Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Saturday 31 December 2011

Kita MELANGKAH lagi..

Assalaamualaikum, syukur kehadrat ALLAH swt kerna kita telahpun berada dipenghujung tahun 2011 dan hanya tinggal beberapa jam saja lagi kita akan melangkah ketahun baru masehi 2012.

Bagaimana dengan kehidupan kita disepanjang tahun ini? Apakah ianya sudah dapat dikatakan berpuashati dengan pencapaian serta matlamat hidup? Benarkah kita sudah berusaha dengan begitu gigih?

Pada diri saya sendiri, tahun 2011 ini amatlah begitu mencabar, selari dengan meningkatnya USIA yang bertambah dari hari kehari , begitulah dengan kisah-kisah kehidupan seharian. Walaupun adakalanya merasa terduka akibat pukulan hidup yang begitu menghimpit tetapi saya tetap meneruskannya jua dengan berpegang kepada tali ALLAH. Kadang-kadang saya merasa hidup ini begitu susah dan payah, tetapi ALHAMDULILLAH, petunjuk ALLAH yang sentiasa dihati semakin menguatkan semangat demi untuk meneruskan perjuangan kehidupan ini.


"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Az Zumar : ayat 53)".


Dari sudut karrier saya merasa bersyukur kerna pada bulan November yang lalu saya telahpun dipindahkan ketempat dan posisi yang cukup baik. Namun timbul juga kesedihan apabila berpisah dengan rakan-rakan yang selama hampir 10tahun bersama mereka, namun demi untuk memperbaiki kehidupan dan ingin menimba lebih banyak pengalaman saya lupakan EMOTIONAL tersebut kerna saya yakin bahawa apabila kita ingin mencuba sesuatu yang baru kita mesti BERHIJRAH!


"Firman Allah s.w.t lewat surah an-Nahl ayat 41 yang bermaksud: “Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik,”

Ditempat yang baru ini, saya telah diberikan pelajaran-pelajaran dalam bidang kerja yang belum pernah saya kendalikan , tetapi bersyukur kerna dengan mudahnya dapat menguasainya dan itu semua adalah atas bimbingan IKHLAS dari mereka dan juga petunjuk dari Yang Maha KUASA.


Dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan SELAMAT TAHUN BARU 2012 khusus kepada kaum keluarga, teman handai samada yang berada diluar negara ataupun di dalam negara. Marilah kita sama-sama MELANGKAHKAN KAKI kita ketahun baru ini dengan BERTAWAKKAL kepada ALLAH swt dan diiringi dengan doa agar kehidupan kita semua akan lebih bermanfaat sesama INSAN dan akan bertambahnya kemajuan dari sudut akal fikiran dan juga ILMU kita.


Sekian Wassalaam.

Isa HS


"

Saturday 10 December 2011

Tatacara Solat Gerhana Cara Nabi




SOLAT GERHANA (KUSUF & KHUSUF)
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
(Dinukil dari buku saya bertajuk Panduan Solat Sunat Cara Nabi S.A.W.)
Gerhana bulan adalah apabila bumi melindungi bulan dari cahaya matahari sehingga menyebabkan bulan kelihatan gelap. Gerhana matahari pula adalah apabila bulan melindungi bumi dari matahari sehingga bumi menjadi gelap seketika kerana tidak menerima cahaya dari matahari. Terdapat juga sesetengah pihak tatkala apabila mengalami peristiwa gerhana bulan mahupun matahari, namun mereka hanya melihat kejadian ini sebagai satu perkara yang luar biasa. Tidak kurang pula yang mengaitkannya dengan perkara-perkara mistik. Namun kejadian gerhana ini hanyalah merupakan di antara tanda-tanda kebesaran Allah Subhanahu wa Ta’ala yang mentadbir seluruh alam. Apabila terjadi gerhana bulan mahupun matahari maka disunnahkan bagi kita untuk mengerjakan solat Solat Sunat Gerhana Bulan (Kusuf) dan Gerhana Matahari (Khusuf)

HUKUM SOLAT GERHANA


Para ulamak telah sepakat bahawa disyariatkan mengerjakan solat sebanyak dua rakaat sekiranya terjadi gerhana.

