan tersebut. Dalam mencari jalan keluar baginda terlihat seekor rusa. Tiba-tiba Ibrahim ghairah hendak memburu rusa itu. Belum sempat berbuat apa-apa rusa itu berkata kepadanya: “Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”

Ibrahim yang di dalam ketakutan itu tiba-tiba terkejut dengan kata-kata itu. Baginda langsung tidak terfikir selama ini untuk apa baginda dicipta ke dunia. Sekarang keyakinan serta keimanannya telah tertanam di dalam dadanya. Seluruh pakaian dan tubuh kudanya basah oleh cucuran air mata penyesalannya selama ini. Dengan sepenuh hati Ibrahim bertaubat kepada Allah Subhanahu wata’ala. Dalam keadaan panas terik itu, baginda meninggalkan kudanya dengan berjalan kaki yang akhirnya baginda bertemu dengan seorang penggembala yang sedang menjaga sekumpulan kambing-kambingnya.

Tiba-tiba Ibrahim meminta keizinan untuk menyerahkan bajunya yang bersulam emas serta topinya yang bertatahkan batu-batu permata yang sangat mahal harganya. Sebaliknya baginda mengenakan pakaian dan topi gembala itu yang diperbuat daripada kulit dan bulu kambing. Gembala kambing itu melihat kelakuan Ibrahim itu dengan penuh kehairanan. Semua malaikat menyaksikan perbuatan Ibrahim itu dengan penuh kekaguman sehingga salah satu malaikat berkata: “Lihat, betapa megahnya kerajaan yang diterima putera Adham sebelum ini, akhirnya telah mencampakkan pakaian dunia yang kotor dan menggantinya dengan jubah kesedaran.”

Dengan berjalan kaki Ibrahim mengembara merentasi gunung dan menyusuri padang pasir yang luas sambil menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Akhirnya sampailah baginda di sebuah gua. Ibrahim yang dulunya seorang raja yang hebat akhirnya menyendiri dan berkhalwat di dalam gua selama sembilan tahun. Selama di dalam gua itulah Ibrahim betul-betul mengabdikan dirinya kepada Allah Subhanahu wata’ala. Setiap hari Khamis baginda ke pekan bernama Nishapun untuk menjual kayu api. Setelah sembahyang Jumaat baginda pergi membeli roti dengan wang yang diperolehinya. Roti itu separuh diberikan kepada pengemis dan separuh lagi untuk berbuka puasa. Demikianlah yang dilakukannya setiap minggu.

Akhirnya baginda mengambil keputusan keluar dari gua tersebut untuk merantau lagi merentasi padang pasir yang terbentang luas itu. Baginda tidak tahu lagi ke mana hendak ditujui. Setiap kali baginda berhenti di sebuah perkampungan, baginda kumpulkan orang-orang setempat untuk memberitahu betapa kebesaran Allah terhadap hambaNya dan azab yang akan diterima oleh sesiapa yang mengingkarinya. Justeru itu banyaklah orang yang akrab dengannya dan ada yang menjadi muridnya. Baginda mengharungi padang pasir itu empat belas tahun lamanya. Selama itu pula baginda berdoa dan merendahkan dirinya serta tawaddhu’ kepada Allah Subhanahu wata’ala. Nama Ibrahim pula mula disebut-sebut orang; dari seorang raja berubah menjadi seorang ahli sufi yang merendah diri.
Pernah dalam perjalanannya baginda diuji. Disebabkan kewara’an baginda itu ada seorang kaya datang menemuinya untuk mengambil tabarruk ke atas baginda dengan memberi wang yang sangat banyak kepada Ibrahim. “Terimalah wang ini, semoga berkah”, katanya kepada Ibrahim.

“Aku tidak mahu menerima sesuatupun daripada pengemis”, jawab Ibrahim.
“Tetapi aku adalah seorang yang kaya”, pintas orang kaya orang itu.
“Apakah engkau masih menginginkan kekayaan yang lebih besar daripada apa yang telah engkau miliki sekarang ini?” tanya Ibrahim.

“Ya, kenapa tidak?” Jawabnya ringkas.“Simpanlah wang ini kembali, bagi aku, engkau adalah ketua para pengemis di sini. Bahkan engkau bukan seorang pengemis lagi tetapi seorang yang sangat miskin dan meminta-minta.” Tegur Ibrahim.

Kata-kata Ibrahim itu membuatkan orang kaya itu tersentak seketika. Penolakan pemberiannya oleh Ibrahim disertai dengan kata-kata yang sinis lagi pedas itu turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya. Dengan peristiwa tersebut orang kaya itu bersyukur kepada Allah kerana pertemuan dengan Ibrahim itu membuatkan dirinya sedar akan tipu daya dunia ini. Beliau lalai dengan nafsu yang tidak pernah cukup daripada apa yang perolehinya selama ini.

Suatu ketika sedang Ibrahim bin Adham menjahit jubah buruknya di tepi sungai Tirgis baginda ditanya oleh sahabatnya: “Engkau telah meninggalkan kemewahan kerajaan yang besar. Tetapi apakah yang engkau telah perolehi sebagai imbalannya?”

Disebabkan soalan yang tidak disangka-sangka itu keluar dari mulut sahabatnya sendiri maka dengan tiba-tiba jarum di tangannya terjatuh ke dalam sungai itu.

Sambil menunjukkan jarinya ke sungai itu Ibrahim berkata, “Kembalikanlah jarumku!”
Tiba-tiba seribu ekor ikan mendongakkan kepalanya ke permukaan air. Masing-masing ikan itu membawa sebatang jarum emas di mulutnya.

Ibrahim berkata: “Aku inginkan jarumku sendiri.”
Seekor ikan kecil yang lemah datang menghantarkan jarum besi kepunyaan Ibrahim di mulutnya.
“Jarum ini adalah salah satu di antara imbalan-imbalan yang ku perolehi, kerana meninggalkan kerajaan Balkh. Sedangkan yang lainnya belum tentu untuk kita, semoga engkau mengerti.” Kata Ibrahim Adham dengan penuh kiasan.

Begitulah kehidupan seorang raja Balkh yang bernama Ibrahim bin Adham yang luas pemerintahannya dan hidup di dalam kemewahan, tetapi akhirnya berkelana menjadi ahli sufi yang terkenal. Baginda menemui Allah Subhanahu wata’ala pada tahun 165H/782M di negeri Persia. Taubat Ibrahim itu merupakan sebuah kisah yang sangat unik bagi umat Islam yang merintis kehidupan yang penuh dengan tipu daya di dunia ini. Wallahu ‘alam.



Wednesday, 18 April 2012

Kisah Insan Serba Biasa Yang Menjadi Ahli Syurga

Kepada Anas bin Malik, Rasulullah SAW menyampaikan kabar gembira bahwa sebentar lagi akan datang seorang laki-laki penghuni surga.

Mendengar berita yang diyakini kebenarannya tersebut, Anas segera melakukan persiapan untuk menyambutnya. Tak lama kemudian datang seorang laki-laki Anshar, tanpa banyak bicara. Lelaki itu pada keesokan harinya datang untuk kali yang kedua, begitu juga pada hari yang ketiga.

Abdullah yang dari sejak awal penasaran terhadap tamunya Anas bin Malik tersebut menguntit dari belakang. Ia ingin tahu banyak tentang lelaki yang disebut Rasulullah SAW sebagai penghuni surga. Untuk maksud tersebut, ia bahkan minta izin beberapa lama untuk tinggal, menginap di rumahnya.
Setelah mendapat izin, ia tak sedikitpun melepaskan perhatiannya kepada sosok Abdullah, mulai dari pekerjaannya, amalan kesehariannya, kebiasaan sehari-harinya, maupun karakter dan kepribadiannya.

Setelah tiga hari mengamati, ternyata Abdullah tidak menemukan sesuatu yang istimewa. Lelaki Anshar itu biasa-biasa saja, kecuali bahwa ia menjalankan shalat secara baik dan perkataannya selalu benar. Demikian halnya dengan shalat malamnya, lelaki itu hanya bangun tak lebih dari yang dilakukan oleh Anas bin Malik.
Merasa tidak berhasil melakukan pengamatan secara benar, maka kepada lelaki Anshar tersebut, Abdullah berterus terang menyampaikan penyamarannya, "Bahwa aku menginap di rumahmu semata-mata karena keinginan tahuku tentang amalan besar apakah yang engkau lakukan hingga aku ingin meneladanimu. Terus terang sampai saat ini aku belum menemukan sesuatu, padahal engkau telah mendapatkan derajat yang tinggi sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi. Mungkin Anda punya rahasia?"

"Tidak ada rahasia pada diri dan pekerjaanku," jawab lelaki itu dengan terus terang.

"Bisa Anda jelaskan hal-hal yang tidak aku ketahui?" desak Abdullah

"Sungguh, tidak ada yang istimewa pada diriku kecuali yang telah kamu perhatikan selama ini di sini," kata lelaki itu menegaskan.

"Barangkali masih ada yang lainnya?" Abdullah kembali penasaran

"Aku tidak memiliki keistimewaan apapun, kecuali bahwa aku tidak pernah menyimpan hasrat dalam hati untuk menipu sesama dan menaruh rasa dengki kepada seseorang lantaran kebaikan yang telah diberikan Allah kepadanya," kata lelaki itu merendah.

Mendengar jawaban lelaki itu, Abdullah berkata, "Inilah yang telah mengangkat derajat Anda menjadi penghuni surga sebagaimana yang disabdakan Rasulullah saw".

Kasih sayang Allah meliputi segala makhluk-Nya, baik ketika hidup di dunia maupun di akherat. Allah memberi surga tidak terbatas orang-orang tertentu yang mempunyai kedudukan istimewa saja. Orang-orang biasa yang melakukan amalan biasa-biasa saja dapat pula menikmati surga sebagaimana yang dijanjikan-Nya. Allah tidak rakus pujian, tidak juga sesembahan. Persembahan seorang hamba manfaatnya semata-mata untuk hamba tersebut.

Kekuasaan dan kebesaran-Nya tidak bertambah sedikitpun jika disembah oleh seorang hamba. Sebaliknya, kebesaran dan kekuasaan-Nya tidak berkurang sedikitpun jika sekiranya seluruh ummat manusia menentang dan menyekutukan-Nya.Orang-orang biasa yang amalan ibadahnya standar saja bisa menjadi penghuni surga, sebagaimana kisah di atas, asal keberhajaan ibadahnya disempurnakan dengan akhlaqul karimah.

Di akherat kelak, amalan yang timbangannya amat berat adalah akhlaq, sebagaimana sabda Rasulullah:"Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (pada hari kiamat) dari akhlaq yang baik."

Akhlaq inilah yang pada hari akherat banyak membantu manusia memperoleh surga. Sebaliknya karena akhlaq pula banyak orang yang ketika di dunia sangat aktif beribadah justru tergelincir mencicipi neraka. Mereka inilah yang disebut-sebut dalam hadits Rasulullah saw sebagai orang yang bangkrut.

