Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Monday 30 January 2012

MUFTI KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM: Mengenai Isu TAHLIL.

Petikan dari Majalah al-Hadaf TERBITAN JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Rejab -Syawal 1422 / Oktober- Disember 2001 Tahun 5 Bilangan 4

Bersempena dengan Sambutan Nuzul Al-Qur’an tahun 1422 Hijriah, rancangan “Bersama Mufti” yang disiarkan melalui Televisyen Brunei telah memuatkan wawancara eksklusif Awang Haji Mohidin bin Haji Mustapha dengan Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, mengenai perkara yang sedang banyak diperkatakan orang iaitu tentang amalan orang hidup seperti membaca al-Qur’an, bertahlil dan lain-lain, adakah sampai manfaatnya kepada orang yang telah mati? Ikutilah wawancara ini.
Penemuramah: Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin, baru-baru ini tersebar sebuah buku terbitan luar negeri berjudul: Hukum Membaca al-Qur’an Untuk Orang Mati, Sampaikah Pahalanya Kepada Mereka? Menurut buku ini, perkara itu adalah bid’ah dan tidak ada manfaat kepada yang mati. Apakah ulasan Pehin mengenainya?
Pehin Mufti: Buku itu sebenarnya berasal daripada bahasa Arab:
حكم القراءات للأموات هل يصل ثوابها إليهم؟
Mula-mula biarlah saya tegaskan dulu, bahawa buku ini bukan buku mu‘tabar. Hujjah-hujjahnya juga tidak muktamad. Ia masih berupa satu pendapat di antara banyak lagi pendapat-pendapat lain daripada ulama-ulama. Kita tidak usahlah terlalu gelabah dengan pendapat serupa ini.
Penemuramah: Tetapi Pehin, buku ini juga menyebut tentang Imam Syafi’e sendiri telah menolak dengan keras pendapat yang pahala bacaan al-Qur’an itu sampai kepada si mati?
Pehin Mufti: Awalnya begitu. Tetapi dalil yang dipakai oleh Imam Syafi’e adalah juga dipakai oleh imam-imam lain untuk membenarkan pendapat: Bahawa pahala bacaan al-Qur’an itu sampai kepada si mati. Nanti akan saya sebutkan lagi perkara ini kemudian. Bercakap mengenai Imam Syafi’e Rahimahullah, kita jangan lupa bahawa beliau itu memiliki dua asas pendapat: Satu dinamakan qaul qadim (lama) dan kedua qaul jadid (baru). Ini sangat penting, jangan diabaikan. Barangkali juga pada mulanya beliau berpendapat tidak sampai, tetapi pendapat itu berubah kemudian menjadi sebaliknya. Perkara ini dapat kita kesan daripada pengakuan az-Za’farani katanya: “Saya pernah bertanya kepada Imam asy-Syafi’e mengenai bacaan al-Qur’an di kubur. Ternyata beliau itu (asy-Syafi’e) adalah membolehkannya.” Demikian juga kenyataan Imam An-Nawawi di dalam Syarah al-Muhazzab “Disunatkan bagi orang yang ziarah kubur itu membaca ayat-ayat al-Qur’an yang mudah-mudah baginya dan mendoakan mereka setelah membaca itu. Perkara ini adalah dinashkan oleh Imam asy-Syafi’e.” Lebih lanjut beliau menambah: “Jika mereka mengkhatamkannya, itu adalah lebih afdhal lagi.” Imam Ahmad bin Hanbal juga pada mulanya menolak pendapat ini kerana menganggap tidak ada nash, tetapi menerimanya kemudian setelah mendapati terdapat dasar mengenai-nya. asy-Sya’bi pula berkata: “Jika seorang daripada kaum Ansar meninggal dunia, mereka akan pulang dan pergi semula ke kuburnya untuk membaca al-Qur’an baginya.” Jadi, semua ini berlaku, dibuat oleh umat Islam dan ulama-ulama Islam serta tersebut di dalam kitab-kitab Islam.
Penemuramah: Berbalik kepada dalil yang digunakan oleh ulama-ulama bagi menolak yang bacaan al-Qur’an di kubur itu sampai kepada orang mati, dapatkah Pehin huraikan?
Pehin Mufti: Ya, asy-Syafi’e sendiri dikatakan berdalil dengan ayat 39 daripada surah an-Najm
وَأَن لَّيْسَ لِلإِنسَانِ إِلاَّ مَا سَعَىٰ
Tafsirnya : “Dan bahawasanya bagi seorang manusia itu hanyalah apa yang diusahakannya.” Tetapi ulama-ulama yang lain juga memakai ayat yang sama ini untuk membuktikan bahawa bacaan al-Qur’an itu adalah sampai pahalanya kepada orang mati, iaitu dengan beberapa alasan, di antaranya: i) Bahawa ayat ini adalah khusus bagi kaum Nabi Ibrahim dan Nabi Musa ‘Alaihimassalam, sedangkan bagi umat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah diberikan kelebihan akan memperolehi apa yang diusahakan-nya dan juga yang diusahakan oleh orang lain untuknya. ii) Yang dimaksudkan dengan “الإِنسَانِ ” (Seorang manusia) dalam ayat ini ialah orang kafir. Sedangkan bagi orang mukmin akan tetap mendapat apa yang diusahakannya dan juga yang diusahakan oleh orang lain untuknya. iii) Huruf “Lam” pada perkataan “lil-insan” di dalam ayat ini berfungsi atau bererti sebagai “على” sesuai dengan qiyas atau analogi pada doa-doa, sedekah, puasa, haji dan lain-lain. Lalu menurut pendapat ini, tidaklah ada bezanya di antara pemindahan pahala haji, sedekah, wakaf dan doa dengan bacaan al-Qur’an itu. Demikian menurut al-Hafiz Syamsuddin bin Abdul Wahid al-Maqdisi al-Hanbali. Al-Qurtubi telah menukil, bahawa asy-Syeikh ‘Izzuddin bin Abdussalam telah mengeluarkan fatwa bahawa pahala bacaan al-Qur’an itu tidak sampai kepada orang mati. Ketika dia telah meninggal dunia, sebahagian sahabatnya bermimpi bertemu dengannya. Mereka bertanya kepadanya: “Wahai ‘Izzuddin, Tuan telah berfatwa bahawa pahala bacaan al-Qur’an tidak sampai kepada orang yang telah meninggal dunia. Lalu bagaimanakah Tuan telah menyaksikan perkara itu?” ‘Izzuddin menjawab: “Saya mengatakan perkara itu ketika masih di dunia, tetapi sekarang saya sudah meninggalkannya. Saya telah menyaksikan adanya kemurahan Allah Ta’ala dalam perkara ini, yakni pahala itu memang sampai kepada orang yang telah meninggal dunia.” Terdapat hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam riwayat Abu Daud:
اقراوا يس على موتاكم
Maksudnya: “Bacalah surah Yâsîn untuk si mati kamu.” Berkata al-Qurtubi mengenai hadis ini: “Ia adalah mencakupi bacaan ketika orang akan mati dan juga bacaan di kuburnya.” Selain sandaran daripada ayat al-Qur’an dan hadis, terdapat juga riwayat-riwayat daripada orang-orang salih mengenai hal ehwal orang-orang mati melalui mimpi-mimpi mereka yang bagus. Maksud saya dengan mimpi-mimpi yang bagus itu ialah yang boleh menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.
Di antaranya pernah dinukil oleh al-Qadhi Abu Bakar bin Abdul Baqi Al-Ansari suatu riwayat daripada Salmah Bin ‘Ubaid yang menceritakan: Bahawa Hammad al-Makki pernah berkata: “Pada suatu malam, saya pernah pergi ke beberapa kuburan di Makkah. Lalu saya meletakkan kepala saya di atas suatu kubur sehingga saya tertidur. Setelah itu saya pun bermimpi melihat para penghuni kubur duduk berkeliling membuat bulatan, saya bertanya: “Apakah kiamat sudah tiba?” Mereka menjawab: “Tidak! Hanya sanya, ada seorang daripada saudara kami yang membaca surah al-Ikhlas dan memberikan pahalanya kepada kami.”