Menurut Ibn ‘Umar radhiallahu’ anh, Nabi s.a.w bersabda:


إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَصَلُّوا


Maksudnya:
Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (mengalami gerhana) maka dirikanlah solat. – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1042.

Namun, para ulamak berbeza pendapat tentang hukum perlaksanaan solat Gerhana tersebut. Syeikh Muhammad bin ‘Umar bin Salim Bazmul pula menguatkan pendapat bahawa solat Gerhana ini hukumnya sunat mu’akkadah bersandarkan hadis berikut:



خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ... ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا ثُمَّ قَالَ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنْ اللَّهِ أَنْ يَزْنِيَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِيَ أَمَتُهُ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلبَكَيْتُمْ كَثِيرًا

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lalu Rasulullah s.a.w mengimami solat orang ramai… Setelah baginda selesai solat, matahari telah kelihatan. Seterusnya baginda berkhutbah di hadapan manusia dengan memuji Allah serta menyanjung-Nya, kemudian bersabda:
Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat hal itu itu maka berdoalah kepada Allah, bertakbir, bersolat dan bersedekah.
Kemudian baginda bersabda: Wahai umat Muhammad! Demi Allah, tidak ada seorangpun yang lebih cemburu daripada Allah apabila hamba-Nya sama ada lelaki atau wanita melakukan perzinaan. Wahai umat Muhammad! Sekiranya kamu semua mengetahui apa yang aku ketahui pasti kamu semua akan tertawa sedikit dan lebih banyak menangis. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1044.

Dapat dikatakan di sini bahawa dalil yang terkandung di dalam hadis merupakan perintah agar mengerjakan solat itu berserta perintah agar bertakbir, berdoa dan bersedekah. Namun, tidak ada seorangpun yang mewajibkan bersedekah, bertakbir dan berdoa ketika terjadi gerhana. Oleh itu, menurut kesepakatan ijmak bahawa perintah tersebut bersifat sunat. – Rujuk Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, edisi terjemahan bertajuk Meneladani Solat-Solat Sunnah Rasulullah s.a.w, Pustaka Imam al-Syafie, Bogor (2005), ms. 140-141.

Tetapi, tanggapan ulamak berijmak (sepakat) bahawa solat Gerhana ini hanyalah sunat mu’akkadah kurang tepat kerana terdapat juga ulamak yang mewajibkannya. Menurut al-Hafidz Ibn Hajar al-‘Asqalani rahimahullah:

Majoriti ulamak mengatakan hukumnya adalah sunnah mu’akkadah (sunnah yang amat dituntut). Tetapi, Abu 'Awanah di dalam shahihnya menyatakan bahawa hukumnya adalah wajib. Aku tidak pernah menemui ulamak yang berpendapat sedemikian selain beliau kecuali apa yang dinukil daripada Malik yang menyamakannya dengan hukum solat Jumaat. Ibn al-Manayyar menukilkan daripada Abu Hanifah bahawa menurutnya hukum solat Gerhana adalah wajib. Demikian juga dinukilkan oleh sebahagian penulis kitab mazhab Hanafi. – Rujuk Kitab Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Ibn Hajar al-‘Asqalani tahqiq Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz, edisi terjemahan dengan tajuk Fath al-Bari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari, Pustaka Azzam, Jakarta (2005), jil. 6, ms. 4.