Tentang hal itu Rasululah saw menegaskan, "Tahukah kamu yang disebut orang yang bangkrut?" Para sahabat menjawab, "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Nabi saw lalu berkata, "Sesungguhnya orang yang bangkrut dari ummatku ialah yang datang pada hari kiamat dengan membawa amalan puasa, shalat dan zakat, tetapi dia pernah mencaci maki orang ini dan menuduh orang itu berbuat zina. Dia pernah memakan harta orang itu lalu dia menanti orang ini menuntut dan mengambil pahalanya (sebagai tebusan) dan orang itu mengambil pula pahalanya. Bila pahala-pahalanya habis sebelum selesai tuntutan dang ganti tebusan atas dosa-dosanya, maka dosa orang-orang yang menuntut itu diletakkan di atas bahunya lalu dia dihempaskan ke api neraka".

Masih banyak kita dapati orang-orang yang apabila diperhitungkan amalan ibadahnya sungguh sangat mengagumkan, akan tetapi sayang sekali mereka masih kurang peduli terhadap masalah akhlaq. Hubungan dan interaksi sosialnya sangat buruk. Di sana ia masih memendam rasa iri, hasut dan dengki. Kadang-kadang tak bisa melepaskan dari dari ghibah, fitnah, bahkan namimah.

Menuduh sesama muslim dengan tuduhan yang amat keji, misalnya sebagai ahli bidah, ahli maksat, bahkan musyrik dan kafir. Padahal penilai yang sebenar-benar dan seadil-adilnya hanyalah Allah SWT.

Bukankah mereka juga membaca hadits Rasulullah saw:"Berhati-hatilah terhadap prasangka, karena sesungguhnya prasangka itu adalah seburuk-buruk ucapan yang paling bodoh." (HR.Bukhari)

Sungguh, masih beruntung orang yang diceritakan dalam kisah di atas. Meskipun ibadahnya pas-pasan tapi karena akhlaqnya baik, tidak pernah mempunyai niat untuk menipu orang lain dan tidak juga iri dan dengki kepada sesamanya atas pemberian Allah yang diberikan kepadanya, maka ia digolongkan, bahkan dijamin Rasulullah saw sebagai penghuni surga.

Suatu kedudukan yang sangat istimewa. Golongan inilah yang kelak di akherat justru paling dekat tempat duduknya dengan Rasulullah saw di surga. Rasulullah saw menegaskan, "Orang yang paling dekat denganku kedudukannya pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaqnya dan sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap keluarganya."

Berkaitan dengan masalah ini, sebagaimana diriwayatkan oleh Ath-Thabari, bahwa Ummu Salamah, isteri Rasulullah saw pernah bertanya kepada Nabi saw perihal isteri yang mempunyai beberapa orang suami. Ummu Salamah bertanya, "Ya Rasulullah, seorang perempuan dari kami ada yang nikah dua, tiga, dan empat kali (karena suaminya mati) lalu dia wafat dan masuk surga bersama suami-suaminya juga. Siapakah yang akan menjadi suaminya kelak di surga?" Nabi saw menjawab, "Dia disuruh memilih dan yang dipilih adalah yang paling baik akhlaqnya dan berkata, Ya Rabbku, orang ini ketika di dunia paling baik akhlaqnya kepadaku, maka kawinkanlah aku dengannya".

Masih dalam riwayat yang sama, Rasulullah kembali menegaskan: "Wahai ummu Salamah, akhlaq yang baik membawa kebaikan untuk kehidupan di dunia dan akherat". Bagian akhir dari tulisan ini, ada dua akhlaq yang dapat mengangkat seseorang sampai pada posisi puncak sebagai penghuni surga walaupun pada dasarnya orang tersebut tergolong biasa-biasa saja, terutama dalam ibadahnya. Pertama, hindari rasa ingin memusuhi sesama.

Jangan ada sedikitpun keinginan untuk memfitnah, mencaci, menyakiti, membicarakan aibnya, ataupun memusuhinya. Jauhkan pada diri Anda untuk berburuk sangka, mencari-cari kekurangan dan aib sesama. Sebaliknya berbuat baiklah kepada semua orang, karena kebaikan itu akan menjadi modal kebaikan dalam hidup dunia dan akherat.Kedua, hindari hasud dan dengki. Perbuatan ini sangat berbahaya dan membahayakan orang lain. Rasulullah saw menegaskan, "Waspadalah terhadap hasud (iri dan dengki), sesungguhnya hasud mengikis pahala-pahala sebagaimana api memakan kayu bakar."

Kisah Taubatnya Malik Bin Dinar



"Ya Allah Ampunilah Dosa-Dosaku" Kehidupanku dimulai dengan kesia-siaan, mabuk-mabukan, maksiat, berbuat zhalim kepada manusia, memakan hak manusia, memakan riba, dan memukuli manusia.

Kulakukan segala kezhaliman, tidak ada satu maksiat melainkan aku telah melakukannya. Sungguh sangat jahat hingga manusia tidak menghargaiku karena kebejatanku.

Malik bin Dinar Rohimahullah menuturkan: Pada suatu hari, aku merindukan pernikahan dan memiliki anak. Maka kemudian aku menikah dan dikaruniai seorang puteri yang kuberi nama Fathimah. Aku sangat mencintai Fathimah.

Setiap kali dia bertambah besar, bertambah pula keimanan di dalam hatiku dan semakin sedikit maksiat di dalam hatiku.

Setiap kali dia bertambah besar, semakin bertambah pula keimanan di dalam hatiku. Setiap kali aku mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala selangkah, maka setiap kali itu pula aku menjauhi maksiat sedikit demi sedikit. Hingga usia Fathimah genap tiga tahun, saat itulah Fathimah meninggal dunia.

Maka akupun berubah menjadi orang yang lebih buruk dari sebelumnya. Aku belum memiliki sikap sabar yang ada pada diri seorang mukmin yang dapat menguatkanku di atas cobaan musibah. Kembalilah aku menjadi lebih buruk dari sebelumnya.

Setanpun mempermainkanku, hingga datang suatu hari, setan berkata kepadaku: "Sungguh hari ini engkau akan mabuk-mabukan dengan mabuk yang belum pernah engkau lakukan sebelumnya." Maka aku bertekad untuk mabuk dan meminum khamr sepanjang malam. Aku minum, minum dan minum. Maka aku lihat diriku telah terlempar di alam mimpi.

Di alam mimpi tersebut aku melihat hari kiamat. Matahari telah gelap, lautan telah berubah menjadi api, dan bumipun telah bergoncang. Manusia berkumpul pada hari kiamat. Manusia dalam keadaan berkelompok-kelompok. Sementara aku berada di antara manusia, mendengar seorang penyeru memanggil: Fulan ibn Fulan, kemari! Mari menghadap al-Jabbar. Aku melihat si Fulan tersebut berubah wajahnya menjadi sangat hitam karena sangat ketakutan. Sampai aku mendengar seorang penyeru menyeru namaku: "Mari menghadap al-Jabbar!"

Kemudian hilanglah seluruh manusia dari sekitarku seakan-akan tidak ada seorangpun di padang Mahsyar. Kemudian aku melihat seekor ulat besar yang ganas lagi kuat merayap mengejar kearahku dengan membuka mulutnya. Akupun lari karena sangat ketakutan. Lalu aku mendapati seorang laki-laki tua yang lemah. Akupun berkata: "Hai, selamatkanlah aku dari ular ini!" Dia menjawab: "Wahai anakku aku lemah, aku tak mampu, akan tetapi larilah kearah ini mudah-mudahan engkau selamat!"

Akupun berlari kearah yang ditunjukkannya, sementara ular tersebut berada di belakangku. Tiba-tiba aku mendapati api ada dihadapanku. Akupun berkata: "Apakah aku melarikan diri dari seekor ular untuk menjatuhkan diri ke dalam api?" Akupun kembali berlari dengan cepat sementara ular tersebut semakin dekat. Aku kembali kepada lelaki tua yang lemah tersebut dan berkata: "Demi Allah, wajib atasmu menolong dan menyelamatkanku." Maka dia menangis karena iba dengan keadaanku seraya berkata: "Aku lemah sebagaimana engkau lihat, aku tidak mampu melakukan sesuatupun, akan tetapi larilah kearah gunung tersebut mudah-mudahan engkau selamat!"

Akupun berlari menuju gunung tersebut sementara ular akan mematukku. Kemudian aku melihat di atas gunung tersebut terdapat anak-anak kecil, dan aku mendengar semua anak tersebut berteriak: "Wahai Fathimah tolonglah ayahmu, tolonglah ayahmu!"

Selanjutnya aku mengetahui bahwa dia adalah putriku. Akupun berbahagia bahwa aku mempunyai seorang putri yang meninggal pada usia tiga tahun yang akan menyelamatkanku dari situasi tersebut. Maka diapun memegangku dengan tangan kanannya, dan mengusir ular dengan tangan kirinya sementara aku seperti mayit karena sangat ketakutan. Lalu dia duduk di pangkuanku sebagaimana dulu di dunia.

Dia berkata kepadaku: "Wahai ayah, "belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah."

Maka kukatakan: "Wahai putriku, beritahukanlah kepadaku tentang ular itu."

Dia berkata: "Itu adalah amal keburukanmu, engkau telah membesarkan dan menumbuhkannya hingga hampir memakanmu. Tidakkah engkau tahu wahai ayah, bahwa amal-amal di dunia akan dirupakan menjadi sesosok bentuk pada hari kiamat? Dan lelaki yang lemah tersebut adalah amal shalihmu, engkau telah melemahkannya hingga dia menangis karena kondisimu dan tidak mampu melakukan sesuatu untuk membantu kondisimu. Seandainya saja engkau tidak melahirkanku, dan seandainya saja tidak mati saat masih kecil, tidak akan ada yang bisa memberikan manfaat kepadamu."

Dia Rohimahullah berkata: Akupun terbangun dari tidurku dan berteriak: "Wahai Rabbku, sudah saatnya wahai Rabbku, ya, "Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah." Lantas aku mandi dan keluar untuk shalat subuh dan ingin segera bertaubat dan kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Dia Rohimahullah berkata: Akupun masuk ke dalam masjid dan ternyata imampun membaca ayat yang sama:

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah."
Itulah kisah taubatnya Malik bin Dinar Rohimahullah yang beliau kemudian menjadi salah seorang imam generasi tabi'in, dan termasuk ulama Basrah. Dia dikenal selalu menangis sepanjang malam dan berkata: "Ya Ilahi, hanya Engkaulah satu-satunya Dzat Yang Mengetahui penghuni sorga dan penghuni neraka, maka yang manakah aku di antara keduanya? Ya Allah, jadikanlah aku termasuk penghuni sorga dan jangan jadikan aku termasuk penghuni neraka."