Penemuramah: Pehin telah menyebutkan beberapa contoh cerita orang-orang yang hidup bermimpikan orang-orang yang telah mati. Apakah tanggapan agama mengenai cerita-cerita seperti ini?
Pehin Mufti: Itu baru satu dua yang saya sebut. Banyak lagi jika dikutip daripada kitab-kitab. Benar, orang hidup tidak dapat lagi bertemu dengan orang yang sudah meninggal secara fizikal. Tetapi roh-roh mereka masih saja boleh bertemu antara satu sama lain melalui mimpi. Keterangan mengenai perkara ini bolehlah dilihat di dalam kitab- kitab, seperti kitab ar-Rûh karangan Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah, Syarh as-Shudur Bisyarhi Ahwal al-Mauta wal-Qubur karangan as-Suyuthi dan lain-lain. Ulama-ulama tidak mencuaikan mimpi-mimpi yang bagus yang berlaku di kalangan orang-orang salih. Mereka mengabadikannya di dalam tulisan-tulisan/kitab-kitab untuk dibaca oleh umat Islam sebagai pengajaran. Mereka sangat faham akan nilai mimpi itu, berdasarkan hadis:
رؤيا الأنبياء و الصالحين صحيحة – او كما قال
“Mimpi para Nabi dan orang-orang salih itu adalah betul”
Penemuramah: Kebetulan kita sekarang berada di dalam bulan Ramadhan dan akan menjelang hari raya. Biasanya, pada masa ini akan berduyun-duyunlah umat Islam membuat kunjungan atau berziarah ke kubur-kubur sanak-saudara mereka. Apakah kelebihan menziarahi kubur itu?
Pehin Mufti: Ziarah kubur telahpun menjadi syari’at. Ia adalah sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Baginya ada adab atau peraturan tertentu, di antaranya ialah dengan memberi salam kepada ahli kubur oleh orang-orang yang berziarah, seperti :
السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين وإنا إن شآء الله بكم لاحقون أنتم لنا فرط ونحن لكم تبع نسأل الله لنا ولكم العافية
“Selamat sejahtera atas kamu, wahai ahli kubur, daripada kalangan kaum mukmin dan muslim, kami Insyâ Allah akan menyusuli kamu. Kamu telahpun mendahuli kami, kami pula akan mengikut kamu. Kami mohon kepada Allah akan kesejahteraan untuk kami sendiri dan untuk kamu juga.” (Hadis Bukhari, Muslim dan lainnya).
Penemuramah: Adakah orang mati itu mendengar dan menjawab salam daripada orang yang berziarah itu?
Pehin Mufti: Bersandarkan hadis - Ya! Salah satu ialah hadis Abu Hurairah riwayat Ibnu Abi Ad-Dunya dan al-Baihaqi, bermaksud: “Jika seseorang melintasi kubur orang yang dikenalnya, lalu dia mengucapkan salam, nescaya penghuni kubur itu akan menjawab salamnya itu dan bahkan mengetahui kehadirannya. Jika orang yang tidak dikenalinya, lalu dia mengucapkan salam, nescaya penghuni kubur itu pun juga akan menjawab salamnya itu.”
Hadis lain, daripada Aisyah radhiallahu anha, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda, maksudnya: “Tidaklah seseorang itu ziarah kubur saudaranya dan duduk di sisinya, melainkan saudara yang telah meninggal itu akan menyambut dan menjawab salamnya sehingga dia berdiri.” Bagaimanapun, kita orang hidup tidaklah dapat mendengar suara jawapan daripada mereka itu, atau mengetahui bagaimana keadaan mereka. Namun begitu, tidaklah pula mustahil bagi orang-orang yang diberikan kelebihan oleh Allah, akan ada yang mendengarnya. Seperti al-Baihaqi pernah meriwayatkan daripada Abu Abdullah al-Hafiz, yang diterimanya daripada Abu ‘Ali Hamzah bin Muhammad al-‘Alawi, dia bercerita: “Ayahku pernah mengajak aku pergi ke Madinah untuk mengunjungi kubur para syuhada pada hari Jumaat, pada waktu di antara terbit fajar dengan terbit mata-hari. Aku berjalan di belakang ayah. Ketika sampai di kubur mereka, ayahku memberi salam dengan suara lantang:
سلـم عليكم بما صبرتم فنعم عقبى الدر
Ertinya: “Selamat sejahtera atas kamu, berkat kesabaran kamu. Alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” Tiba-tiba terdengar jawapan berbunyi: “Keselamatan juga bagi kamu, wahai Abdullah.” Ayahku lalu menoleh kepadaku dan bertanya: “Apakah engkau yang menjawab tadi?” “Tidak!” jawabku. Kemudian ayahku menarik tanganku dan menempatkanku di sebelah kanannya. Dia lalu mengucapkan salam lagi kepada mereka, dan setiap salam yang diucapkannya itu dibalas, sehinggalah tiga kali diulangnya. Oleh itu, ayahku lalu sujud bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala. (Dipetik cerita ini daripada kitab Syarh as-Shudur Bisyarhi Ahwal al-Mautâ wa-al-Qubûr)
Penemuramah: Selain daripada orang hidup mendapat manfaat berupa pahala kerana ziarahnya itu, apakah orang mati juga mendapat manfaat yang sama?
Pehin Mufti: Sudah tentulah begitu. Bukankah “Salam” tadi mendoakan kesejahteraan ke atas ahli kubur? Bahkan ianya melebihi lagi jika diiringi pula dengan bacaan ayat al-Qur’an, zikir, doa dan sedekah untuk mayat. Jika kita ambil perkhabaran daripada orang-orang salih, maka ahli kubur itu seakan-akan seperti kita yang hidup ini juga: berhajatkan pemedulian.
Cuba kita perhatikan nukilan ini: Menurut Abi ad-Dunya dan al-Baihaqi, bahawa al-Fathu bin Mauqif bin Khalid telah menceritakan daripada Sufyan bin ‘Ainah katanya: “Ketika ayahku meninggal dunia, aku adalah benar-benar sedih, sehingga aku mendatangi kuburnya pada setiap hari. Suatu hari aku lupa mendatangi-nya. Pada malamnya aku bermimpi, yang ayahku berkata kepadaku: “Anakku, apakah yang menyebabkan engkau tidak mendatangiku?” Aku berkata: “Apakah ayah mengetahui kedatangannku?” Ayahku menjawab: “Tidak engkau mendatangiku sekali melainkan aku mengetahui. Aku sungguh senang dengan kedatangan-mu dan bahkan orang-orang di sekelilingku juga merasa berbahagia dengan doa-doa yang engkau bacakan.” Perkara ini jelas menjadi isyarat, bahawa ziarah kubur dan berdoa untuk mayat itu adalah perkara besar dan mustahak, dan kerana itulah ia menjadi sunnah. Sebarang usaha untuk meringan-ringankannya atau menyebabkannya tidak dibuat orang, adalah suatu aniaya yang terang lagi jahat.
Jika terdapat pendapat yang melarangnya atau tidak menggalak-kannya, maka tidak syak lagi pendapat itu datangnya daripada orang-orang ganjil. Berkata ulama:
من تتبع شواذ العلماء ضل
“Barang siapa mengikut /mencari-cari pemikiran ulama’ yang ganjil dia sesat”. Kata ulama lagi:
من حمل الشاذ حمل شرا كبيرا
“Barangsiapa membawa perkara ganjil, maka dia telah membawa kejahatan besar”.