Syeikh al-Albani rahimahullah pula menyokong pendapat bahawa solat Gerhana ini hukumnya wajib. Menurut beliau:

Inilah pendapat paling unggul (iaitu wajib solat Gerhana) dan untuk membuktikan penjelasan berikut ini, menurut pendapatku sesiapa yang mensunatkannya bererti dia telah mengabaikan perintah-perintah yang datang daripada Nabi s.a.w mengenai solat Gerhana tanpa ada dalil yang boleh menolak hukum asalnya, iaitu wajib. Al-Syaukani lebih cenderung kepada hukum wajib sebagaimana dinyatakan di dalam al-Sail al-Jarrar, jilid 1, muka surat 323 dan dipersetujui oleh Shadiq Khan di dalam al-Raudoh al-Nadiyyah. Inilah pendapat paling sahih. – Rujuk Kitab Tamam al-Minnah fi Ta’liq ‘Ala Fiqh al-Sunnah karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, edisi terjemahan dengan tajuk Tamamul Minnah Komentar Dan Koreksi Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Sayyid Sabiq, Maktabah Salafy Press,Jakarta (2002), jil. 1, ms. 329.

Syeikh al-‘Utsaimin rahimahullah pula menegaskan bahawa majoriti ulamak menyatakan solat Gerhana adalah sunat mu’akkadah. Namun, sebahagian ulamak menyatakan ia wajib sama ada termasuk kategori fardu ‘ain atau fardu kifayah kerana terdapat perintah daripada Rasulullah s.a.w agar mengerjakan solat itu. Malah, perintah itu menunjukkan wajib.

Setelah itu, beliau menguatkan pandangan bahawa hukum solat Gerhana adalah wajib katanya:

Tidak diragukan lagi bahawa dalil ini cukup kuat baik dari sumber riwayat mahupun melalui pengkajian cerdik pandai agama. Paling tidak ia termasuk kategori fardu kifayah. Inilah menurut pendapat kami. Manakala pendapat jumhur, mereka tidak memiliki dalil yang menunjukkan perkara itu tidak wajib kecuali sabda Nabi s.a.w kepada seorang lelaki yang bertanya kepadanya:


Apakah ada lagi selain itu (selain kewajipan solat lima waktu)? Baginda menjawab: Tidak! Kecuali solat sunat. – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Imaan, no: 46.
Hal ini tidak bererti menolak kewajipan solat-solat selain solat lima waktu apabila wujud sebab yang mewajibkannya. Apa yang dimaksudkan dengan kalimah nafi 'tidak!' sebagaimana sabda baginda s.a.w, iaitu berkaitan solat-solat rawatib yang selalu berulang setiap hari. Mengenai solat-solat yang berkait dengan sebab-sebab tertentu, maka hadis ini tidak boleh dijadikan hujah untuk menolak kewajipannya.


Kesimpulannya, kami memandang bahawa solat Gerhana adalah wajib sama ada fardu atas setiap individu (fardu ‘ain) atau fardu kifayah (memadai dikerjakan oleh sebahagian kaum muslimin sahaja). – Rujuk Kitab Majmu’ Fatawa Arkanil Islam karya Syeikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, edisi terjemahan dengan tajuk Majmu’ Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Akidah dan Ibadah, Pustaka Arafah, Solo (2002), jil. 1, ms. 429-430.

Dengan ini, dapat kita fahami bahawa perlaksanaan solat Gerhana ini adalah satu perkara yang dipandang besar di kalangan para ulamak sehingga ada yang mewajibkannya. Pengajian hukum sunat atau wajib berkaitan sesuatu amalan itu hanyalah berbentuk kajian ilmiah dan bertujuan mengetahui sama ada sesuatu amalan itu dibenarkan untuk ditinggalkan atau tidak.

Namun, bagi mereka yang mencintai sunnah Nabi s.a.w sekiranya sesuatu sunnah itu sabit daripada hadis yang sahih maka mereka akan berusaha mengerjakannya tanpa memikirkan sama ada ia wajib atau sunat.