Malik bin Dinar Rohimahullah bertaubat dan dia dikenal pada setiap harinya selalu berdiri di pintu masjid berseru: "Wahai para hamba yang bermaksiat, kembalilah kepada Penolong-mu! Wahai orang-orang yang lalai, kembalilah kepada Penolong-mu! Wahai orang yang melarikan diri (dari ketaatan), kembalilah kepada Penolong-mu! Penolong-mu senantiasa menyeru memanggilmu di malam dan siang hari.

Dia berfirman kepadamu: "Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada-Ku satu jengkal, maka Aku akan mendekatkan diri-Ku kepadanya satu hasta. Jika dia mendekatkan dirinya kepada-Ku satu hasta, maka Aku akan mendekatkan diri-Ku kepadanya satu depa. Siapa yang mendatangi-Ku dengan berjalan, Aku akan mendatanginya dengan berlari kecil."

Aku memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar memberikan rizki taubat kepada kita. Tidak ada sesembahan yang hak selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zhalim.

Malik bin Dinar Rohimahullah wafat pada tahun 130 H. Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala merahmatinya dengan rahmat-Nya yang luas

Dawood Al-Brittani: Kisah Gugurnya Mualaf Inggris dalam Perang Bosnia




Dawood, begitulah pria asal Inggris tersebut mengganti namanya setelah memeluk Islam. Ia adalah mualaf yang gugur di medan jihad pada usianya yang sangat muda, 29 tahun. Namanya begitu populer setelah memutuskan diri untuk membela kaum Muslim dalam pertempuran melawan Pasukan Kroasia di Bosnia pada 1993.

Ia dibesarkan dalam keluarga kristen. Sejak kecil, ia didik dengan doktrin Kristen hingga menginjak dewasa. Setelah lulus kuliah, ia bekerja pada salah satu perusahaan Komputer di Inggris.

Hingga suatu pagi, Dawood mengagetkan semua orang di kantornya. Tiba-tiba saja, pagi itu ia muncul dengan cara berpakaian berbeda dari biasanya. Ia berpakaian layaknya Muslim di Timur Tengah.

Ternyata, Dawood telah menjadi seorang Muslim. Pakaian yang bernuansa Muslim itu pula yang membuatnya dipecat dari pekerjaannya.

Dawood muda kebingungan. Tidak hanya keluarga, tapi rekan-rekan ditempatnya bekerja juga menolaknya. Karena dia sudah menjadi seorang Muslim. Tak ada yang mau menerimanya ketika itu, selain saudara-saudaranya dari komunitas Muslim.

Ia memutuskan untuk berangkat ke Bosnia bersama dua orang rekan Muslimnya yang lain. Mereka bergabung bersama Muslim Bosnia dengan tujuan bisa hidup secara Islam dan ingin belajar ilmu-ilmu keislaman.

Empat bulan telah berlalu. Beberapa rekannya dari Inggris mengajaknya untuk pulang ke Inggris. Ia menolaknya. Akhirnya ia tetap menetap di Bosnia.

Ia seorang yang sangat cepat belajar ilmu-ilmu Islam. Dawood juga dengan cepat menguasai bahasa Arab. Teman-temannya bercerita bahwa ia adalah seorang Muslim yang taat dan teguh memelihara sunah. Ia termasuk sosok yang disayangi oleh teman-teman dan saudara-saudaranya sesama Muslim di Bosnia.

Ia tidak melewatkan untuk shalat malam, walau cuaca teramat sangat dingin. Bahkan ia sering berdoa sepanjang malam. Ia hanya tidur sebentar dengan posisi tidur meringkuk ke kanan.

Setelah beberapa waktu kemudian, ia bergabung dengan mujahidin Bosnia dibawah komando Abul Harith. Komandannya juga sangat menyayangi Dawood karena kasalehannya.

Malam sebelum Dawood gugur di medan pertempuran, ia sempat bermimpi. Dalam mimpi tersebut, ia berjalan di antara dua sisi istana yang sangat besar dan megah.

Ia sempat bertanya " Siapakah pemilik Istana yang megah ini ?"

"Inilah milik salah seorang syuhada" begitulah jawaban dari mimpinya itu.

Dawood bertanya lagi, "Dimanakah istana milik Abu Ibrahim?" Abu Ibrahim adalah salah seorang teman dekat Dawood yang berkebangsaan Turki. Mereka dahulu bersama-sama datang dari Inggris. Abu Ibrahim ditembak mati oleh PBB Prancis didekat Bandara Sarajevo.

Suara dalam mimpi Dawood tersebut menjawab " Istana Abu Ibrahim ada di sana".

Dalam mimpi itu Dawood berlari menuju rumah teman dekatnya Abu Ibrahim. Dalam berlari itu ia terjatuh hingga ia bangun dari tidurnya kemudian menceritakan mimpinya.

Komandannya Abul Haristh sudah menduga bahwa Dawood mungkin akan gugur di medan pertempuran berikutnya setelah mendengar cerita mimpi Dawood. Mungkin saja ia akan segera menyusul sahabatnya Abu Ibrahim, karena ia ceritakan dalam mimpinya bahwa ia berlari menuju Istana Abu Ibrahim.

Keesokan harinya Dawood terlibat dalam sebuah operasi militer melawan Pasukan Kroasia. Dawood tertembak tepat di jantungnya dan tewas seketika. Ia berguling ke bawah bunker Kroasia yang mengakibatkan jasadnya tidak bisa diambil.

Setelah tiga bulan berikutnya, barulah jasad Dawood ditemukan oleh Pasukan Mujahidin. Diceritakan oleh Komandannya Abul Haritsh bahwa jasad Dawood saat ditemukan sudah berbau kesturi. Jasad tersebut ditemukan seperti posisi Dawood tertidur yaitu meringkuk menghadap ke kanan. Subhanallah...Subhanallah......... !

Redaktur: Heri Ruslan
Reporter: Hannan Putra
Sumber: muslimconverts.com


Rasulullah Saw bersabda:
Demi Dzat Yang jiwa Muhammad ada di Tangan-Nya, tidak satu lukapun yang terluka di jalan Allah melainkan ia itu datang di hari kiamat seperti keadaannya saat ia terluka; warnanya warna darah dan baunya bau kasturi (HR Muslim)



RELATED LINKS:
http://arrahmah.com/read/2009/01/13/3055-al-jihad-fie-sabilillah-menyingkap-tabir-kemunafikan.html

Rasulullah Saw Pingsan Mendengar Keterangan Jibril tentang Pintu Neraka Ke-7



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”

Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahwa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”

Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam.” Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur’an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di ujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di ujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”

Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman: yaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?” Jawab Jibril:
“Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun, namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nashara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibril diam, segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.”

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: “Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, yaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.”

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

Tuesday, 10 April 2012

Nabi Muhammad s.a.w kena SIHIR.




Abu Sa'id Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami dari Ali bin Muhammad al-Waraq, dari Ahmad bin Muhammad bin Nashr, dari Yusuf bin Bilal, dari Muhammad bin Marwan al-Kalbi, dari Abu Shalih, dari Ibnu Abbas bahwa Aisyah berkata:

“Rasulullah terkena sihir. Maka, baginda jatuh sakit, sehingga kami mengkhawatirkannya.

Ketika beliau berada antara tidur dan terjaga.

Tiba-tiba turun dua malaikat: yang satu berada di dekat kepala Rasulullah SAW dan yang lain berada di dekat kaki baginda.

Malaikat yang berada dekat kepala berkata kepada malaikat yang berada dekat kaki:

“Mengapa dia sakit?”

Malaikat bertanya demikian supaya Nabi SAW memahami persoalannya.

Temannya menjawab: “Terkena sihir.”

“Siapa yang melakukannya?”

“Lubaid bin A'sham, orang YAHUDI.”

“Di mana dia melakukannya?”

“Di sumur Dzarwan.”

“Bagaimana mengobatinya?”
“Kirimlah orang ke sumur itu dan keringkan airnya. Jika tampak sebuah batu besar, singkirkanlah karena di bawahnya terdapat tali busur yang berpintal sebelas dan diletakkan di dalam kantong. Setelah itu bakarlah ia. Insya Allah dia sembuh. Jika dia menyuruh orang, hendaknya dia mengeluarkan kantong itu.”

Ibnu Abbas melanjutkan,

“Nabi pun bangun dan baginda telah memahami apa yang dikatakan kepadanya oleh malaikat. Baginda menyuruh 'Ammar bin Yasir dan sekelompok sahabatnya ke sumur tersebut yang airnya telah berubah seperti inai.

Kemudian sumur itu dikeringkan. Setelah tampak batu besar, ia pun digulingkan, dan tampaklah di bawahnya kantong yang berisikan tali busur bersimpul sebelas.

Kemudian mereka membawanya kepada Rasulullah.

Maka, turunlah surah al-Falaq dan surah an-Naas.

Kedua surah ini berjumlah 11 ayat (5+6) dan sama dengan banyaknya buhul yang berjumlah 11 pula.

Setiap kali baginda membaca satu ayat, lepaslah satu buhul. Setelah seluruh buhulnya terbuka,

Rasulullah dapat bangkit dan seolah-olah terlepas dari ikatan. Buhul itu pun dibakar. Nabi menyuruh kita berlindung kepada Allah melalui kedua surah tersebut.

Lubaid mengunjungi Rasulullah SAW.

Meskipun baginda menceritakan kejadian di atas, pada wajah Lubaid tidak tampak perubahan apa pun.”

(Apakah pndapat kamu tentang Yahudi trsebut..?)

Sejak dahulu lagi bangsa Yahudi tidak pernah mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita walhal Nabi dan Rasul.
Mereka akan membunuh siapa sahaja tanpa perasaan belas kasihan dan simpati.
Contohnya Nabi Zakaria AS mereka belah badannya dan Nabi Yahya AS telah dipenggal kepalanya, dan mereka juga menyangka bahawa mereka telah berjaya membunuh Nabi Isa AS. Tetapi sebenarnya tidak.

Seorang wanita Yahudi juga pernah mengkhianati Nabi SAW dengan menghidangkan daging kambing beracun. Betapa sungguh zalim dan keji sifat Bani Israel ini.

Allah SWT telah berfirman yg bermaksud:

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam.

Yang demikian itu disebabkan mereka ‘menderhaka’ dan ‘selalu menceroboh.”

(Surah al-Maidah: 78)

Wednesday, 21 March 2012

Kisah Pemerintah Brunei & Doa Orang Soleh.

"Sumber dikisahkan & pengalaman daripada: Al-Fadhil Ustaz Hj. Abd Halim Abas."