Siapa WAHABIYAH?

Bismillahirrahmanirrahim

WAHHABIYAH
Nama sebuah gerakan Islah yang diasaskan oleh Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab dari Bani Sinan, salah satu cabang suku Tamim yang tinggal di kawasan tengah Semenanjung Arab di timur Hijaz. Wahhabiyah ialah gelaran yang diberikan oleh musuh-musuh Wahhabiyah sejak Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab masih hidup lagi. Mereka sendiri (pengikut-pengikut Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab) menggelar diri mereka Muwahhidun (orang yang mengesakan Tuhan). Golongan anti Wahhabiyah kurang gemar memakai istilah Muwahhidun oleh kerana dua sebab. Pertama untuk mengelakkan dari berlaku kekeliruan dengan suatu gerakan lain di Afrika utara yang juga dikenali sebagai Muwahhidun (al-Muwahhidun). Kedua, mereka tidak mengiktiraf gerakan Wahhabiyah sebagai suatu gerakan Islam yang sebenar, tetapi ia lebih merupakan suatu fahaman atau ajaran yang dibawa oleh Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab sendiri (mengenai pendapat golongan anti Wahhabiyah, lihat misalnya Aziz al-Azmeh, “Wahhabie Polity” dlm. Ian Richard Netton (Penyunting), Arabia and the Gulf: from Traditional Society to Modern States, Croom Helm, London & Sydney 1986, 75-90)
Walaupun kita tidak bersetuju sepenuhnya dengan pendapat dan sikap golongan anti Wahhabiyah, tetapi pemakaian istilah Wahhabiyah adalah lebih sesuai dan lebih wajar memandangkan bahawa, selain ianya merupakan suatu istilah yang popular pada zaman moden, penggunaan istilah Muwahhidun boleh membawa erti bahawa golongan atau masyarakat yang menentang gerakan Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab adalah golongan anti tauhid atau golongan yang mensyirikkan Allah. Anggapan seperti ini amat keterlaluan dan boleh jadi tidak benar kerana Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab sendiri mengakui dirinya sebagai penganut mazhab sunni, tetapi lebih cenderung kepada ajaran mazhab Hambali yang kemudiannya dipopularkan oleh Ibn Taymiyyah. Ibn Taymiyyah adalah salah seorang ulama islah yang menganjurkan penentangan terhadap amalan-amalan bid’ah (seperti mendewa-dewakan para wali, menziarahi kuburan dan seumpamanya) bagi tujuan untuk menjaga kesucian ajaran Islam. Pandangan-pandangan Ibn Taymiyyah berhubung dengan perkara tersebut dinyatakan di dalam kitabnya Majmu’ah al-Rasa’il al-Kubra (Kahirah, 1326/1906). Walaupun Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab telah mendasarkan pendapatnya kepada fatwa-fatwa Ibn Taymiyyah, tetapi setelah itu beliau dan pengikut-pengikutnya telah menokok tambah kepada yang asal, seperti yang yang akan dijelaskan di bawah.
Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab dilahirkan di Uyainah pada tahun 1115/1703 dan mendapat pendidikan awal di madinah di bawah bimbingan Sulaiman al-Kurdi dan Muhammad Hayat al-Sindi. Banyak masanya dihabiskan dengan mengembara untuk mencari ilmu dan pengaruh. Di Basrah (4 tahun), di Baghdad (5 tahun), di Kurdistan (1 tahun), di Hamadhan (2 tahun) dan di Isfahan (4 tahun) di atas undangan Nadis Shah (1148/1736) untuk mempelajari ilmu tasawuf dan falsafah. Setelah selama setahun mengajar tasawwuf beliau pergi pula ke Qumm. Setelah itu beliau terkenal sebagai seorang guru mazhab Hambali. Dari Qumm beliau pulang ke tempat asalnya, Uyainah. Selepas lapan bulan di sana beliau pun mula menyebarkan ajarannya yang terkandung dalam Kitab al-Tawhid.
Beliau telah mangalami penentangan daripada setengah-setengah penduduk Uyainah termasuk saudaranya, Sulaiman dan sepupunya, ‘Abdullah b.Husayn. Akhirnya beliau disingkirkan dari Uyainah oleh gabenornya. Penyingkiran ini adalah disebabkan oleh kerana berlaku pertumpahan darah di antara penyokong dan penentangannya di kalangan suku Tamim yang tinggal di Yamamah (D.S. Margoliouth, Encyclopedia of Islam, art.”Wahhabiya”). Sebab lain yang ditimbulkan oleh golongan anti Wahhabiyah ialah oleh kerana Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab sendiri terlibat dalam pembunuhan ke atas gabenor Uyainah, Ibn Mu’ammau (M.A Khan, “A Diplomat’s Report on Wahhabism in Arabia” dlm.Islamic Studies, 1968, 7:40).
Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab telah meninggalkan Uyainah bersama keluarganya menuju Dar’iyyah (Dir’iyyah) sebuah oasis di lembah Hanifah di Najd, tempat tinggal keluarga Sa’ud (Al-Sa’ud) yang memerintah kerajaan Arab Saudi sekarang. Ketibaan Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab telah disambut baik oleh Muhammad b. Sa’ud yang pada ketika itu menjadi pemimpin Dar’iyyah. Kedua-dua orang pemimpin ini telah bekerjasama; Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab meneraju kepimpinan agama sementara Muhammad b. Sa’ud meneraju kepimpinan politik. Dengan berkat kerjasama ini mereka telah mencapai suatu kejayaan besar yang mana Dar’iyyah akhirnya menjadi pusat gerakan Wahhabiah di Najd pada abad ke 13/19.
Pada amnya puak Wahhabiyah menganjurkan supaya setiap jenis bid’ah mestilah dihapuskan. Setelah itu barulah masyarakat Islam boleh mengaku sebagai pengikut mazhab empat (Hanafi, Maliki, Shafi’I dan Hambali) dan enam sunnah, al-Sunan al-Sittah (Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidhi, Nasa’I dan Ibn Majah). Beberapa ajaran Wahhabiyah yang lain adalah seperti berikut:
1. Menyembah selain Allah adalah syirik, ini termasuklah pendewaan terhadap seseorang tokoh atau pemimpin. Orang yang syirik ini seharusnya dihukum bunuh.
2. Ramai manusia telah menyekutukan Allah kerana ramai di antara mereka yang menziarahi kuburan para wali untuk mendaptkan syafaat daripada Allah. Perbuatan mereka ini tak ubah seperti kaum Musyrikin Makkah, sepertimana yang digambarkan di dalam al-Quran.
3. Menyebut nama seorang wali, malaikat dan sebagainya di dalam sembahyang adalaah hukumnya syirik, begitu juga dengan mengadakan perantaraan dengan Allah dan mendewa-dewakan seseorang atau takut kepada seseorang selain Allah hukumnya syirik.
4. Dihukum kafir bagi sesiapa yang tidak mengakui akan kebenaran ajaran al-Quran dan Sunnah.
5. Dihukum kafir dan mulhid bagi sesiapa yang mengingkari qada’ dan qadar.
6. Seseorang itu boleh menjadi kafir dengan mentafsirkan al-Quran secara ta’wil.
7. Sembahyang berjemaah diwajibkan.
8. Menghisap rokok hukumnya haram dan boleh didenda maksimum 40 kali sebat.
9. Mencukur janggut dan melafazkan kata-kata kasar/kesat boleh dihadapkan ke mahkamah kadi dan boleh dijatuhkan hukuman yang setimpal.
10. Pengucapan syahadat tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu Muslim.
Ajaran Wahhabiyah ini disebutkan dalam kitab al-Lam’ dan setelah itu disalin dan diterjemahkan oleh S.Zwemer dalam The Mohammedan World of Today, New York, 1906, 106 dan D.S. Margoliouth, op.cit.1086). Jika dibandingkan antara ajaran Ahmad b. Hambal dengan ajaran Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab terdapat persamaan dan juga perbezaannya. Dari sepuluh ajaran Wahhabiyah yang disebutkan di atas enam yang pertama mempunyai persamaan dengan ajaran Ahmad b. Hambal dan empat yang terakhir menyalahinya.