Menurut Syeikh Abdullah al-Bassam:

Seorang muslim sewajarnya mematuhi syariat tanpa memandang apakah ia fardu atau sunat. Apa yang penting dia melakukan kerana mematuhi syariat Allah semata-mata mengikuti sunnah Nabi-Nya dan mengharapkan ganjaran pahala. Pembahasan mengenai hukum hanya diperlukan ketika berlaku suatu waktu ingin meninggalkannya. Ketika itu apakah sunnah yang akan ditinggalkannya itu sesuatu yang wajib atau sunat (agar tidak bergelumang dengan dosa meninggalkan sunnah). Oleh itu, menjadi kewajipan seorang hamba agar serius beribadah. Manakala dalam kajian ilmiah dan mengetahui hukum-hukumnya bertujuan mengetahui antara yang fardu dan yang sunat. - Rujuk Taudhih al-Ahkam Min Bulughul Maram karya Syeikh Abdullah Abdul Rahman al-Bassam, edisi terjemahan dengan tajuk Syarah Bulughul Maram, Pustaka Azzam, Jakarta (2006), jil. 1, ms. 217.

TATACARA MENGERJAKAN SOLAT GERHANA


Waktu Dikerjakan Solat Gerhana.

Aisyah radhiallahu’ anha berkata:


خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ... ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lalu Rasulullah s.a.w mengimami solat orang ramai… Setelah baginda selesai solat matahari telah kelihatan. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1044.

Hadis di atas merupakan dalil tentang waktu harus dikerjakan solat Gerhana, iaitu bermula terjadinya gerhana sehingga berakhirnya gerhana. Sungguhpun begitu, sekiranya kita telah menyelesaikan perlaksanaan solat Gerhana namun gerhana tersebut belum berakhir, kita hendaklah memperbanyakan berdoa dan berzikir.

Menurut al-Hafidz Ibn Hajar rahimahullah:

Lafaz ini (hingga matahari kelihatan) merupakan dalil tentang lamanya solat Gerhana, iaitu hingga matahari nampak kembali. Al-Tohawi berpendapat bahawa di dalam hadis dinyatakan hendaklah kamu semua solat dan berdoa. Dalam erti kata lain, jika kita selesai melaksanakan solat Gerhana, namun matahari masih belum juga kelihatan, kita hendaklah memperbanyakan berdoa sehingga gerhana berakhir.


Ibn Daqiq al-'Id menguatkan lagi pendapat ini bahawa had waktu tersebut (antara mula gerhana hingga matahari muncul kembali) adalah had waktu untuk solat dan berdoa. Malah bermungkinan doa tersebut boleh dilakukan setelah selesai solat hinggalah matahari muncul kembali. Oleh itu, solat Gerhana tidak harus dilakukan terlalu lama atau mengulanginya beberapa kali jika matahari belum kelihatan sehingga matahari muncul (gerhana berakhir). – Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Ibn Hajar al-‘Asqalani, jil. 6, ms. 6.

Dikerjakan Di Masjid Secara Berjemaah Oleh Lelaki Dan Wanita.


Perlaksanaan solat Gerhana ini adalah secara berjemaah. Ia dilaksanakan di masjid dan bukan di musolla, iaitu tanah lapang seperti solat hari raya dan istisqa’ (mohon hujan).

Imam Syafie rahimahullah berkata:

Solat ketika terjadi gerhana matahari dan bulan diadakan secara berjemaah. Solat seperti ini tidak dilakukan pada tanda-tanda kebesaran Allah yang lain kecuali hanya pada gerhana matahari dan bulan. – Rujuk Mukhtasar Kitab al-Umm Fi al-Fiqh karya Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafie, ringkasan dan tahqiq oleh Husain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, edisi terjemahan dengan tajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Pustaka Azzam, Jakarta (2005), jil. 1, ms. 341.

Dalil tentang disyariatkan perlaksanaan solat Gerhana secara berjemaah sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah radhiallahu’ anha katanya:



خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي حَيَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَرَجَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَصَفَّ النَّاسُ وَرَاءَهُ فَكَبَّرَ

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada zaman Nabi s.a.w lantas baginda keluar menuju ke masjid dan orang ramai berbaris di belakangnya lalu baginda bertakbir. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1046.