“Di tahun 80-an saya sering dakwah di Sabah Serawak dan Brunei. Pada tiap malam
Juma’at, Pehin Menteri Besar (MB) ketika itu mengadakan Yasinan Tahlilan dan doa di
kediaman beliau. Setelah Isyak, juadah terhidang, jemaah dijemput makan, begitulah kebiasaan Pehin. Suatu malam, setelah solat Isyak, Pehin mengajak saya duduk di samping beliau, makan sambil berbual, beliau memulakan cerita, kata beliau:

"Ustaz saya ada yang mau saya sampaikan pada ustaz tentang sejarah Brunei ini.
Kami pada masa lalu tidak seperti ini, kami negeri yg sangat miskin, bukan saja rakyat miskin raja kami juga miskin. Hinggakan kalau masuk kapal dagang, cukai dari kapal dagang itulah buat bayar gaji pegawai."

Saya lihat air mata beliau tergenang d pelupuk matanya, beliau sebak, ucapannya tertahan tahan, tapi beliau teruskan juga.

"Ustaz, ukuran miskinnya raja kami, kadang-kadang dia  berhutang ikan dari penjual ikan berbulan-bulan untuk makan keluarganya."

Walau makanan enak pada malam itu, tapi hati saya turut sayu mendengar cerita Pehin, suapan saya juga tersendat-sendat.

Pehin teruskan ceritanya.

"Pada tahun 1920, Sultan pergi ke negeri Johor, di sana Sultan temui orang soleh yg barokah doanya, Sultan ceritakan kepada soleh itu, dan Sultan minta tolong doakan dirinya agar dapat rezeki yang boleh memberi kelapangan hidup untuk rakyat dan keluarga. Orang soleh itu berkata pada Sultan:  “Jika tuanku
berani berjanji untuk tegakkan syaria’t Islam, saya bersedia berdoa untuk tuanku”.

Sultan pun mengakui sanggup menegak syariat Islam, lalu Orang Soleh itu mengambil tongkatnya dan memotong sepanjang jari telunjuk, dan orang Soleh berkata pada Sultan: “Bawa tongkat ini,tanam di negeri Brunei”.

Tahun 1920 tongkat itu d tanam, dan pada tahun 1929 keluarlah minyak d Brunei, mendapat wang minyak yang pertama, lansung Sultan mengambil guru-guru agama dari negeri Johor.

“Ustaz!”, kata Pehin pada saya, “Saya khuatir melihat anak muda yang lupa Allah, seperti zaman sekarang, saya takut Allah sedut minyak ini kebawah maka tak naik naik lagi, saya lihat Pehin menahan tangisnya mukanya tunduk, saya terharu dan menahan sebak. Ustaz, “Dulu datok nenek kami menjaga makan minum mereka tak mau makan shubhat lebih-lebih lagi yg haram, mreka minum yang manis dari gula
tebu yang mereka perah sendiri. Makanan mereka bersih dan halal oleh sebab itu doa mereka berkat, kekayaan Brunei ini berkat doa mereka, bukan hasil usaha kami, ini kurnia Allah, berapa orang kah dari kami yangg BERSYUKUR?".


Suasana sepi saya jadi sayu, menangis dalam hati, barulah saya tau hati budi pemimpin Brunei, itu baru Menteri Besarnya, bagaimana hati budi Sultannya?

Sudah berkali-kali Sultan Hassanal Bolkia memerentah supaya melaksanakan hukum jinayah di Brunei, dari ucapan yang luar biasa baginda, Sultan Brunei bertitah:
 “Siapalah kita di hadapan Allah untuk berkata, tidak, atau nanti dulu” untuk melaksanakan hukum jinayah."

Titah ini sarat dengan aqidah yang teguh, Baginda sedar akan dirinya sendiri yang tiada apa apa di sisi Allah, Baginda menafikan segala sesuatu dengan pertanyaan: “Siapalah kita……….? dan mengithbatkan Allah dgn kata kata “….di sisi Allah…..”

Wahai kaum muslimin dan saudaraku yang beriman kepada Allah yang Maha Esa, terutama penduduk pulau Borneo satukan hati kita beri sokongan dokongan penuh kepada Baginda Sultan Brunei yg bertikad mau melaksanakan hukum jinayat(HUDUD) di negara Brunei, mungkin nanti akan merambas ke Borneo seluruhnya.

Pemberian IPAD disekolah-sekolah.

Assalaamualaikum, Alhamdulillah dengan izinNya kita berjumpa lagi didalam coretan yang tidak sepertinya ini.

Pada minggu yang lalu, telahpun berakhirnya MMN ke 8 yang berlangsung selama 15 hari di Bangunan Parlimen, dan banyak perkara-perkara positif yang telahpun disepakati untuk dilaksanakan demi kemajuan negara serta rakyat. Terima kasih kepada jemaah-jemaah Menteri Kabinet dan juga Yang Berhormat² , kerna telahpun dengan ikhlas dan jujurnya menjalankan tanggung-jawab mereka dan kitani sebagai rakyat jelata hanyalah menanti apakah benar atau tidak segala janji yang dibuat akan diungkayahkan.

Sebetulnya saya bukanlah seorang ahli-politik atau kan mencuba untuk berpolitik namun hati dan akal fikiran ini terpanggil untuk 'mengubak' sedikit akan perihalnya pemberian IPAD disekolah-sekolah yang mana belanja bagi itu semua adalah dalam sekita $6,000,000 Duit Brunei. Memang zaman sudah berubah, kalau dulu dizaman saya bersekolah hanyalah cukup membawa beberapa keping buku, lukisan dan beberapa batang pen dan juga pensil. Tunggu Cikgu masuk kedarjah, barutah kami bilang orang akan membuka beg, mengeluarkan buku-buku sepertimana yang diarahkan oleh Cikgu.Namun dizaman yang serba canggih ini, beberapa corak pembelajaran telahpun di-ubah / di-naik tarafkan, contohnya anak-anak kitani sudah mula diajar menggunakan computer disekolah-sekolah rendah iaitu melalui mata-pelajaran ICT. Alhamdulillah turut berbangga dengan hasil pencapaian negara khususnya melalui Kementerian Pendidikan. Berbalik kepada penggunaan IPAD ini, memang ada diantara kitani yang menyokong dan tidak kurang juga ada yang membantah. Namun didalam bantahan-bantahan itu terkandung dengan pelbagai banyak alasan yang begitu boleh diterima dan mempunyai asas yang konkrit! Saya telah mencuba membincangkan perkara ini bersama rakan-rakan didalam Facebook beberapa hari yang lalu dan akan saya kongsikan buah fikiran mereka kepada abiskita yang membaca diblog ini.


**Saya: Satu kebaikan dari pemberian IPAD kepada penuntut-penuntut disekolah iaitu sebagai ganti BUKU TEKS.**

'MUN' banar matlamatnya mcmatu, sewajarnya jua kitani selaku orang tua turut sama menjunjung anugeraha yg amat bermanfaat ini.
BapakNya ZakwanPersoalannya tuan: apa kelebihan iPad bagi sistem pembelajaran murid2? Byk pembaziran dan keburukannya berbanding kelebihannya nya..drpd 6juta atu durg balikn ipad..tantu plang duit atu dbalikan buku teks n workbook..krna buku tidak memerlukan maintainance berbanding iPad..buku tidak memerlukan elektrik berbanding iPad..
Rose Razak ind jua. mympuk th ku jua.drpd mbli ipad 6juta, lbeh bek th dlu d usai th skulah yg lma. cntoh ny mcm skulh kmi,ehe,atau skulah mulaut yg buruk a2. pusat tngktn6 bsar hntap tbuat ya,yg skulh mulaut damit,mumut nada budget. pnting kn th jua kslmatn murd.

then $6juta a2 mcukupi kn 2 utk SMUA murd d brunei. tau2 krg sx ny mgantat k skulah 20buting ganya. hmpit kn 2 smua murd mmkai mun ada 700 murd? atau kira th 25org murd d klas? apath gnya subjek yg hmpit mkai 2? last2 buruk sj dlm kutak.

ok kia th parents th yg kna cruh mbli. mun ank sorg mgkali dpt jua d usaha kn.mun ank smpi 3 keatas,apath pkai pbli. mcm mgalakkn phutangan th plg.

lps 2 lg bh. pkirkn th jua,tluan b-ipad ni bek ny knk2 dmit alum tau kn bsocial beintrnet.mun yg pintar 2 krg, antah2 ada yg bth plg beintrnet dr blajar. astee
Sharp Shooter yes lurus tu.... Kalau ipad tu rosak atau kecurian dan sebagainya, miana drg kn belajar... Mau inda mau kn indung lgi yg susah tu kng telusir sana sini mencari buku text.. Baik masa ada jua buku text 2 mun nada alamat guru jua yg sadis tu krg tepaksa bekerja keras utk membuat kertas kerja utk murid2 atau murid2 jadi kusut mun byk kn d salin...

Haslina Halim Yg ku dangar, ipad atu only for Adexcell students, bukan untuk majoriti..
Anak Watan Kenapa kita takut untuk berbelanja? Habis kah sudah usin Brunei ani? Bukankah lebih baik kalau kerajaan berbelanja daripada kita! Contoh saja apabila kerajaan kita berjimat B$20 juta dalam peberian subsidi lektrik. Siapa yang sakit apabila bil lektrik melambung naik? 
Maximal Nightscream buku teks nda prlu dkhuatiri virus bleh hdup dlm sistemnya, tu gnya pndangan yg dptku pikirkn.. :D


Sashaa Sashtacia Alhamdulilah kerajaan katani telah membuat persediaan pembelajaran base on technology. D sebab kn perkembangan technology pembelajaran dunia yg now lebih bnyak mengguna kn IT. Interactive notes, diagram 3D yg cangih yg dpat d kupas satu persatu dari lapisan luar hingga k dlm contohnya diagram telinga dlm pelajaran science semua sudah tersedia dlm software khas. Dan rajah dlm buku inda lagi practical dgunakan dlm dunia masa kini. Technology dunia ne lah yg MEMAKSA kerajaan berbelanja agar anak anak Brunei inda ketingalan. Klau pasal influence2 luar inda payah ipad la computer pun sudah lama membwa influence so sesuatu yg memang sukar d bendung. Tanpa katani sedari, buku semakin pupus... Inda lagi payah memotong pokok tuk buat kertas.... klau kan d tolak campur banyak persediaan mesti kerajaan buat demi untuk maintain high standard pembelajaran anak2 katani. Katani takut pada pembaharuan tapi perkembangan dunia inda menungu katani. Tawakal sja lahh mesti katani positive. Semoga wawasan ini berjaya.
Sharp Shooter
tapi harus di ingatkan jua kerna terlalu mengejar IT anak2 sekolh rendah d ajar cara2 on9 membuka internet dan website akhirnya anak2 d bawah umur pun dh pandai melebihi org2 dewasa.... Keburukan lebih byk dri kebaikan... Indung pun nda jua dpt mengawasi anak2 24hrs apa drg buat... Tambah2 lagi masani anak2 sekolah rendah pun dh pandai menggunakan hp... Hp pun canggih2 mengalahkan hp diri...