Menurut sejarah doktrin yang dibawa oleh Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab telah mendapat sambutan majoriti penduduk Dar’iyyah. Beliau kemudiannya membina sebuah masjid di Dar’iyyah dan memaksa penduduknya berjemaah di masjid tersebut.
Pada tahun 1160/1747 berlaku peperangan antara puak Wahhabiyah dengan Sheikh Dahham b. Dawwas, pemerintah Riyad. Peperangan ini berlanjutan selama dua puluh lapan tahun. Dalam tempoh tersebut Ibn Sa’ud dan anaknya ‘Abd al-Aziz telah menunjukkan kebolehan masing-masing dalam bidang ketenteraan dan banyak kawasan khususnya di Najd telah dikuasai mereka. Setiap kawasan yang ditakluki diletakkan sebuah pasukan tentera khas yang dipanggil umana’ dan mereka dibayar gaji yang lumayan. Jika kawasan itu besar dilantik pula seorang mufti dan seorang kadi bagi mengendalikan urusan agama. Yang menjadi penasihat agama ketika itu ialah Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab sendiri. Apabila Ibn Sa’ud meninggal dunia, tempatnya digantikan oleh anaknya, ‘Abd al-Aziz dan kedudukan Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab sebagai penasihat agama kekal seperti biasa. Pada tahun berikutnya suatu utusan telah dihantar ke Makkah untuk berunding dengan Sharif Makkah dan suatu persetujuan damai telah dicapai. Pada tahun 1187/1773 puak Wahhabiyah telah berjaya menguasai Riyad dari tangan Dahham. Dengan itu bermakna seluruh Najd terletak di tangan puak Wahhabiyah. Setelah itu berlaku perselisihan di antara mereka dengan Surur Sharif Makkah yang baru. Surur tidak membenarkan puak Wahhabiyyah menunaikan fardu haji ke Makkah sehingga kelonggaran dibuat pada tahun 1199/1785.
Pada tahun 1206/1792 Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab meninggal dunia. Ketika itu usianya 89 tahun. Setelah itu gerakan Wahhabiyah menjadi semakin aktif lagi di bawah pimpinan keluarga Sa’ud. Pada tahun 1209/1795 mereka berjaya pula menawan Hasa dari Bani Khalid. Dalam pada mereka menyerang pula kawasan sempadan Iraq. Serangan mereka ini telah ditentang oleh tentera Turki ‘Uthmaniyyah tetapi tidak berjaya. Setelah itu puak Wahhabiyah masuk pula ke Karbala’ dan menewasksn penduduknya. Pada tahun 1218/1803 Sharif Makkah, Ghalib terpaksa meninggalkan kota Makkah kerana diserang tentera Wahhabiyah. Akhirnya Makkah jatuh ke tangan mereka di bawah pimpinan Sa’ud. Dari Makkah mereka mara pula ke Jedah dan Madinah. Sementara itu kota Makkah ditawan semula oleh penduduk asalnya. Pada tahun itu juga Imam Wahhabi, ‘Abd al-Aziz 1, mati dibunuh oleh kaum Shi’ah yang datang dari Karbala’ kerana membalas dendam di atas perbuatan puak Wahhabiyah tempoh hari. Tempat ‘Abd al-Aziz 1 digantikan oleh Sa’ud sebagai pemimpin/Imam Wahhabi. Setelah itu Sa’ud menyerang semula Hijaz. Justeru itu kota Madinah (1219/1804) dan Makkah (1221/1806) jatuh ke tangan mereka. Tidak lama kemudian Jedah pula turut dikuasai oleh mereka. Pada tahun-tahun berikutnya mereka menyerang pula kawasan-kawasan di luar Semenanjung Arab. Pada tahun 1226/1811 pemerintahan Wahhabiyah meliputi kawasn antara Halab di utara hingga ke Lautan Hindi dan dari Teluk Parsi dan sempadan Iraq di sebelah timur hingga ke kawasan Laut Merah. Kemaraan tentera Wahhabiyah telah berjaya disekat oleh tentera Muhammad Ali Pasha, pemerintah kerajan Turki di Mesir di bawah pimpinan anaknya Tusun dan seterusnya mereka berjaya memerintah semula Madinah (1227/1812) dan Makkah (1228/1813). Kedudukan kerajaan Turki semakin bertambah lega setelah Sa’ud meninggal dunia pada bulan Mei 1229/1814. Teraju pimpinan gerakan Wahhabiyah kemudiannya dipegang oleh anaknya ‘Abdullah yang disifatkan sebagai seorang pemimpin yang kurang bertenaga. Suatu persetujuan telah dicapai dalam perundingan antara Tusun dan Abdullah iaitu Abdullah mengiktiraf kekuasaan Sultan Turki Uthmaniyah dan pihak Tusun yang mewakili kerajaan Turki pula mengiktiraf kerajaan Wahhabiyah di Najd. Namun begitu, pihak Turki telah mengingkari perjanjian tersebut dengan melancarkan serangan ke atas Najd pada tahun 1231/1816. Hasil dari serangan ini Dar’iyyah pusat kerajaan Wahhabiyah telah jatuh ke tangan tentera Turki dan seterusnya Abdullah ditangkap dan dibawa ke Istanbul di mana beliau dijatuhkan hukuman bunuh pada 9 September 1818. Dengan itu maka berakhirlah pemerintahan Wahhabiyah.
Setelah itu puak Wahhabiyah bangun semula dan telah berjaya mendirikan sebuah kerajaan kecil di Riyad (sekarang menjadi pusat kerajaan Arab Saudi) pada tahun 1236/1821. Kerajaan ini kemudiannya telah berjaya meluaskan kekuasannya ke kawasan pantai Teluk parsi di bawah pimpinan sepupu Sa’ud bergelar Turki. Pada zaman beliau hampir kesemua kawasan yang diperolehi oleh Sa’ud dahulunya dapat ditawan semula. Beliau meninggal dunia pada tahun 1250/1834 dan tempatnya diambilalih oleh anaknya Faisal. Beliau telah dibantu oleh Abdullah b. Rashid yang kemudiannya mendirikan kerajaannya sendiri di Ha’il bersama anaknya Talal. Tetapi kemudiannya kerajaan ini dkuasai oleh keluarga ‘Abd al-Rahman b. Sa’ud dengan pertolongan Sheikh Kuwait.
Kemunculan ‘Abd al-Rahman (Ibn Sa’ud) telah memulihkan semula kegemilangan puak Wahhabiyah. Usaha ini kemudiannya diteruskan oleh anaknya. ‘Abd al-Aziz dengan pasukan tenteranya yang kecil telah berjaya menewaskan bandar Riyad pada bulan Januari 1901. Beliau kemudiannya menewaskan Dinasti Ibn Rashid di Ha’il pada 2 November 1921. Pada bulan Oktober 1924 Makkah pula jatuh ke tangannya. Setelah itu diikuti oleh Madinah (5 Disember, 1925) dan Jedah 23 Disember 1925). Dengan ini seluruh Najd dan Hijaz telah diperintah oleh keluarga Sa’ud (Al Sa’ud). Dari keluarga inilah kemudiannya melahirkan kerajaan Arab Saudi yang kini berpusat di Riyad.
Setelah itu ajaran Wahhabiyah dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi dan pengaruhnya sampai ke India dan Afghanistan. Ajaran-ajaran Wahhabiyah tersurat di dalam karya-karya Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab yang berjudul:
1. Kitab al-Kaba’ir
2. Kitab al-Tawhid
3. Mukhtar al-Sirah
4. Rawdah al-Afkar
Di samping itu terdapat sebuah koleksi karangan kaum keluarga Wahhabi yang diberi judul al-Hidayah al-Sunniyah wa al-Tuhfah Wahhabiyah al-Najdiyah.
Di samping itu terdapat pula buku-buku yang mengkritik ajaran Wahhabiyah yang ditulis oleh golongan anti Wahhabiyah. Sekurang-kurangnya ada tiga buah karya lama yang berkenaan yang tersimpan di perpustakaan Berlin. Pertama berjudul al-Tahakkum al-Muqallidin bi-man idda Tajdid al-Din karangan Muhammad b. ‘Abd Rahman b. Afaliq kedua berjudul al-Mishkat al-Mudi’ah oleh Ali b. ‘Abdullah al-Baghdadi yang ketiga karangan Sulaiman, saudara Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab sendiri. Sebuah lagi buku mengenai biografi Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab berjudul Lam’ al-Shihab fi Sirah Muhammad b. ‘Abd al-Wahhab. Di dalamnya banyak dipaparkan kritikan terhadap ajaran Wahhabiyah. Manuskrip ini ada tersimpan di British Museum.

