Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.
Sunday, 28 April 2013
Insiden "Menjunyak" Al Quran...
Assalaamualaikum,
"...beberapa hari yang lepas, kita warga Brunei dikejutkan dengan
kemunculan satu video klip yang mana pengisiannya mengenai seorang
lelaki yang telah 'menjunyak' Quranul Karim disalah sebuah masjid
dikawasan Daerah Brunei & Muara.
Acara penyebaran video tersebut begitu lancar umpama melepaskan peluru-peluru torpedo didalam WhatsApp serta dilaman sosial popular FB.
apakah dengan kita menyiarkan, menyebarkan, mengupload video itu
menunjukkan bahawa kitani adalah umat Islam yang begitu perihatin kpd ugama? atau kononnya kita nak menunjukkan kpd orang lain bahawa kita adalah yang paling bertaQwa?
Ketahuilah jua oleh
kitani bahawa kitani pun sama jua turut bersubahat! bersubahat apa?
ahaaaa bersubahat menyebarkan keaiban orang atuuu.. bukan kah atu jua
dikira dosa?
bukan kah dinegara tani ada udah pehak yang
berauthoriti bagi menangani kes atu, so why dont we just leave it to
them untuk menyiasat perkara atu.. biarlah Ahli-ahli yang bertauliah
menentukan apa jua keputusan dan tindakan yang patut diambil kepada
insan yang SILAP atu..
apabila kitani mengimbau lagi akan
sirah-sirah Nabi s.a.w , lagitah banyak bah cerita-cerita tragis yang
memilukan, menyakitkan hati serta pahit maung baginda dan para sahabat radiyallahu-anh dalam
misi menyebarkan dakwah, ...
jadi sebaik dan semoleknya kitani tak usah menjadi
hakim, tak perlu menjadi mufti , tak payah tah kan mengucapkan orang atu
kafir, laknat dan sebagainya (apabila membaca komen-komen orang awam disana sini), apa yang kitani yakin sesunggughnya semua
ani ada hikmahNYA jua, dan marilah kitani doakan agar insan atu
dikurniakan HIDAYAH oleh Allah swt agar kembali kepangkal jalan, dan
menjadi muslim / mukmin yang diredhai..."
sekian, terima kasih.
Isa Hs - 28hb April 2013 / 9.37am.
p/s: hairan jua saya, siapa yang menggambar video atu ah? dan apa
niatnya yang sebenar? mun banar kedia sayangkan ummah, nada perlu
baginya kan menyebarkan disana sini, cukup tarus hantar ke balai polis
dan ke bahagian penguatkuasa ugama, lagi tah bagussss... semoga kitani
semua jua turut diampuni Allah .. Aamiin..
No comments:
Post a Comment