Rose Razak anak watan>mnta maaf ah mympuk ku lg. jgn kta marah apa yg kn ku ckp kn ani.

memg ind slh krjaan bblnja utk ktani. tp:

1)mgapa th d dahulukn pkara yg baru sdgkn bnyk pkara lma tbengkalai. dcni mseh jua ku mnekankn skulah ku lh ah. klu kta dtg sj rh bgunan kyu kmi ah,lantai ny buruk sudah mumut, dindg blubg, dewan kmi myedihkn bh. malar sudah dpohonkn.tp nada tindakan. yg dpkirkn kselamatn knk2. mau kta kn ank kta blajar dlm keadaan kelas mcm a2? mcm ada prnh kes lampu gugur,mun gugur atas kpla cna? yth cubath duit 2 dpkai th dlu myelesaikn kperluan drpd dtujukn kpd prncgn bru.
Linah Rose Saya masih nda setuju dgn iPad yg menggantikan buku teks ani... Masalah maintenance ipad ani lebih mahal bah... Mun tah banar jua kerajaan yg menanggung, masalah lain timbul lagi tu. Baik masa tah sekajap. Aarrgh pokoknya saya nda stuju. Jgn dibelakangkan/ ditinggalkan sama sekali buku teks. Buku ani batah mana pun disimpan, mun ia rusak pun nda macam kitani mengganti ipad... Entahlah org atasan ani, ada2 saja idea bisdia ani.
Rose Razak
‎2) teknologi ni bgus pulg jua. tp msti dpkirkn brapa bnyk tenaga mahir? cgu ani pn org jua. ukn cmpter,dpt kn d install2. ukn ny tarus pndai. msti jua blajar. n utk cgu mdpt kmahirn bteknologi ni bla th kn myeluruh? yg veteran cna? jgnth yg vetern yg kmi cgu biasa ani kdg2 mgusai excel pn pyh. pksa bklahi2,blagau2an dgn. len lg yg species tau snang sj,smua krja org mbuatkn dgn alasn 'nada pndai bcmpter'. mun dh bcmpter pn ind pndai, ipad a2 pn alum tantu jua 2.

Bayu Achum S bnr tu eyhh baik plg mbaiki skulah dulu....bnyk g skulah yg sdh mumut napa nda d usai...kselesaan murid lebih d utamakn bh keadaan sekeliling ani th jua buleh mbantu perkembangan pembelajaran.....lg satu a kselamatan atuu jua patut d ambil peduli dulu...mun sdh lantai mumut atap bubus apa cana bh kn bjunyak lantai ijap jua murid.... :)) aku pun nda setuju Ipad ani...mlalaikan ada jua tu krg....timbul jua lg kes curi tu krg....mananda timbul urg sdh ghairah kn Ipad mna g pduli takut n salah!! nda ku pcaya nda blaku kcurian krg contoh th sja d UBD knapa urg brani mncuri....pikirkn jua kburukannya mun kn mau mnggunakan peralatan moden ani...lg satu timbul jua krg tu anak2 beingul th jua mnta balikn Ipad tu arh indung rasa siuk sdh dskulah b Ipad jd drumau kn mau th jua....nahhh lakap duittt...mkin plg btmbah blnja tu n mnyusahkn......ermmmmm
Rose Razak ‎3) adakh pbelajarn tnpa kertas ani smua org udh mampu? mksudny ind pyh lg txtbk,workbook. krja pkai ipad antar pkai emel sj smua. ada kh smua household dbrunei ni tdpt internet d rumah? adakh smua indung yg myekulahkn ank sma mcm tni yg celek IT? mun yg mcm indung ku 2,mbuka cmpter pn nada pmandai, jngka ny ind jua iski hntap kn masg intrnet d rumah. mcm mna yg keluarga susah a2? drpd ny mbyr intrnet bek plg ya mblikn kprluan lain.
Rose Razak
‎4) IPAD mgalakkn phutngan d kalangan rakyat. mun dh ind mpu pksa jua bhutang 2 mun ank mjal kn mbli. yth krg org brunei mkin kuat mnta bntuan. mcm ULASAN MJLIS MSYUARAT NEGARA ah, apa ny "rakyat suka mminta2 n ind mhargai pmberian krajaan". dr mana th punca ny 2. huhu. pkir2kn lh.


Fadzil Hmi lau aku.. baik th pkrkn mluaskn tmpt parking di skulah.. makin hari makin sampit.. keselamatan anak2 skulah harus di utamakan, mengelakan tidak di ingini mcm tahun lepas
MdKhoeri Rofiq GRanie Klo ada satu perkara yang amba ingin tuk anak sekulah... ialah harus disediakan sarapan yang bergizi.... seblom mulai belajar... bubur nasi sama ayam n sayur2... sb otak hanya berfungsi saat tubuh sihat dan bertenaga... Sorry putung pembahasan sal iPad... iBubur saja...
Linah Rose Skulah kami kana janjikan kan kana buatkan dewan. Batah udah alum ada. Skulah besharing sama skulah ugama. Nda da staffroom utk guru ugama. Usin 6juta atu alum abis utk membuatkan sebuah dewan tu
Durang menteri2 ani taksub n bangga bila menyebut perbelanjaan sampai berjuta2 ringgit. Bukan jua usin bisia yg kana pakai. Durang kakal jua mewah..
.



Itulah antara jawapan dan pandangan mereka apabila mengetahui akan pemberian IPAD disekolah-sekolah nanti. Dan pandangan mereka ini sepatutnya mendapat perhatian yang lebih, yang mana contohnya untuk memperbaiki keadaan sekolah-sekolah terlebih dahulu. Andainya duit sebanyak $6,000,000 itu digunakan untuk memperbaiki keadaan sekolah-sekolah, rasanya ia lebih BERBALOI !!

Persoalan saya disini, apakah pandangan-pandangan rakyat ini tidak akan dilayan? Atau hanyakah setakat tinggal didalam tulisan sahaja?

Bagaimana dengan fikiran para pembaca sekalian?













Friday, 16 March 2012

Hidup Itu Satu Anugerah: Zina akan berlaku jika perkahwinan dituntut bayara...

Hidup Itu Satu Anugerah: Zina akan berlaku jika perkahwinan dituntut bayara...: Assalaamualaikum, apa khabar para pembaca semua? Diharapkan semuanya didalam keadaan sehat walafiat hendaknya. Aamiin. Mungkin, apabila aw...

Zina akan berlaku jika perkahwinan dituntut bayaran yang MAHAL??

Assalaamualaikum, apa khabar para pembaca semua? Diharapkan semuanya didalam keadaan sehat walafiat hendaknya. Aamiin.

Mungkin, apabila awda melihat tajuk diatas pastinya akan tertanya-tanya apakah betul maksiat akan berleluasa dengan kadar belanja perkahwinan yg amat mahal dikalangan masyarakat kita. Dan mungkin juga sebilangan dari awda memang sudah mengetahuinya, dan akan bersetuju. Namun bukanlah maksud penulisan saya kali ini ingin 'mengambak' senario ini. Tetapi tulisan saya ini adalah mencuba memusahabahkan diri saya sendiri dan yang lainnya jika mampu.

Baiklah, berlakunya maksiat iaitu Zina dimerata-rata ketika ini mengikut kajian telahpun mendapati bahawasanya mereka yang terlibat dalam kancah itu mengatakan bahawasanya mereka rata-rata tidak mampu untuk bernikah/berkahwin dengan alasan yang utama iaitu PERBELANJAAN NIKAH/KAHWIN terlalu mahal dan tidak terdaya bagi mereka untuk menunaikannya. Antara SEBAB yang dapat saya ketengahkan ditulisan ini  ialah WANG HANTARAN.

Banyak kekeliruan yang berlaku didalam masyarakat melayu sehinggakan kita menganggap Wang Hantaran iaitu didalam bahasa Melayu Brunei dikenal sebagai "Belanja Hangus" bagi pengantin perempuani tu lebih penting berbanding sunnah, walhal kita semua sudah maklum bahawasanya Wang Hantaran hanyalah ADAT.

Isu Wang Hantaran sering menjadi bangkitan dikalangan masyarakat melayu sehinggakan ada yang sampai meletakkan harga yang begitu tinggi mencecah nilai $10,000 dan yang paling minimum $3,000 kebawah. Saya tidak ingin menyentuh lebih lanjut isu ini, kerna ianya akan menyentuh 'sensitivity' banyak pihak.

Ini belum lagi termasuk belanja resepsi majalis yang diadakan mengikut adat sesebuah tempat. Antara adat-adat perkahwinan disini: Majalis Bebedak, Majalis Besanding, Majalis Ambil-ambilan, Majalis Mulih 3 hari. Kesemua majalis-majalis ini memerlukan perbelanjaan yang mungkin bukan sedikit. Betul atau tidak???

Dan andainya ada yang ingin membuat majalis yang sederhana pastinya akan sering mendapat tantangan-tantangan dari pihak kaum keluarga dan sahabat handai.
Boleh jadi ada pihak yang berkata begini: "eh luan jua kan bekira kamu ani, kawin ni sekali ganya seumur hidup bah, mun nda beusin agatah ke bank behutang.. nada salahnya behutang kan kawin ani.. tu nah jaga maruah keluarga. Apa nya orang ramai karang mun diliatnya majlis kamu sederhana, karang kana ucap kamu kawin ani sembarana, ada lagi karang beucap kawin emergency"..
Itulah antara dialog-dialog yang sering kitani dengari apabila berkumpulnya sanak saudara ketika membincangkan aturcara majlis yang bakal berlangsung.

Saya pernah membincangkan tajuk ini dengan seorang Ustaz dan akan saya kongsikan soalan saya dan jawapan beliau disini:

"Saya: Tuan, di Brunei ni kawin mahal.. Mun diluar negeri mungkin nda sampai $1000 sudah siap nikah,
DI brunei ni, mun nikah 'secawan kopi' ada tia karang tu nyanyang2 mulut celupar behabar yang bukan-bukan.


Ustaz: Bismillah: Kalau kita mahu ikut cakap orang, apa-apa pun salah. Mahal salah, murah salah, ramai salah, tak ramai salah. Cepat salah. lambat salah. Yang penting kita perlu ikut apa kata Allah swt dan RasulNya.

Bukankah Nabi Muhammad saw mengatakan:

" Mahar yang paling baik itu adalah mahar yang murah"

Bermakna perbelanjaan kawin pun sebaiknya murah jua.

Kalau orang mengata. Kita akan dapat pahala. Lama-lama akan pudar dari ingatan jua. Daripada kalau tidak ada yang mengata tetapi kita dapat dosa zina, atau sekurang-kurangnya akibat hutang yang berpanjangan. Bukankah kesannya jauh lebih bahaya dari orang mengata-ngata. Mudah-mudahan bermanfaat.".

Begitulah perbincangan saya dengan seorang Ustaz, dan beliau sendiri menyarankan agar perkahwinan dan nikah janganlah terlalu mengikut cakap orang, ianya mesti berbalik kepada diri kita sendiri. Apakah kita mampu ataupun tidak? Janganlah nanti kiranya kitani mengungkayahkan majalis-majalis basar tetapi selepas abis upacara kita dikirim Bil yang melambung tinggi, manakala hutang di bank akan terus dibayar dalam tempoh yang begitu lama.