ALLAH maha Pemaaf dan Pengampun.

1. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
- Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih -

2. Di dalam sohih Muslim tercatat : Firman Allah Ta'ala ( maksud ) : Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku akan kepada dalam keadaan bersegera. Dan sesiapa menemuiKu(selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu.

3. Hadis yang bermaksud : Demi tuhan yang mana diriku berada pada tanganNya (kekuasaan) sekiranya kamu melakukan kesalahan sehingga memenuhi dosa-dosa itu antara langit dan bumi kemudian kamu memohon keampunan Allah nescaya Dia akan mengampunimu.

4. Di dalam Hadis Qudsi yang bermaksud : Satu kebaikan akan diganda sepuluh malah lebih, manakala satu kejahatan tetap dikira satu (tidak diganda) ataupun aku mengampuninya. Sekalipun kamu menemuiKu(selepas ,mati) dengan dosa sebesar bumi tetapi tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu maka Aku akan menemuinya dengan mengampuni dosa sebesar itu.
- Dipetik dari kitab Al-Ittihafat -

5. Dalam hadis sohih yang lain yang bermaksud :Doa adalah senjata bagi orang mukmin, tiang agama dan cahaya yang menerangi langit dan bumi.

6. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang banyak beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya daripada setiap kesusahan jalan penyelasaian, daripada setiap kesempitan jalan keluar dan akan diberikan rezeki dengan cara yang tidak diketahui.

7. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Tiada daripada seorang muslim yang memohon doa sedangkan dia sendiri bersih dari dosa dan juga dia tidak pernah memutuskan perhubungan silaturrahim sesama manusia melainkan Allah akan menganugerahi kepadanya satu dari tiga perkara ini : sama ada terus diterima doanya, sama ada Dia akan menangguhnya sehingga hari akhirat ataupun disimpan(ampun) segala kejahatan yang seumpanya (permintaan tadi). Maka para sahabat bertanya : Sekalipun banyak? Sabda baginda S.A.W : Allah lebih banyak pemberianNya.


FAEDAH DAN PENGAJARAN HADIS

1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana kita tidak lepas daripada dosa. Rasulullah S.A.W sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda S.A.W merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.

2. Keampunan Allah lebih besar daripada dosa yang dilakukan oleh hambaNya sekalipun besar dan banyak kerana rahmatNya dan kerana Dia Maha Kaya daripada makhlukNya.

3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar.

4. Dilarang sama sekali kita berputus asa daripada rahmat Allah dan diwajibkan kita agar sentiasa bersangka baik dengan kemaafan dan pengampunan dari Allah. Tetapi tidak dikira melampaui syariat sekira timbulnya perasaan terlalu takut pada Allah sehingga kita merasakan kita tidak akan diampun lagi tetapi dalam masa yang sama kita terus mengharap dan gerunkanNya. Kedua-duanya adalah sesuatu yang akan mengimbangkan fitrah pada diri seorang muslim pada satu sudut dan kesan daripada tarbiah Islamiah pada sudut yang lain.Tidak sempurna pengabdian melainkan dengan mengambil kedua-duanya sekali.

5. Allah mengampuni semua dosa selain daripada syirik kepadaNya samada melalui perbuatan, perkataan dan pengiktirafan hati.

6. Diminta agar kita sentiasa bersegera di dalam beristighfar dan bertaubat serta tidak melengahkannya.

7. Sesungguhnya perkara yang membawa kepada syirik kepada Allah akan menutup kita daripada rahmatNya.

8. Istighfar ialah dengan lidah manakala taubat pula dengan lidah, anggota dan hati iaitu dengan meninggalkan dosa lalu, bertekad untuk tidak mengulanginya dan menunaikan kewajipannya.

9. Tiga cara Allah menerima doa hambaNya iaitu :
1. Terus menerima segala permohonan dan permintaan yang dipohon
2. Menangguhnya sehingga hari akhirat nanti
3. Menghapuskan dosa yang sama kadarnya dengan permintaan yang diminta kepada Allah.

10. Antara adab-adab ketika berdoa ialah :
1. Mendatangkan di dalam hati rasa keinsafan ataupun sebarang permohonan yang hendak diminta bukannya sekadar diucap di mulut tetapi tidak terlintas atau terasa di hati tentang apa yang didoakan.Sebaik- baiknya jika kita kurang memahami bahasa Arab maka lebih baik kita menggunakan bahasa Melayu ketika berdoa kecuali nama-nama Allah yang lebih baik gunakan bahasa Arab.
2. Mengharapkan agar Allah akan menerimanya dengan penuh keyakinan bukannya di sana masih terdetik sikap kesangsian ataupun tidak terlalu mengharap ketika doa dilakukan sambil lewa sahaja.
3. Tidak mudah putus asa dengan terlalu mengharapkan segala doa yang dipohon terus diqabulkan oleh Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Menerima.
4. Tetapkan hati dengan menjauhi perasaan mudah berubah hati ketika memohon doa kepada Allah.

11. Adab Istighfar pula ialah :
1. Memuji dan menyebut nama Allah dengan menyebut salah satu namanya terutama Al-Ghaffar, Ar-Rahman, Ar-Rahim.
2. Menyebut penyelesalan ke atas dosa dengan menyebut dosa yang telah dilakukan.
3. Memohon kepada Allah keampunan di atas dosa yang telah dilakukan.

Imam Abu Hanifah dengan Pendakwah Yahudi.

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan keTuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.

Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yangbenar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya. Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masing menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.
“Subhanallah. … Subhanallah …. Walauhaulawala quwwata illa billahi aliyyil azim….!” Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu. Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT buukanlah perkara kecil dalam Islam. Ini kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahu rasanya dipenngal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yang turut hadir dalam majlis itu.
Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’ man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian.
Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu. Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.
“…Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana kulihat ada sepohon kayu yand rendanng dan lebat buahnya.Tiba- tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya sahaja.Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang tajam.Lalu,khinzir tadi mati disitu juga.”
Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,tidak boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting.
Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu menta’bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya:
” Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi… adalah saya…” jelas Abu Hanifah.
Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri. Maka berngkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh- lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.
“Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya! ” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.
” Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku… Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan…! ” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.
” Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah,” sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa.” Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud: ” Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimul antara kamu beberapa darjat.” (Al-Mujadalah : 11 ) . Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialisdan ateisnya itu,berlangsung dengan mendebarkan.
“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.
“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.
“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..? ?” Suara Dahri semakin meninggi.
“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.
“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula…?” bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.
“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa…” Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.
“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa…!” sahut Dahri.
“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu…? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: ” Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak…?”
Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”
Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu dimanakah lemak itu berada…? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah.. .?” Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. “Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk rohdan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha ! Agung…!” Suasana menjadi agak bingar.
Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.
“Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti…” Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.
“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir”, tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.
“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu….Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya….?” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.
Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamusendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.
Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, adalagikah jari yang selepasnya.. .” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. “Jadi…! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya. “
Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak.
“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!” Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.
“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.
“Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” Katanya. Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:
“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini… !”
Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat. Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar’iyyah, juga mengambil sempena nama ulama ini.

