Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Saturday, 10 March 2012

Piala Hasanal Bolkiah - 2012 - Apa sudah jadi???

Gamat, betul-betul gamat keadaan di Stadium Negara pada malam semalam kerna pasukan kita buat julung kalinya telah berjaya meraih Juara dengan berkesudahan 2- 0 menewaskan pasukan Garuda.

Baiklah, saya tidak mahu menyentuh tentang apa-apa mengenai permainan kedua pasukan semalam, kerna abiskita pun boleh mendapatkan bacaan yang lebih 'effisyen' melalui akhbar-akhbar tempatan.

Namun apa yang ingin saya tuliskan disini ialah mengenai ORANG KITANI. Abiskita mungkin ada sudah mendengarkan ketika perlawanan diantara pasukan negara menentang Myanmar tempoh hari dimana ketika nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Myanmar dimainkan, orang kitani dengan rasa tidak hormatnya 'MEMBOO' nyanyian tersebut. Astaghfirullahal-adzim.... beristigfar betul saya apabila mengetahui akan kejadian yang amat 'inda beumpama' sebegitu. Dimanakah rasa malu kitani? Dimanakah rasa hormat kitani kepada sesama negara sahabat? Dimanakah etika calak Ke-Bruneian kitani yang memang sudah turun temurun terkenal sebagai bangsa yang mempunyai budaya sopan yang cukup tinggi? Dimanakah hilangnya?

Inilah kita, andainya sudah melupakan asal-usul sebagai anak-anak Brunei! Inilah kita jika sudah terlalu dipengaruhi perasaan EGO yang tinggi dengan menganggap bangsa lain adalah murah, rendah dibandingkan dengan diri kita. MAAF! Saya tidak setuju sama sekali. Jangan kita beranggapan sedemikian. Marilah kita perbaiki diri kita semua dengan disiplin, dan fahamilah konsep negara MELAYU ISLAM BERAJA. Marilah kita bersama-sama menghormati sesama manusia.

Yeah dan pada perlawanan semalam juga tersebar khabar dan cerita disana sini telah terjadinya PERANG BOTOL. Kenapakah lagi ini harus berlaku disaat-saat negara kita baru hendak mencipta nama dan maju dalam sukan bolasepak? Apakah kita tidak terfikir, andainya perkara ini mendapat liputan yang meluas hingga keluar negara, maka sejarah hitam akan kembali menyelubungi negara kita, iaitu pasukan Negara akan di'sekat' lagi. Jadi kepada siapa harus dipersalahkan? Salahkan penganjur? Sudahlah... Penganjur sudah bermurah hati memberikan TIKET PERCUMA. Salahkan pemain skuad Tebuan kita? Kasihanilah mereka, jarih sudah dorang atu bemain, tau-tau kan kana banned tia oleh sikap tidak bertanggungjawap tersebut..

Fikir-fikirkanlah ...

***Tahniah kepada pasukan U21 Tebuan Jr***

No comments:

Post a Comment