Jadinya, kita mau yang mana? Samada kita mau ikut cakap orang atau kita buat keputusan sendiri?
 

Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )


Mohon ampun dan maaf dalam penulisan ini jika terdapatnya kekurangan-kekurangan, sebarang teguran dan balasan pendapat dari para pembaca amatlah dialu-alukan.

Sekian, dan Wassalaam..

Hari Jumaat - 16hb Mac 2012 / 4:56 petang.

Saturday, 10 March 2012

Piala Hasanal Bolkiah - 2012 - Apa sudah jadi???

Gamat, betul-betul gamat keadaan di Stadium Negara pada malam semalam kerna pasukan kita buat julung kalinya telah berjaya meraih Juara dengan berkesudahan 2- 0 menewaskan pasukan Garuda.

Baiklah, saya tidak mahu menyentuh tentang apa-apa mengenai permainan kedua pasukan semalam, kerna abiskita pun boleh mendapatkan bacaan yang lebih 'effisyen' melalui akhbar-akhbar tempatan.

Namun apa yang ingin saya tuliskan disini ialah mengenai ORANG KITANI. Abiskita mungkin ada sudah mendengarkan ketika perlawanan diantara pasukan negara menentang Myanmar tempoh hari dimana ketika nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Myanmar dimainkan, orang kitani dengan rasa tidak hormatnya 'MEMBOO' nyanyian tersebut. Astaghfirullahal-adzim.... beristigfar betul saya apabila mengetahui akan kejadian yang amat 'inda beumpama' sebegitu. Dimanakah rasa malu kitani? Dimanakah rasa hormat kitani kepada sesama negara sahabat? Dimanakah etika calak Ke-Bruneian kitani yang memang sudah turun temurun terkenal sebagai bangsa yang mempunyai budaya sopan yang cukup tinggi? Dimanakah hilangnya?

Inilah kita, andainya sudah melupakan asal-usul sebagai anak-anak Brunei! Inilah kita jika sudah terlalu dipengaruhi perasaan EGO yang tinggi dengan menganggap bangsa lain adalah murah, rendah dibandingkan dengan diri kita. MAAF! Saya tidak setuju sama sekali. Jangan kita beranggapan sedemikian. Marilah kita perbaiki diri kita semua dengan disiplin, dan fahamilah konsep negara MELAYU ISLAM BERAJA. Marilah kita bersama-sama menghormati sesama manusia.

Yeah dan pada perlawanan semalam juga tersebar khabar dan cerita disana sini telah terjadinya PERANG BOTOL. Kenapakah lagi ini harus berlaku disaat-saat negara kita baru hendak mencipta nama dan maju dalam sukan bolasepak? Apakah kita tidak terfikir, andainya perkara ini mendapat liputan yang meluas hingga keluar negara, maka sejarah hitam akan kembali menyelubungi negara kita, iaitu pasukan Negara akan di'sekat' lagi. Jadi kepada siapa harus dipersalahkan? Salahkan penganjur? Sudahlah... Penganjur sudah bermurah hati memberikan TIKET PERCUMA. Salahkan pemain skuad Tebuan kita? Kasihanilah mereka, jarih sudah dorang atu bemain, tau-tau kan kana banned tia oleh sikap tidak bertanggungjawap tersebut..

Fikir-fikirkanlah ...

***Tahniah kepada pasukan U21 Tebuan Jr***

Malam Pertama Dan Adab Bersenggama (Bersetubuh)


Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas

Saat pertama kali pengantin pria menemui isterinya setelah aqad nikah, dianjurkan melakukan beberapa hal, sebagai berikut:

Pertama: Pengantin pria hendaknya meletakkan tangannya pada ubun-ubun isterinya seraya mendo’akan baginya. Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda:
إِذَا تَزَوَّجَ أَحَدُكُمْ امْرَأَةً أَوِ اشْتَرَى خَادِمًا فَلْيَأْخُذْ بِنَاصِيَتِهَا (وَلْيُسَمِّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ) وَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ، وَلْيَقُلْ: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهَا وَخَيْرِ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ

“Apabila salah seorang dari kamu menikahi wanita atau membeli seorang budak maka peganglah ubun-ubunnya lalu bacalah ‘basmalah’ serta do’akanlah dengan do’a berkah seraya mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiatnya yang ia bawa. Dan aku berlindung dari kejelekannya dan kejelekan tabiat yang ia bawa.’”  [1]

Kedua: Hendaknya ia mengerjakan shalat sunnah dua raka’at bersama isterinya.

Syaikh al-Albani rahimahullaah berkata: “Hal itu telah ada sandarannya dari ulama Salaf (Shahabat dan Tabi’in).

1. Hadits dari Abu Sa’id maula (budak yang telah dimerdekakan) Abu Usaid.
Ia berkata: “Aku menikah ketika aku masih seorang budak. Ketika itu aku mengundang beberapa orang Shahabat Nabi, di antaranya ‘Abdullah bin Mas’ud, Abu Dzarr dan Hudzaifah رضي الله عنهم. Lalu tibalah waktu shalat, Abu Dzarr bergegas untuk mengimami shalat. Tetapi mereka berkata: ‘Kamulah (Abu Sa’id) yang berhak!’ Ia (Abu Dzarr) berkata: ‘Apakah benar demikian?’ ‘Benar!’ jawab mereka. Aku pun maju mengimami mereka shalat. Ketika itu aku masih seorang budak. Selanjutnya mereka mengajariku, ‘Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua shalat dua raka’at. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya dari keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua…!’”[2]

2. Hadits dari Abu Waail.
Ia berkata, “Seseorang datang kepada ‘Abdullah bin Mas’ud رضي الله عنه, lalu ia berkata, ‘Aku menikah dengan seorang gadis, aku khawatir dia membenciku.’ ‘Abdullah bin Mas’ud berkata, ‘Sesungguhnya cinta berasal dari Allah, sedangkan kebencian berasal dari syaitan, untuk membenci apa-apa yang dihalalkan Allah. Jika isterimu datang kepadamu, maka perintahkanlah untuk melaksanakan shalat dua raka’at di belakangmu. Lalu ucapkanlah (berdo’alah):
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لِي فِي أَهْلِيْ، وَبَارِكْ لَهُمْ فِيَّ، اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِي مِنْهُمْ، وَارْزُقْهُمْ مِنِّي، اَللَّهُمَّ اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ إِلَى خَيْرٍ، وَفَرِّقْ بَيْنَنَا إِذَا فَرَّقْتَ إِلَى خَيْرٍ
.
“Ya Allah, berikanlah keberkahan kepadaku dan isteriku, serta berkahilah mereka dengan sebab aku. Ya Allah, berikanlah rizki kepadaku lantaran mereka, dan berikanlah rizki kepada mereka lantaran aku. Ya Allah, satukanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan dan pisahkanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan.” [3]

Ketiga: Bercumbu rayu dengan penuh kelembutan dan kemesraan. Misalnya dengan memberinya segelas air minum atau yang lainnya.

Hal ini berdasarkan hadits Asma’ binti Yazid binti as-Sakan radhiyallaahu ‘anha, ia berkata: “Saya merias ‘Aisyah untuk Rasulullah صلی الله عليه وسلم. Setelah itu saya datangi dan saya panggil beliau supaya menghadiahkan sesuatu kepada ‘Aisyah. Beliau pun datang lalu duduk di samping ‘Aisyah. Ketika itu Rasulullah صلی الله عليه وسلم disodori segelas susu. Setelah beliau minum, gelas itu beliau sodorkan kepada ‘Aisyah. Tetapi ‘Aisyah menundukkan kepalanya dan malu-malu.” ‘Asma binti Yazid berkata: “Aku menegur ‘Aisyah dan berkata kepadanya, ‘Ambillah gelas itu dari tangan Rasulullah صلی الله عليه وسلم!’ Akhirnya ‘Aisyah pun meraih gelas itu dan meminum isinya sedikit.” [4]

Keempat: Berdo’a sebelum jima’ (bersenggama), yaitu ketika seorang suami hendak menggauli isterinya, hendaklah ia membaca do’a:
بِسْمِ اللهِ، اَللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ
مَا رَزَقْتَنَا

“Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah aku dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang akan Engkau karuniakan kepada kami.”

Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: “Maka, apabila Allah menetapkan lahirnya seorang anak dari hubungan antara keduanya, niscaya syaitan tidak akan membahayakannya selama-lamanya.” [5]

Kelima: Suami boleh menggauli isterinya dengan cara bagaimana pun yang disukainya asalkan pada kemaluannya.

Allah Ta’ala berfirman:

“Artinya : Isteri-Isterimu adalah ladang bagimu, maka datangi-lah ladangmu itu kapan saja dengan cara yang kamu sukai. Dan utamakanlah (yang baik) untuk dirimu. Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu (kelak) akan menemui-Nya. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang yang beriman.” [Al-Baqarah : 223]

Ibnu ‘Abbas رضى الله عنهما berkata, “Pernah suatu ketika ‘Umar bin al-Khaththab رضي الله عنه datang kepada Rasulullah صلی الله عليه وسلم, lalu ia berkata, ‘Wahai Rasulullah, celaka saya.’ Beliau bertanya, ‘Apa yang membuatmu celaka?’ ‘Umar menjawab, ‘Saya membalikkan pelana saya tadi malam.’ [6] Dan beliau صلی الله عليه وسلم tidak memberikan komentar apa pun, hingga turunlah ayat kepada beliau:

“Isteri-Isterimu adalah ladang bagimu, maka datangilah ladangmu itu kapan saja dengan cara yang kamu sukai…” [Al-Baqarah : 223]

Lalu Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda:
أَقْبِلْ وَأَدْبِرْ، وَاتَّقِ الدُّبُرَ وَالْحَيْضَةَ

“Setubuhilah isterimu dari arah depan atau dari arah belakang, tetapi hindarilah (jangan engkau menyetubuhinya) di dubur dan ketika sedang haidh”. [7]

Juga berdasarkan sabda Rasulullah صلی الله عليه وسلم:


مُقْبِلَةٌ مُدْبِرَةٌ إِذَا كَانَتْ فِي الْفَرْجِ

“Silahkan menggaulinya dari arah depan atau dari belakang asalkan pada kemaluannya”.[8]

Seorang Suami Dianjurkan Mencampuri Isterinya Kapan Waktu Saja
• Apabila suami telah melepaskan hajat biologisnya, janganlah ia tergesa-gesa bangkit hingga isterinya melepaskan hajatnya juga. Sebab dengan cara seperti itu terbukti dapat melanggengkan keharmonisan dan kasih sayang antara keduanya. Apabila suami mampu dan ingin mengulangi jima’ sekali lagi, maka hendaknya ia berwudhu’ terlebih dahulu.

Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda:
إِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ أَهْلَهُ ثُمَّ أَرَادَ أَنْ يَعُوْدَ فَلْيَتَوَضَّأْ

“Jika seseorang diantara kalian menggauli isterinya kemudian ingin mengulanginya lagi, maka hendaklah ia berwudhu’ terlebih dahulu.” [9]

• Yang afdhal (lebih utama) adalah mandi terlebih dahulu. Hal ini berdasarkan hadits dari Abu Rafi’ radhi-yallaahu ‘anhu bahwasanya Nabi صلی الله عليه وسلم pernah menggilir isteri-isterinya dalam satu malam. Beliau mandi di rumah fulanah dan rumah fulanah. Abu Rafi’ berkata, “Wahai Rasulullah, mengapa tidak dengan sekali mandi saja?” Beliau menjawab.
هَذَا أَزْكَى وَأَطْيَبُ وَأَطْهَرُ

“Ini lebih bersih, lebih baik dan lebih suci.” [10]

• Seorang suami dibolehkan jima’ (mencampuri) isterinya kapan waktu saja yang ia kehendaki; pagi, siang, atau malam. Bahkan, apabila seorang suami melihat wanita yang mengagumkannya, hendaknya ia mendatangi isterinya. Hal ini berdasarkan riwayat bahwasanya Rasulullah صلی الله عليه وسلم melihat wanita yang mengagumkan beliau. Kemudian beliau mendatangi isterinya  -yaitu Zainab radhiyallaahu ‘anha- yang sedang membuat adonan roti. Lalu beliau melakukan hajatnya (berjima’ dengan isterinya). Kemu-dian beliau bersabda,
إِنَّ الْمَرْأَةَ تُقْبِلُ فِيْ صُوْرَةِ شَيْطَانٍ وَتُدْبِرُ فِيْ صُوْرَةِ شَيْطَانٍ فَإِذَا أَبْصَرَ أَحَدُكُمُ امْرَأَةً فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ، فَإِنَّ ذَلِكَ يَرُدُّ مَا فِيْ نَفْسِهِ

“Sesungguhnya wanita itu menghadap dalam rupa syaitan dan membelakangi dalam rupa syaitan. [11] Maka, apabila seseorang dari kalian melihat seorang wanita (yang mengagumkan), hendaklah ia mendatangi isterinya. Karena yang demikian itu dapat menolak apa yang ada di dalam hatinya.” [12]

Imam an-Nawawi rahimahullaah berkata : “ Dianjurkan bagi siapa yang melihat wanita hingga syahwatnya tergerak agar segera mendatangi isterinya – atau budak perempuan yang dimilikinya -kemudian menggaulinya untuk meredakan syahwatnya juga agar jiwanya menjadi tenang.”  [13]

Akan tetapi, ketahuilah saudara yang budiman, bahwasanya menahan pandangan itu wajib hukumnya, karena hadits tersebut berkenaan dan berlaku untuk pandangan secara tiba-tiba.

Allah Ta’ala berfirman:

““Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat” .[An-Nuur : 30]

Dari Abu Buraidah, dari ayahnya رضي الله عنه, ia berkata, “Rasulullah صلی الله عليه وسلم ber-sabda kepada ‘Ali.
يَا عَلِيُّ، لاَ تُتْبِعِ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ فَإِنَّ لَكَ اْلأُوْلَى وَلَيْسَتْ لَكَ اْلآخِرَةُ

“Wahai ‘Ali, janganlah engkau mengikuti satu pandangan pandangan lainnya karena yang pertama untukmu dan yang kedua bukan untukmu”. [14]

• Haram menyetubuhi isteri pada duburnya dan haram menyetubuhi isteri ketika ia sedang haidh/ nifas.

Hal ini berdasarkan firman Allah Ta’ala:

“Artinya : Dan mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang haidh. Katakanlah, ‘Itu adalah sesuatu yang kotor.’ Karena itu jauhilah [15] isteri pada waktu haidh; dan janganlah kamu dekati sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, campurilah mereka sesuai dengan (ketentuan) yang diperintahkan Allah kepadamu. Sungguh, Allah menyukai orang yang bertaubat dan mensucikan diri.” [Al-Baqarah : 222]

Juga sabda Rasulullah صلی الله عليه وسلم:
مَنْ أَتَى حَائِضًا أَوِ امْرَأَةً فِي دُبُرِهَا أَوْ كَاهِنًا: فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ

“Barangsiapa yang menggauli isterinya yang sedang haidh, atau menggaulinya pada duburnya, atau mendatangi dukun, maka ia telah kafir terhadap ajaran yang telah diturunkan kepada Muhammad صلی الله عليه وسلم.”  [16]

Juga sabda beliau صلی الله عليه وسلم:
مَلْعُوْنٌ مَنْ أَتَى امْرَأَتَهُ فِي دُبُرِهَا

“Dilaknat orang yang menyetubuhi isterinya pada duburnya.” [17]

• Kaffarat bagi suami yang menggauli isterinya yang sedang haidh.
Syaikh al-Albani rahimahullaah berkata, “Barangsiapa yang dikalahkan oleh hawa nafsunya lalu menyetubuhi isterinya yang sedang haidh sebelum suci dari haidhnya, maka ia harus bershadaqah dengan setengah pound emas Inggris, kurang lebihnya atau seperempatnya. Hal ini berdasarkan hadits Ibnu ‘Abbas رضي الله عنه dari Nabi صلی الله عليه وسلم tentang orang yang menggauli isterinya yang sedang haidh. Lalu Nabi صلی الله عليه وسلم bersabda.
يَتَصَدَّقَ بِدِيْنَارٍ أَوْ نِصْفِ دِيْنَارٍ

“Hendaklah ia bershadaqah dengan satu dinar atau setengah dinar.’”[18]

• Apabila seorang suami ingin bercumbu dengan isterinya yang sedang haidh, ia boleh bercumbu dengannya selain pada kemaluannya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah صلی الله عليه وسلم.
اِصْنَعُوْا كُلَّ شَيْءٍ إِلاَّ النِّكَاح


“Lakukanlah apa saja kecuali nikah (jima’/ bersetubuh).” [19]

• Apabila suami atau isteri ingin makan atau tidur setelah jima’ (bercampur), hendaklah ia mencuci kemaluannya dan berwudhu’ terlebih dahulu, serta mencuci kedua tangannya. Hal ini berdasarkan hadits dari ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha bahwasanya Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda,
كَانَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ وَهُوَ جُنُبٌ تَوَضَّأَ وُضُوْءَهُ لِلصَّلاَةِ وَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَأْكُلَ أَوْ يَشْرَبَ وَهُوَ جُنُبٌ غَسَلَ يَدَيْهِ ثُمَّ يَأْكُلُ وَيَشْرَبُ

“Apabila beliau hendak tidur dalam keadaan junub, maka beliau berwudhu’ seperti wudhu’ untuk shalat. Dan apabila beliau hendak makan atau minum dalam keadaan junub, maka beliau mencuci kedua tangannya kemudian beliau makan dan minum.” [20]

Dari ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha, ia berkata,
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ وَهُوَ جُنُبٌ غَسَلَ فَرْجَهُ وَتَوَضَّأَ لِلصَّلاَةِ

“Apabila Nabi صلی الله عليه وسلم hendak tidur dalam keadaan junub, beliau mencuci kemaluannya dan berwudhu’ (seperti wudhu’) untuk shalat.” [21]

• Sebaiknya tidak bersenggama dalam keadaan sangat lapar atau dalam keadaan sangat kenyang, karena dapat membahayakan kesehatan.

• Suami isteri dibolehkan mandi bersama dalam satu tempat, dan suami isteri dibolehkan saling melihat aurat masing-masing.

Adapun riwayat dari ‘Aisyah yang mengatakan bahwa ‘Aisyah tidak pernah melihat aurat Rasulullah صلی الله عليه وسلم adalah riwayat yang bathil, karena di dalam sanadnya ada seorang pendusta. [22]

• Haram hukumnya menyebarkan rahasia rumah tangga dan hubungan suami isteri.

Setiap suami maupun isteri dilarang menyebarkan rahasia rumah tangga dan rahasia ranjang mereka. Hal ini dilarang oleh Rasulullah صلی الله عليه وسلم. Bahkan, orang yang menyebarkan rahasia hubungan suami isteri adalah orang yang paling jelek kedudukannya di sisi Allah.
Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda:
إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلُ يُفْضِى إِلَى امْرَأَتِهِ وَتُفْضِى إِلَيْهِ ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا


“Sesungguhnya manusia yang paling jelek kedudukannya pada hari Kiamat adalah laki-laki yang bersenggama dengan isterinya dan wanita yang bersenggama dengan suaminya kemudian ia menyebarkan rahasia isterinya.” [23]

Dalam hadits lain yang shahih, disebutkan bahwa Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda, “Jangan kalian lakukan (menceritakan hubungan suami isteri). Perumpamaannya seperti syaitan laki-laki yang berjumpa dengan syaitan perempuan di jalan lalu ia menyetubuhinya (di tengah jalan) dilihat oleh orang banyak…” [24]

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin rahimahullaah berkata, “Apa yang dilakukan sebagian wanita berupa membeberkan maslah rumah tangga dan kehidupan suami isteri kepada karib kerabat atau kawan adalah perkara yang diharamkan. Tidak halal seorang isteri menyebarkan rahasia rumah tangga atau keadaannya bersama suaminya kepada seseorang.
Allah Ta’ala berfirman:

“Artinya : “Maka perempuan-perempuan yang shalih adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, karena Allah telah menjaga (mereka).” [An-Nisaa' : 34]

Nabi صلی الله عليه وسلم mengabarkan bahwa manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari Kiamat adalah laki-laki yang bersenggama dengan isterinya dan wanita yang bersenggama dengan suaminya, kemudian ia menyebarkan rahasia pasangannya”. [25]