Solat Gerhana ini bukan hanya dikerjakan oleh kaum lelaki malah kaum wanita juga boleh turut serta mengerjakannya secara berjemaah.

Menurut Hisyam bin 'Urwah radhiallahu’ anh, Fatimah Binti al-Mundzir radhiallahu’ anha telah meriwayatkan daripada Asma' binti Abu Bakar radhiallahu’ anhuma katanya:



أَتَيْتُ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ خَسَفَتْ الشَّمْسُ فَإِذَا النَّاسُ قِيَامٌ يُصَلُّونَ وَإِذَا هِيَ قَائِمَةٌ تُصَلِّي...

Maksudnya:
Aku telah menemui Aisyah radhiallahu’ anha ketika terjadi gerhana matahari. Ternyata manusia berdiri mengerjakan solat. Begitu juga Aisyah berdiri mengerjakan solat. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1053.

Namun, sekiranya solat Gerhana itu tidak dilakukan secara berjemaah ia tetap sah. Menurut al-Hafidz Ibn Hajar rahimahullah, dalil yang mengharuskan solat Gerhana dikerjakan secara besendirian sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:



فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ


Maksudnya:
Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (matahari dan bulan mengalami gerhana), bersegeralah solat. – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1046.

Al-Hafidz Ibn Hajar rahimahullah berkata:

Berdasarkan lafaz ini dapat disimpulkan bahawa berjemaah bukanlah syarat sahnya solat Gerhana. Ini kerana terdapat terdapat isyarat di sini agar segera melaksanakan solat. Sedangkan menunggu jemaah kadang-kadang mengakibatkan waktu solat tamat atau membiarkan sebahagian waktu tanpa diisi dengan solat. – Rujuk Kitab Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Ibn Hajar al-‘Asqalani, jil. 6, ms. 29.

Hendaklah Diserukan As-solatu Jami'ah Atau Innas Solata Jami'ah Sebelum Memulakan Solat.

Tidak ada seruan azan sebelum didirikan solat Gerhana tetapi disunnahkan melaungkan as-solatu jami'ah ataupun innas solata jami'ah.

Imam Syafie rahimahullah berkata:

Tidak ada laungan azan untuk solat Gerhana, solat hari raya, dan semua solat yang bukan solat fardu. Aku lebih menyukai imam agar memerintahkan seseorang meneriakkan as-solatu jami'ah. – Rujuk Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm Fi al-Fiqh karya Abu Abdullah Muhammad bin Idris Syafie, jil. 1, ms. 344-345.

Abdullah bin Amr radhiallahu’ anh berkata:


لَمَّا كَسَفَتْ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نُودِيَ إِنَّ الصَّلاَةَ جَامِعَةٌ

Maksudnya:
Ketika terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w, lantas diserukan innas solata jami'ah (sesungguhnya solat berjemaah akan didirikan). – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1045.

Dikerjakan Sebanyak Dua Rakaat.

Jumlah rakaat solat Gerhana adalah dua rakaat sahaja. Syeikh Sayyid Sabiq rahimahullah berkata:

Jumhur ulamak mengatakan bahawa solat itu (gerhana) dilakukan dua rakaat dan setiap rakaat dengan dua kali rukuk. – Rujuk Kitab Fiqh al-Sunnah karya Syeikh Sayyid Sabiq, edisis terjemahan dengan tajuk Fikih Sunnah, Victory Agencie, Kuala Lumpur (1990), jil. 1, ms. 74.

