Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Friday 16 March 2012

Hidup Itu Satu Anugerah: Zina akan berlaku jika perkahwinan dituntut bayara...

Hidup Itu Satu Anugerah: Zina akan berlaku jika perkahwinan dituntut bayara...: Assalaamualaikum, apa khabar para pembaca semua? Diharapkan semuanya didalam keadaan sehat walafiat hendaknya. Aamiin. Mungkin, apabila aw...

2 comments:

  1. Kewajipan itu dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah swt yang bermaksud:

    "Berikanlah kepada perempuan itu mahar (mas kahwin) sebagai satu pemberian dengan penuh kerelaan." (Surah an-Nisa, ayat 4)

    Pemberian mas kahwin kepada perempuan yang dikahwini adalah sebagai tanda gembira hati seorang lelaki menerima pasangan hidupnya dengan penuh rela dan berlapang dada. Mas kahwin boleh diberi dalam bentuk wang, barang kemas dan sebagainya.

    Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

    "Carilah mas kahwin walau dengan sebentuk cincin besi sekalipun." Islam tidak menentukan kadar bagi pemberian mas kahwin.

    Ia bergantung kepada adat sesuatu masyarakat. Namun, Rasulullah menyatakan sebaik-baik mas kahwin adalah yang tidak membebankan pengantin lelaki. Diriwayatkan Ibnu Abbas, Baginda saw bersabda yang bermaksud: "Mas kahwin yang terbaik ialah yang teringan."

    Islam menggalakkan pihak keluarga wanita tidak meletakkan mas kahwin yang tinggi dan membebankan lelaki. Selain itu, ia dapat mengelakkan lelaki terbabit dengan hutang dan masalah kewangan selepas berkahwin. Rasulullah bersabda yang bermaksud:

    "Sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling ringan mas kahwinnya."

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kepada Anonymous kerna sudi berkongsi pendapat dan Ilmu.

    ReplyDelete