Kisah KESABARAN Nabi Allah Ayyub alaihissalaam.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
“Ingatlah akan hamba-Ku Ayyub, ketika dia berseru kepada tuhanNya: Sesungguhnya aku telah diganggu syaitan sehingga susah dan terseksa.” (Surah Shad ayat 41)
Diceritakan:
Bahawa Nabi Ayyub bin ‘Ish bin Ishaq a.s adalah bangsa Roma, sedangkan ibunya adalah anak puteri Nabi Luth a.s. Dan Nabi Ayyub adalah seorang laki-laki yang pandai, bersih, sopan santun serta bijaksana. Sedangkan ayahnya seorang yang kaya raya, memiliki ternak, unta, lembu, domba, kuda, keldai dan himmar, tidak seorang pun di negeri Syam (Syria) yang dapat menyainginya dalam hal kekayaan.
Ketika dia meninggal dunia, maka semua harata kekayaannya itu diwariskan kepada Nabi Ayyub a.s. Nabi Ayyub telah berkahwin dengan Siti Rahmah anak puteri Afrayin putera Nabi Yusuf a.s. Dan Allah telah menguniakan 12 kali kehamilan yang tiap2 kali hamil melahirkan 2 orang anak, seorang laki-laki dan seorang perempuan.
Kemudian dia diutuskan Allah kepada kaumnya, dan mereka adalah penduduk Hauran dan Tiih. Allah swt menyempurnakanya dengan budi pekerti yang baik, lemah lembut selama orang tidak menyalahi, mendustakan, dan mengingkarinya dalam kemuliaan dirinya dan kedua orang tuanya, ayah dan ibunya.
Maka dia menyampaikan beberapa syariat serta membangun beberapa rumah ibadat untuk mereka. Dan Nabi Ayyub a.s mempunyai meja makan yang khusus disediakan untuk tamunya iaitu orang fakir miskin dan tamu lainnya.
Dan Nabi Ayyub, terhadap anak yatim itu ibarat seorang ayah yang kasih dan penyayang, terhadap janda seperti sang suami yang memperhatikan kasih sayangnya dan terhadap orang-orang yang lemah seperti halnya saudara yang mencintai dengan kasihnya.
Dan demikian juga dia (Nabi Ayyub) telah memerintahkan kepada para wakilnya serta orang-orang kepercayaannya supaya tidak menghalang halangi tanam tanaman serta buah-buahannya diambil dan dipetik(dari orang-orang yang mahu memetiknya/mengambilnya).
Dan adalah ternakannya setiap tahun beranak kembar atau dua-dua namun demikian dia tidak bergembira dengan hal itu sedikitpun dan dia berkata: “Tuhanku, ini semua adalah pemberian Engkau kepada para hamba-Mu di penjara dunia ini, maka bagaimanakah pemberian Engkau di syurga kepada para ahli karamah yang mendapat kemuliaan dari Engkau, di kampong (Hari yang tiada akhirnya) di mana disediakan hidangan?”
Dengan itu semua, Nabi Ayyub a.s tampak tidaklah lupa sedikitpun hatinya bersyukur atas nikmat yang diperolehinya serta lidahnya tidak lupa berzikir kepada Tuhannya.
Maka Iblis dengki kepadanya, seraya berkata: “Sungguh Ayyub telah berhasil di dunia dan di akhirat dan Iblis ingin merosak salah satu atau kedua-duanya; dunia dan akhirat tersebut.
Lalu Iblis terkutuk, di saat itu naik ke langit yang ke tujuh dan berhenti dimana dia dapat sampai, pada suatu hari dia naik sebagaimana biasa, maka Allah Yang Maha Perkasa berfirman kepadanya: “Hai Iblis terkutuk! Bagaimana engkau melihat hambaKu Ayyub? Apakah engkau dapat mengambil daripadanya manfaat walaupuan sedikit?”
Kata Iblis: “Tuhanku, sesungguhnya Ayyub mahu menyembahMu kerana engkau telah memberinya kelapangan hidup(harta yang berlimpah) dan kesihatan; kerana tidak kerana hal itu tentu dia tidak menyembahMu, maka dia sebenarnya hamba kesihatan.” Firman Allah swt kepada Iblis: “Engkau dusta! Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui, bahawa sesungguhnya dia menyembah Aku serta berterima kasih kepadaKu, walaupun dia tidak mempunyai kelapangan rezeki di dunia.
Kata Iblis: “Tuhanku, berilah aku kekutan untuk menggoda Ayyub; maka perhatikanlah bagaimana saya membuat dia lupa mengingatiMu dan menyibukan dia dari berbuat ibadat kepadaMu.”
Maka Allah pun memberikan kekuasaan kepada Iblis terhadap sesuatunya, kecuali jiwa(hati) dan lidah(ucapanya) Nabi Ayyub.
Maka Iblis kembali dan menuju ke tepi laut lalu berseru dengan seruan yang sangat keras, sehingga semua bangsa Jin baik laki-laki dan wanita berkumpul di sisinya seraya berkata: “Apakah gerangan yang menimpa engkau?” Iblis menjawab: “Sesungguhnya saya mendapat kesempatan yang belum pernah saya perolehi seperti hal ini, semenjak saya telah berhasil mengeluarkan Adam dari syurga. Maka oleh sebab itu, bantulah saya dalam memperdayakan Ayyub.”
Maka mereka cepat-cepat bertebaran dan membakar serta merosakan semua harta kekayaan Nabi Ayyub a.s. Lalu Iblis pergi menemui Nabi Ayyub a.s yang dia sedang berdiri menunaikan solat di dalam rumah ibadahnya.
Kata Iblis: “Apakah engkau tetap menyembah Tuhanmu dalam keadaan yang kritikal ini, sesungguhnya Dia Tuhanmu telah menuangkan api dari langit, yang memusnahkan semua harta kekayaanmu, sehingga semuanya menjadi abu?” Nabi Ayyub tidak menjawabnya, sampai dia selesai merampungkan solatnya, lalu berkata: “Alhamdulillah! Dia yang telah memberikan kurnia lalu mengambilnya pula dari saya.” Lalu dia bangkit kembali memulai solatnya.
Maka Iblis pun pulang dengan tangan hampa, serta merasa terhina dan menyesali terhadap kegagalannya. Dan Nabi Ayyub itu mempunyai 14 orang anak, lapan lelaki dan enam orang wanita, dan mereka makan setiap harinya di rumah-rumah saudaranya, sedangkan waktu itu mereka sedang di rumah saudaranya yang terbesar, namanya Hurmula.
Maka berkumpullah para syaitan dan mengelilingi rumah itu serta melemparkan kepada anak-anak Nabi Ayyub a.s sehingga mereka itu mati semuanya di satu meja makan. Di antara mereka, ada yang sedang memasukan sesuap makanan ke dalam mulutnya dan ada pula yang sedang memegang gelas di tanganya.
Maka Iblis pergi kepada Ayyub, sedangkan dia(Ayyub) dalam keadaan berdiri menunaikan solat. Kata Iblis: “Apakah engkau tetap menyembah Tuhanmu! dan sesungguhnya Dia telah melempar ke rumah di mana anak-anak mu berada, sehingga mereka mati semuanya?”
Nabi Ayyub tidak menjawab sedikitpun, sampai dia selesai mengerjakan solatnya. Lalu Nabi Ayyub berkata: “Hai Iblis terkutuk, Alhamdulillah! Dia telah member dan mengambilnya pula dari saya. Semua harta dan anak adalah fitnah untuk laki-laki dan wanita, maka Dia (Allah) mengambilnya dari saya, sehingga saya dapat bersabar lagi tenang untuk beribadah kepada Tuhan saya.”
Iblis pun kembali dengan tangan hampa, rugi besar dan terkutuk. Lalu Iblis datang kembali, sedangkan Nabi Ayyub sedang mengerjakan solat. Maka ketika Nabi Ayyub sujud, Iblis meniupkan di hidung dan mulutnya sampai badan Nabi Ayyub a.s berkembang dan berpeluh banyak sekali dan dia merasa badannya menjadi berat.
Berkata isterinya Rahmah: “Ini semua adalah dari sebab dari kesusahanmu terhadap harta yang telah musnah dan anak-anak yang telah mati, sedangkan engkau tetap beribadah di waktu malam dan berpuasa di siang hari tanpa henti-hentinya, walaupun satu saat dan masih juga tidak merasa cukup.” Lalu Nabi Ayyub a.s terkena penyakit kudis seluruh tubuhnya, mulai dari kepala sampai ke kakinya, bahkan mengalir dari badannya darah bercampur nanah serta berulat yang berjatuhan dari kudis di badannya. Sampai-sampai sanak keluarganya dan teman-temannya menjauhkan diri daripadanya.
Nabi Ayyub a.s mempunyai tiga isteri; maka yang dua minta cerai dan diapun menceraikannya dan tinggal satu iaitu Rahmah, yang selalu melayaninya siang malam sehingga datanglah para wanita tetangganya seraya berkata: “Hai Rahmah! Kami semua takut kalau penyakit suamimu Ayyub akan menjalar kepada anak-anak kami. Maka keluarkanlah dia dari lingkungan kita bertetangga ini dan kalau tidak maka kami akan mengeluarkan engkau disini dengan cara paksa!!”
Maka Siti Rahmah pergi dengan membungkus pakaiannya, serta membawanya (Nabi Ayyub a.s) dan berseru dengan suara yang keras: “Duhai,berat nian, kami harus pergi merantau dan berpisah; mereka telah mengusir kami dari negeri kami dan kampong kami.” Dan dia mendukung Nabi Ayyub di punggungnya sedangkan air mata mengalir di pipinya, serta pergi jauh sambil menangis ke bekas rumah yang sudah rosak yang dijadikan tempat pembuangan sampah dan meletakkan Nabi Ayyub di atas sampah. Lalu keluarlah penduduk desa itu dan mereka melihat keadaan Nabi Ayyub, maka mereka berkata: “Bawalah suamimu itu jauh-jauh dari kami, kalau tidak maka akan kami bawakan anjing-anjing kami biar memakannya.”
Siti Rahmah pun membawanya sambil menangis ketempat yang jauh dan meletakkannya di tempat itu, kemudian datang lagi dengan membawa kapak dan tali temali, untuk membuat rumah dari kayu. Kemudian dia datang lagi dengan membawa rajutan tikar dan menghamparkannya di bawah Nabi Ayyub dan diambilkannya pula batu untuk bantalnya dan membawa tempat air yang biasa digunakan oleh para penggembala untuk minum binatang-binatang ternak mereka.
Kemudian Siti Rahmah pergi ke sebuah desa, maka Nabi Ayyub memanggilnya: “Kembalikan engkau, dan saya berpesan kepadamu, seandainya engkau hendak pergi bebas dariku dan akan meninggalkan aku di sini.” Kata Siti Rahmah: “Engkau jangan khuatir, wahai suamiku, sesungguhnya saya tidak akan m eninggalkan engkau selama hayat di kandung badan.”
Siti Rahmah lalu pergi ke sebuah desa dan bekerja setiap hari memotong roti dan dia dapat memberi makan suaminya Ayyub. Lalu hal itu diketahui oleh penduduk desa itu, bahawa dia adalah isteri Ayyub. Maka mereka tidak mahu lagi memberinya pekerjaan, malahan mereka berkata: “Pergilah engkau jauh-jauh kerana kami merasa jijik kepadamu.”
Maka Siti Rahmah menangis dan berdoa: “ Ya Tuhanku, Engkau talah melihat keadaanku, sesungguhnya terasa sempit dunia ini bagiku, sedang orang-orang telah merendahkan kami di dunia ini, maka janganlah Engkau kiranya merendahkan kami di akhirat kelak, ya tuhanku. Mereka telah mengusir kami dari Rumah Engkau kelak di hari kiamat.”
