Alhamdulillah, negara kitani melangkah lagi setapak kehadapan iaitu Kemerdekaan negara kita telahpun mencapai usia yang ke 28tahun. Mungkin banyak blogger-blogger brunei yang sudah menulis mengenai hal sebegini dimusim perayaan hari kebangsaan tempoh hari. Namun ingin juga peramba/amba/kaola/saya mencungkil sedikit apa yang dimaksudkan KEMERDEKAAN Brunei?
Masih ramai diluar sana yang keliru bahawa beranggapan Tanah Brunei yang dicintai ini telah dijajah oleh Pemerintahan Inggeris. Sebetulnya adalah TIDAK SAMA SEKALI. Negara kita tidak pernah dijajah, malah negara kita adalah negara yang berdaulat dan mempunyai hubungan yang begitu istimewa dengan Kerajaan Great Britain sejak sekian lama. Kita tidak perlu melaungkan "Merdeka Merdeka Merdeka" seperti dinegara luar , tetapi UNIK nya sewaktu kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1984, hanyalah laungan "Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar" sahaja yang kedengaran yang mana di pimpin oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Maulana Begawan Sultan.
Inilah negara kita, negara yang sekarang menuju kearah Negara Zikir dan akan melaksanakan Hukum Hudud, Insya ALLAH. Kita sepatutnya merasa bangga , merasa bersyukur bahawasanya negara kita tidak pernah dijajah. Demi untuk pemahaman yang lebih jelas , saya telah berusaha 'mengedit' Teks Pemasyuran Kemerdekaan yang pada asalnya dalam tulisan jawi ke bahasa rumi. Semoga abiskita semua dapat membacanya dan memahaminya dengan lebih mendalam lagi. Dan panjatkanlah KESYUKURAN ke hadrat ALLAH SWT atas limpahan kurniaNYA jua negara kita aman damai sentosa dibawah kepimpinan KDYMM Baginda Sultan yang senantiasa memeduli akan hal-ehwal kebajikan rakyatnya. Alhamdulillah.
Teks Pemasyuran Kemerdekaan 1984.
Dan bahawasanya Negara brunei Darussalam tidak pernah menjadi tanah jajahan , tetapi mempunyai hubungan perjanjian yang istimewa dengan United Kingdom sejak tahun 1847 dengan mana kemudian pada tahun 1888 telah dipersetujui bahawa perhubungan luar negeri menjadi tanggungjawap kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen bagi United Kingdom of Great Britain dan North Ireland.
Dan bahawasanya satu perlembangaan yang digelar Perlembagaan Negeri Brunei 1959, telah dimasyurkan oleh Sultan sebelum Beta iaitu Maulana Sultan Sir Muda Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien ibni Al Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam , Sultan dan yang dipertuan Negeri Brunei Darussalam yang ke 28 dan menurutnyalah Negara ini disusun dan ia adalah menjadi undang-undang yang tertinggi bagi kerajaan Negara ini.
Dan bahawasanya dengan perjanjian persahabatan dan kerjasama 1979 yang telah dibuat diantara Beta dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen, maka telah dipersetujui bahawa apa jua kuasa kewajipan atau tanggungjawab yang mungkin dipegang oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen terhadap Negara brunei Darussalam dibawah semua Trity Perjanjian dan susunan yang terdahulu diantara Negara brunei Darussalam dengan United Kingdom yang bertantangan dengan tanggungjawap antarabangsa yang sepenuhnya sebagai sebuah Negara yang berdaulat lagi merdeka hendaklah tamat pada 31hb Disember 1983. Dan dengan penamatan itu hak dan kuasa kedaulatan Beta termasuk tanggungjawab terhadap urusan-urusan luar negeri akan kembali kepada Beta sebagai Sultan dan yang diPertuan Negara Brunei Darussalam pada 1hb Januari 1984.
Maka oleh yang demikian, dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Mengasihani, Beta Sultan Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam serta sekalian jajahan takluk rantau dan persisirnya, dengan ini memasyur dan mengishtiharkan dengan nama Beta dan bagi pihak diri Beta dan bagi pihak pengganti Beta dan bagi pihak rakyat Negara Brunei Darussalam bahawa mulai 1hb Januari 1984 tahun masehi bersamaan dengan 27hb Rabiulawal hijrah Nabi Muhammad s.a.w 1404 , tahun yang ke 17 Beta diatas takhta kerajaan, Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia ALLAH SWT akan untuk selama-lamanya menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang MERDEKA, BERDAULAT dan DEMOKRATIK bersendikan kepada Ajaran-ajaran Agama ISLAM menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan dengan berasaskan KEADILAN, dan AMANAH dan KEBEBASAN dan dengan Petunjuk serta Keredhaan ALLAH SWT jua akan senantiasa berusaha memperolehi Ketenteraman dan Keselamatan, Kebajikan dan Kebahagiaan bagi RAKYAT Beta.
Dan demikian juga pemeliharaan perhubungan persahabatan dikalangan antarabangsa atas dasar saling menghormati terhadap kemerdekaan , kedaulatan, persamaan dan keutuhan (Kukuh) wilayah bagi semua Negara yang bebas dari campur tangan dari luar negeri.
Barang dirahmati ALLAH SWT dan diberkati Nabi Muhammad SAW akan Negara Brunei Darussalam kekal selama-lamanya .
Aamiin ya Rabbal Alamin.
By Isa Hs in Aku hamba Allah SWT
No comments:
Post a Comment