Tuesday, 28 February 2012

Zina Di Akhir Zaman

Matan Hadith

عَنْ ‏ ‏أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ‏ ‏قَالَ ‏: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏: ‏إِنَّ ‏ ‏مِنْ ‏ ‏أَشْرَاطِ السَّاعَةِ ‏ ‏أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا . رواه البخاري ومسلم.
Terjemahan:
Daripada Anas bin Malik RA. katanya; Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat itu ialah; diangkat ilmu (agama), tersebar kejahilan (terhadap agama), arak diminum (secara berleluasa), dan zahirnya zina (secara terang-terangan)”. (Riwayat al-Bukhari no. 78 dan Muslim no. 4824)
Huraian Hadith:
1. Antara tanda-tanda kiamat ialah ramai orang yang jahil terhadap agama, serta arak dan zina bermaharajalela. Dalam hadith lain, dengan isnad yang sahih, ditambah; amalan riba. Nabi SAW bersabda:
بين يدى الساعة يظهر الزنا والربا والخمر
“Di ambang kiamat nanti, akan zahir zina, riba dan juga arak”. Zina, arak dan riba adalah 3 unsur kejahatan yang berlaku kerana sifat jahil. Tidak semestinya bermaksud mereka jahil tentang hukum haramnya, kerana ramai yang tahu akan keharamannya namun masih tetap melakukannya. Sifat jahil tersebut dapat dimaksudkan sebagai jahil terhadap Allah SWT kerana jauhnya diri mereka daripada-Nya serta kerasnya hati mereka, hinggakan tanpa rasa takut melakukan apa yang dilarang oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang disuruh oleh-Nya.
2. Perbuatan zina adalah satu dosa besar yang wajib dijauhi. Bahkan wajib dijauhi faktor-faktor yang dapat mendorong kepadanya. Orang yang berzina menunjukkan tahap imannya yang begitu rendah sekali. Kualiti imannya dapat digoyah dengan sekali rangsangan nafsu sahaja disebabkan tiada usaha dan kesungguhan untuk memelihara dan menjaganya.
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال :( لا يزني الزاني حين يزني وهو مؤمن ولا يسرق السارق حين يسرق وهو مؤمن ولا يشرب الخمر حين يشربها وهو مؤمن ) رواه البخاري ومسلم
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan berzina seorang yang berzina ketika dia berzina padahal dia seorang mukmin, dan tidak akan mencuri ketika dia mencuri padahal dia seorang mukmin, dan tidak akan meminum arak ketika dia meminumnya padahal dia seorang mukmin.” (Riwayat al-Bukhari)
3. Zina adalah satu perbuatan yang sangat keji. Al-Quran menggambarkan zina itu dengan gambaran yang cukup buruk dan mampu memberi kesan yang amat negatif. Firman Allah SWT:
لَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (al-Isra’: 32)
4. Zina juga dapat menarik bala bencana dan malapetaka, sabda Nabi SAW: “Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah”. (Riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya)
5. Anak Zina:
Daripada Maimunah RA berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
لا تزال أمتي بخير ما لم يفش فيهم ولد الزنا فإذا فشا فيهم ولد الزنا فأوشك أن يعمهم الله بعذاب
“Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.” (Riwayat Ahmad, kata al-Munziri)

 By Runy Metali in صدق الله العظيم

Paderi kristian akhirnya mendedahkan rahsia!

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.


Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'

Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'

'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'

'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'

'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?' Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca 'Bismillah...' dia berkata,

- Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

- Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).'
(Al-Isra': 12).

- Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

- Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

- Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

- Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.'
(Al-Mulk: 3).

- Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.'
(Al-Haqah: 17).

- Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

- Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.'
(Al-An'am: 160).

- Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf

- Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).

- Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

- Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.' (At-Takwir: 18).

- Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

- Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)

- Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.'
(Luqman: 19).

- Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

- Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..' (Al-Anbiya':69).

- Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

- Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).

- Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci syurga itu?'

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!'

Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'

Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '

Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

source: https://www.facebook.com/groups/AkuhambaAllah/doc/197928800282988/

Azab Melengah-lengahkan Solat




Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Ada sebuah hadis yang panjang menerangkan mengenai solat dan anugerah yang diberikan oleh Allah kepada mereka yang menjaga solatnya, dan azab yang diterima oleh mereka yang melalaikan solat. Hadis ini banyak disebutkan oleh para penceramah ketika mengadakan kuliah-kuliah agama di masjid-masjid atau madrasah di mana sahaja

Hadis tersebut menyebut bahawa Allah S.W.T akan menganugerahkan 'LIMA KURNIA" atas seseorang yang menjaga solatnya lima anugerah itu ialah :-

1. Rezekinya dipermudahkan
2. Dia diselamatkan dari azab kubur
3. Dia akan menerima buku catatanya dari tangan kanannya pada hari hisab
4. Dia akan melintasi titian "SIRATHAL MUSTAQIM" pantasnya seperti kilat dan
5. Dia masuk syurga tanpa hisab Itulah lima anugerah yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang menjaga solatnya iaitu sentiasa "ISTIQAMAH", bila masuk waktu solat dia terus solat.

Di samping lima anugerah ini, Allah juga memberi amaran kepada orang-orang yang melengah-lengahkan solat. Dia akan menerima "LIMA AZAB" di dunia ini. Tiga daripadanya di dalam kuburnya dan tiga lagi selepas kebangkitan kelak. Azab di dunia itu ialah :-

1. Dia tidak diberkati dalam hidupnya
2. Dia kehilangan Nur di mana orang-orang soleh penuh dengannya
3. Dia tidak menerima pahala bagi amalan-amalanya yang baik
4. Doanya tidak dimakbulkan dan;
5. Dia tidak dapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh.

Sementara itu azab yang akan diterimanya semasa dia hendak mati kelak adalah :-

1. Dia mati dengan keadaan aib
2. Dia mati dalam kelaparan dan;
3. Dia mati dalam keadaan dahaga sehingga air laut di dunia ini disatukan tidak dapat menghilangkan dahaganya itu.

Manakala tiga azab akan diterimannya di dalam kubur bagi orang yang melalaikan atau melengah-lengahkan solatnya adalah :-

1. Dia dihimpit oleh kuburnya sehingga tulang-tulang rusuknya hancur
2. Api dibakar di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas baranya siang dan malam.
3. Ular yang berbisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjang dengan perjalanan sebulan akan menggigit. Sebelum dilepaskan, ular iatu akan bertempik seperti guruh berbunyi :-

"TUHANKU TELAH PERINTAHKAN AKU SUPAYA MEMUKUL KAMU KERANA KAMU MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT SUBUH SEHINGGA TERBIT MATAHARI". Melengah-lengahkan solat ZUHUR sehingga solat ASAR. Melengah-lengahkan solat MAGHRIB hingga solat ISYAK dan melengah-lengahkan solat ISYAK hingga FAJAR, ular itu terus memukulnya hinggalah hari kiamat. Setiap kali puluk membenamkan sehingga 70 HASTA DALAMNYA.

Sementara itu azab yang akan diterima oleh mereka melengah-lengahkan solat selepas kebangkitan nanti ialah :-

1. Hisabnya terlalu berat
2. Allah murka terhadapnya dan;
3. Dia dicampakan ke dalam api neraka.

Menurut satu lagi hadis dia akan didapati tiga baris ayat yang tertulis didahinya ialah:

'
HAI KAMU MELENGAH-LENGAHKAN KEWAJIPAN TERHADAP ALLAH S.W.T " HAI KAMU YANG PATUT MENERIMA KEMURKAAN ALLAH S.W.T DAN; KINI SESALLAH KERANA KAMU MELENGAH-LENGAHKAN KEWAJIPAN KAMU TERHADAP ALLAH S.W.T.

Sementara itu para ulama terkenal seperti Ibnu Hajar, Abu Alait Samaqandi dan lain-lain lagi telah meriwayatkan hadis-hadis ini dalam kitab-kitab mereka.

 SUNGGUH PUN AKU TIDAK DAPAT MENGESAN MATANYA DALAM KITAB-KITAB ASAL MENGENAI HADIS INI, NAMUN HADIS-HADIS LAIN YANG SETENGAHNYA SUDAH PUN DI SEBUTKAN BAGI MENGUATKAN MAKSUDNYA" KATA MEREKA.

Melengah-lengahkan solat sebagaimana yang disebutkan dan seperti yang dinyatakan membawa seseorang KEKUFURAN dan oleh itu tidak ada azab yang lebih pedih darinya kerana kesalahan ini. Akan tetapi hendaklah diingat bahawa selepas seseorang itu diumumkan bersalah pun, Allah adalah bebas memaafkan kalau kehendakinya. Allah berfirman dalam kitab suci yang maksudnya

 "SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGAMPUNKAN DOSA ORANG YANG MEMPERSEKUTUKANNYA DENGAN SESUATU APA JUA DARIPADA KESALAHAN (SYIRIK) ITU BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA"

Kalau Allah mengampunkan sesiapa yang dikehendakinya seperti orang-orang yang melengah-lengahkan solat, maka sesungguhnya bertuahlah orang itu, tetapi sesiapa yang dapat memastikan tuahnya iatu?. Ada disebut dalam sebuah hadis bahawa Allah S.W.T akan mengadakan " TIGA MAHKAMAH" pada hari hisab kelak di antaranya :-

MAHKAMAH PERTAMA ADALAH UNTUK MENGADILI ORANG KAFIR DAN ORANG-ORANG ISLAM DI MANA TIDAK ADA KEAMPUNAN".


MAHKAMAH KEDUA ADALAH UNTUK MENGADILI KEWAJIPAN DAN TINGKAH LAKU SESEORANG TERHADAP YANG LAINYA. MEREKA YANG TERANIAYA AKAN DIBALAS DI SANA. BALASANNYA ADALAH SAMA ADA DIPEROLEHI DARIPADA ORANG-ORANG YANG MENZALIMI ATAU DIBAYAR OLEH ALLAH S.W.T SENDIRI KALAU DIA MAHU MENGAMPUN SESIAPA PUN".


MAHKAMAH KETIGA AKAN MENGADILI KEWAJIPAN TERHADAP ALLAH. DI SINI PINTU RAHMAT ALLAH AKAN DIBUKA LUAS DAN AKAN MENGAMPUNI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA".
Dengan keterangan ini jelas bahawa kita patut menerima azab yang telah ditentukan untuk dosa-dosa yang telah kita lakukan. Tetapi sifat Allah yang Maha Pengasih itu tidak ada batasnya dan dapat dia mengampunkan segala-segalanya. Sementara itu Anas R.A menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :-

"KALAU SESEORANG MENINGGAL DUNIA DENGAN BERIMAN MEMATUHI PERINTAH-PERINTAH ALLAH MENUNAIKAN SOLAT, MENGELUARKAN ZAKAT. MAKA DIA MATI DENGAN KEREDHAAN ALLAH".

Anas juga menceritakan beliau mendengar Rasulullah S.W.T bersabda :-

"ALLAH S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYA DITIMPA KE ATAS SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE MASJID, KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN PADA WAKTU TENGAH MALAM".

Abu Darda mengirim surat kepada Salman R.A katanya :

"HABISKANLAH KEBANYAKAN MASAMU DALAM MASJID AKU DENGAR RASULULLAH S.A.W BERSABDA : MASJID ADALAH RUMAH ORANG-ORANG SOLEH. ALLAH SENDIRI BERJANJI BAHAWA DIA AKAN MEMBERKATI ORANG-ORANG YANG KEBANYAKANNYA MASANYA BERADA DI DALAM MASJID." ALLAH AKAN MENGHIBURKANNYA DAN AKAN MEMUDAHKAN MENYEBERANGI TITIAN SIRATHAL MUSTAQIM DAN SESUNGGUHNYA ALLAH MENGASIHI ORANG YANG DEMIKIAN:.

Semoga kita sentiasa dalam keampuan Allah S.W.T hendaknya. Amin.

source: https://www.facebook.com/groups/AkuhambaAllah/doc/242419589167242/