Siti Rahmah pun pergi kepada seorang penjual roti sambil berkata: “Sesungguhnya pujaanku Ayyub telah lapar, maka sudilah kiranya engkau memberikan hutang kepada saya berupa roti?” kata wanita itu: “Pergilah engkau jauh-jauh dari saya, supaya suamiku tidak melihatmu, tetapi berilah ikatan sanggulmu.” Siti Rahmah mempunyai dua belas kepang rambut yang panjangnya sampai ke tanah. Panjang rambutnya yang ikal itu indah sekali, sama dengan yang didapatkan oleh Nabi Yusuf a.s.
Nabi Ayyub sangat senang sekali dengan sanggul ikal tersebut. Maka datanglah wanita penjual roti dengan membawa gunting dan memotong kepang rambut serta memberikan 4 potong roti kepada Siti Rahmah. Kata Siti Rahmah: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya perbuatanku ini hanya lah kerana ketaatanku kepada suami dan untuk memberi makan kepada Nabi Mu, maka telah ku jual rambutku.”
Maka ketika Nabi Ayyub melihat roti yang masih segar serta utuh, dia sangat memperhatikannya dan menyangka bahawa isterinya telah menjual dirinya maka dia bersumpah, seandainya Allah telah menyembuhkannya, dia akan memukul isterinya 100 jilid.
100 jilid itu seperti yang kemudian difirmankan Allah swt sebagai tebusan dari sumpahnya:
“Dan ambillah dengan tanganmu seikat rumput, lalu pukulkanlah kepadanya(isterimu) dan kamu tidak terkena sumpah.”
Ketika hukuman itu telah dilaksanakan, maka Nabi Ayyub menangis seraya berkata: “Wahai tuhanku! Telah hilang daya upaya ku, sehingga sampai sebuah persoalan, isteri Nabi Mu telah menjual rambutnya, semata-mata untuk memberi nafkah untuk diriku.”
Kata Siti Rahmah: “Wahai suamiku, janganlah engkau bersusah hati pada hari ini, sesungguhnya rambut ku itu akan tumbuh kembali dengan lebih baik(indah) daripada yang sudah.” Lalu Siti Rahmah memotong roti dan memberikan makan kepadanya serta duduk disampingnya.
Adalah Nabi Ayyub, tiap-tiap ada ulat yang terjatuh dari badannya, maka diambilnya dan diletakkannya kembali dibadanya dan dia berkata: “Makanlah olehmu setiap apa-apa yang telah direzekikan kepadamu oleh Allah swt.” Maka tidak tertinggal dagingnya dan hanyalah tinggal tulang-belulang yang dilapisi kulit dengan jaringan saraf saja yang Nampak.
Apabila matahari menyinarinya, maka sinar itu seakan-akan tembus dari bahagian badannya yang tetap utuh adalah hati dan lidahnya. Hatinya tidak pernah kosong dari rasa syukur kepada Allah dan lidahnya tidak pernah diam dari zikir kepada Allah.Ada diriwayatkan bahawa Nabi Ayyub mengalami sakit seperti itu selama 18 tahun.
Pada suatu hari Siti Rahmah berkata kepada Nabi Ayyub: “Engkau adalah seorang Nabi yang mulia terhadap Tuhanmu, seandainya engkau berdoa kepada Allah swt supaya Dia (Allah) menyembuhkanmu?” Kata Nabi Ayyub a.s kepada Siti Rahmah: “Lapan puluh tahun.” Kata Nabi Ayyub: “Sesungguhnya saya merasa malu kepada Allah swt, untuk meminta kepadaNya sebab waktu cubaanNya belumlah memadai dibandingkan masa senangku.”
Dan ketika pada badan Nabi Ayyub sudah tidak ada lagi daging yang akan dimakan, maka ulat-ulat itu saling memakan di antara mereka, hingga akhirnya tinggal 2 ekor ulat yang selalu berkeliaran di badan Nabi Ayyub dalam usaha mencari makan daging, tidak mereka dapatkan kecuali hati dan lidahnya. Maka yang satu pergi ke hati dan memakan hatinya dan satu lagi pergi ke lidah dan menggigitnya.
Disaat itulah Nabi Ayyub a.s berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Sesungguhnya aku telah ditimpa bahaya yang dahsyat, sedangkan Engkau Zat Yang Maha Pengasih.”Hal ini tidaklah termasuk dalam kategori keluh kesah dan tidak pula bererti keluar dari golongan orang yang sabar. Oleh kerana itu Allah swt berfirman: “Sesungguhnya dia Kami dapatkan sebagai orang yang sabar.”
Kerana sesungguhnya, Nabi Ayyub itu tidak bersusah hati terhadap hartanya dan anak-anaknya, yang telah hilang musnah, bahkan dia merasa susah kerana cemas terputus “dari syukur dan zikir” kepada Allah swt. Maka seakan akan dia berkata: “Tuhanku, aku bersabar atas segala cubaanMu selama hatiku masih sibuk untuk bersyukur kepada Mu dan lidahku dapat berzikir kepada Mu, dan apabila keduanya itu telah rosak (hilang) daripadaku, bererti terputuslah cintaku dan zikirku pada Mu. Maka aku tidak menjadi bersabar terhadap terputusnya keduanya itu, sedangkan engkau Zat Yang Maha Pengasih dan Penyayang.”
Kemudian Allah swt memberikan wahyu kepadanya: “Ya Ayyub, lidah, hati dan ulat adalah milik Ku, sedangkan rasa sakitpun milik Ku, apakah ertinya susah?”
Diterangkan pula: “Bahawa Allah swt memberikan wahyu kepadanya:
“Sesungguhnya ada 70 orang Nabi yang meminta, seperti halmu ini kepada Ku, dan Aku hanya memilih engkau sebagai tambahan kemuliaanmu dan ini hanya bentuk lahirnya saja bencana, akan tetapi hakikatnya cinta-kasih.”
Dan sesungguhnya Nabi Ayyub merasa susah kalau hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berzikir kepada Allah swt, kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi bertafakkur dan berzikir kepadaNya.
Lalu Allah swt menjatuhkan kedua ulat itu dari diri Nabi Ayyub, maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan darah dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk manusia.
Kemudian datanglah Malaikat Jibril a.s dengan membawa 2 buah delima dari syurga. Kata Nabi Ayyub a.s : “Ya Jibril, apakah Tuhanku masih ingat kepadaKu?” Kata Jibril: “Ya, dan Dia mengirimkan salam kepadamu, serta menyuruh mu memakan kedua buah delima ini, maka akan sembuh normal daging dan tubuhmu.”
Ketika Nabi Ayyub memakan kedua delima itu, Jibril a.s berkata: “Berdirilah dengan izin Allah!” Maka Nabi Ayyub pun berdiri. Jibril berkata lagi: “Berjalanlah dengan kedua kakimu.” Maka Nabi Ayyub memukulkan kakinya yang kanan ke tanah sehinggalah keluar air hangat dan dia lalu mandi dengan air itu, kemudian dari kakinya yang kiri terpancarlah air dingin, sehingga dia minum dari air tersebut.
Kemudian, hilanglah segala penyakitnya, baik yang dibahagian luar mahupun di bahagian dalam. Dan tunuhnya menjadi lebih gagah tegap dari semula, wajahnya lebih bersinar daripada bulan purnama. Sebagaimana firman Allah swt:
“ Maka Kami terima dan kabulkan doanya, dan Kami hilangkan semua penyakit yang membahayakan dan Kami kembalikan semua keluarganya dan seperti mereka dahulu bersama-sama dengannya.”
Kata Imam Muqattil: Allah telah menghidupkan mereka dan member rezeki kepada Nabi Ayyub semula.
Kata Adh Dhahhak: Allah swt memberi wahyu kepadanya: “Apakah kamu ingin supaya mereka (anak-anakmu) Kami bangkitkan?” Kata Nabi Ayyub: “Ya Tuhanku, biarkanlah mereka itu disyurga”, maka dengan ini, maka datanglah keluarganya di akhirat, dan Allah swt memberikan kepadanya, hal-hal seperti yang diberikan kepada mereka di dunia, dengan telah lahirnya beberapa orang anak, yang demikian itu sebagai “Rahmat” atau “Nikmat” dari Kami”, untuk Nabi Ayyub dan “sebagai peringatan”, atau nasihat bagi orang-orang yang beribadah”, supaya mereka mengetahui bahawa bala bencana atau cubaan yang paling hebat itu kepada para Nabi, lalu kepada para Wali, kemudian kepada yang sepertinya dan demikian seterusnya. Maka hendaklah mereka berbuat seperti mereka telah perbuat dan bersabar seperti mana mereka yang telah bersabar.
Dari sini dapatlah diketahui bahawa jalan kepada Allah untuk perbuatan yang baik itu lebih dekat daripada pemberian yang baik.
Wallahu wa`alaam.

Tuesday 10 January 2012

Mudahnya Wanita Mendapat Pahala dan Syurga

Firman Allah: “Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 58)


Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami.

Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita seperti doktor, tenaga pengajar kepada kaum wanita serta bidang lain yang bersesuaian. Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu:
  • Kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan.
  • Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu
  • Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain
  • Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat.
  • Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki.
  • Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami.
  • Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan.
Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau mengabaikan tanggungjawabnya utama sebagai serikandi dan bidadari dalam rumah tangga.
Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.

  • 1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
  • 2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • 3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
  • 4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
  • 5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • 6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
  • 7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.
  • 8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.
  • 9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  • 10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
  • 11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
  • 12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
  • 13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.
  • 14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.
  • 15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.
  • 16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
  • 17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
  • 18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.
  • 19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
  • 20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
  • 21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
  • 22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
  • 23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).
  • 24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.
  • 25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
  • 26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.