Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Friday 16 March 2012

Zina akan berlaku jika perkahwinan dituntut bayaran yang MAHAL??

Assalaamualaikum, apa khabar para pembaca semua? Diharapkan semuanya didalam keadaan sehat walafiat hendaknya. Aamiin.

Mungkin, apabila awda melihat tajuk diatas pastinya akan tertanya-tanya apakah betul maksiat akan berleluasa dengan kadar belanja perkahwinan yg amat mahal dikalangan masyarakat kita. Dan mungkin juga sebilangan dari awda memang sudah mengetahuinya, dan akan bersetuju. Namun bukanlah maksud penulisan saya kali ini ingin 'mengambak' senario ini. Tetapi tulisan saya ini adalah mencuba memusahabahkan diri saya sendiri dan yang lainnya jika mampu.

Baiklah, berlakunya maksiat iaitu Zina dimerata-rata ketika ini mengikut kajian telahpun mendapati bahawasanya mereka yang terlibat dalam kancah itu mengatakan bahawasanya mereka rata-rata tidak mampu untuk bernikah/berkahwin dengan alasan yang utama iaitu PERBELANJAAN NIKAH/KAHWIN terlalu mahal dan tidak terdaya bagi mereka untuk menunaikannya. Antara SEBAB yang dapat saya ketengahkan ditulisan ini  ialah WANG HANTARAN.

Banyak kekeliruan yang berlaku didalam masyarakat melayu sehinggakan kita menganggap Wang Hantaran iaitu didalam bahasa Melayu Brunei dikenal sebagai "Belanja Hangus" bagi pengantin perempuani tu lebih penting berbanding sunnah, walhal kita semua sudah maklum bahawasanya Wang Hantaran hanyalah ADAT.

Isu Wang Hantaran sering menjadi bangkitan dikalangan masyarakat melayu sehinggakan ada yang sampai meletakkan harga yang begitu tinggi mencecah nilai $10,000 dan yang paling minimum $3,000 kebawah. Saya tidak ingin menyentuh lebih lanjut isu ini, kerna ianya akan menyentuh 'sensitivity' banyak pihak.

Ini belum lagi termasuk belanja resepsi majalis yang diadakan mengikut adat sesebuah tempat. Antara adat-adat perkahwinan disini: Majalis Bebedak, Majalis Besanding, Majalis Ambil-ambilan, Majalis Mulih 3 hari. Kesemua majalis-majalis ini memerlukan perbelanjaan yang mungkin bukan sedikit. Betul atau tidak???

Dan andainya ada yang ingin membuat majalis yang sederhana pastinya akan sering mendapat tantangan-tantangan dari pihak kaum keluarga dan sahabat handai.
Boleh jadi ada pihak yang berkata begini: "eh luan jua kan bekira kamu ani, kawin ni sekali ganya seumur hidup bah, mun nda beusin agatah ke bank behutang.. nada salahnya behutang kan kawin ani.. tu nah jaga maruah keluarga. Apa nya orang ramai karang mun diliatnya majlis kamu sederhana, karang kana ucap kamu kawin ani sembarana, ada lagi karang beucap kawin emergency"..
Itulah antara dialog-dialog yang sering kitani dengari apabila berkumpulnya sanak saudara ketika membincangkan aturcara majlis yang bakal berlangsung.

Saya pernah membincangkan tajuk ini dengan seorang Ustaz dan akan saya kongsikan soalan saya dan jawapan beliau disini:

"Saya: Tuan, di Brunei ni kawin mahal.. Mun diluar negeri mungkin nda sampai $1000 sudah siap nikah,
DI brunei ni, mun nikah 'secawan kopi' ada tia karang tu nyanyang2 mulut celupar behabar yang bukan-bukan.


Ustaz: Bismillah: Kalau kita mahu ikut cakap orang, apa-apa pun salah. Mahal salah, murah salah, ramai salah, tak ramai salah. Cepat salah. lambat salah. Yang penting kita perlu ikut apa kata Allah swt dan RasulNya.

Bukankah Nabi Muhammad saw mengatakan:

" Mahar yang paling baik itu adalah mahar yang murah"

Bermakna perbelanjaan kawin pun sebaiknya murah jua.

Kalau orang mengata. Kita akan dapat pahala. Lama-lama akan pudar dari ingatan jua. Daripada kalau tidak ada yang mengata tetapi kita dapat dosa zina, atau sekurang-kurangnya akibat hutang yang berpanjangan. Bukankah kesannya jauh lebih bahaya dari orang mengata-ngata. Mudah-mudahan bermanfaat.".

Begitulah perbincangan saya dengan seorang Ustaz, dan beliau sendiri menyarankan agar perkahwinan dan nikah janganlah terlalu mengikut cakap orang, ianya mesti berbalik kepada diri kita sendiri. Apakah kita mampu ataupun tidak? Janganlah nanti kiranya kitani mengungkayahkan majalis-majalis basar tetapi selepas abis upacara kita dikirim Bil yang melambung tinggi, manakala hutang di bank akan terus dibayar dalam tempoh yang begitu lama.


Jadinya, kita mau yang mana? Samada kita mau ikut cakap orang atau kita buat keputusan sendiri?
 

Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )


Mohon ampun dan maaf dalam penulisan ini jika terdapatnya kekurangan-kekurangan, sebarang teguran dan balasan pendapat dari para pembaca amatlah dialu-alukan.

Sekian, dan Wassalaam..

Hari Jumaat - 16hb Mac 2012 / 4:56 petang.

No comments:

Post a Comment