Abu Bakrah radhiallahu’ anh berkata:



خَسَفَتْ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَرَجَ يَجُرُّ رِدَاءَهُ حَتَّى انْتَهَى إِلَى الْمَسْجِدِ وَثَابَ النَّاسُ إِلَيْهِ فَصَلَّى بِهِمْ رَكْعَتَيْنِ فَانْجَلَتْ الشَّمْسُ

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lantas baginda keluar sambil menarik atau menyeret rida' (kain yang diletakkan di atas bahu) hingga sampai ke masjid dan orang ramai telah berkumpul di sekelilingnya lalu baginda solat dua rakaat mengimami mereka. Kemudian matahari bersinar kembali. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1063.

Diperpanjangkan Bacaan Dalam Solat Gerhana.

Aisyah radhiallahu’ anha berkata:


خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lalu Rasulullah s.a.w mengimami solat orang ramai. Baginda berdiri dan memperlamakan berdiri. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1044.

Al-Hafidz Ibn Hajar rahimahullah ketika menjelaskan tentang baginda memanjangkan berdiri katanya:

Dalam riwayat Ibn Syihab disebutkan:


فَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً

Maksudnya:
Maka baginda membaca dengan bacaan yang panjang.
Manakala pada bahagian akhir perbahasan tentang solat melalui jalur lain daripada Ibn Syihab disebut pula maka baginda s.a.w membaca surah yang panjang. Disebutkan dalam hadis Ibn Abbas yang akan disebutkan setelah empat bab:


فَقَرَأَ نَحْوًا مِنْ سُورَة الْبَقَرَة فِي الرَّكْعَة الأُولَى

Maksudnya:
Baginda membaca ayat seperti panjangnya surah al-Baqarah pada rakaat pertama.

Abu Daud meriwayatkan riwayat yang serupa melalui jalur Sulaiman bin Yasar daripada Urwah sambil menambah lafaz:


قَرَأَ فِي الْقِيَام الأَوَّل مِنْ الرَّكْعَة الثَّانِيَة نَحْوًا مِنْ آل عِمْرَان

Maksudnya:
Baginda s.a.w membaca (ayat) seperti panjangnya surah Ali ‘Imran ketika berdiri pertama pada rakaat kedua. – Rujuk Kitab Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Ibn Hajar al-‘Asqlani, jil. 6, ms. 14-15.

Terdapat Empat Kali Rukuk.


Berbeza dengan solat-solat sunat yang lain, solat Gerhana memiliki empat kali rukuk, iaitu dua kali rukuk setiap rakaat.

Aisyah radhiallahu’ anha berkata:


خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الأُولَى ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ


Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lantas Rasulullah s.a.w mengimami solat orang ramai. Baginda berdiri dan memanjangkan berdiri, kemudian rukuk dan memanjangkan rukuk.


Kemudian baginda berdiri dan memanjangkan berdiri namun lebih pendek dari berdiri yang pertama. Kemudian baginda rukuk dan memanjangkan rukuk, namun lebih pendek dari rukuk yang pertama.


Kemudian baginda sujud dan memanjangkan sujud seterusnya melakukan pada rakaat kedua sama seperti yang dilakukan pada rakaat pertama.


Kemudian baginda selesai solat dan matahari telah kelihatan sinarnya kembali. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1044.

Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa perbezaan solat Gerhana berbanding solat-solat yang lain ialah sebaik sahaja membaca al-Fatihah dan mana-mana surah dari al-Quran kita hendaklah rukuk. Kemudian bangun kembali dan sekali lagi membaca al-Fatihah dan mana-mana surah dari al-Quran lalu rukuk semula. Kemudian iktidal lalu sujud dan teruskan solat sebagaimana solat-solat yang lain.

Ulangi perkara yang sama pada rakaat kedua. Tidak terdapat riwayat yang menunjukkan adanya zikir-zikir atau bacaan yang khusus untuk solat Gerhana ketika rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyyat. Oleh itu, kita boleh membaca apa jua bacaan ketika solat yang sabit daripada Rasulullah s.a.w sebagaimana yang terdapat dalam hadis.

Menguatkan Suara (Jahr).


Suara hendaklah dinyaringkan ketika membaca ayat al-Quran dalam solat Gerhana. Menurut 'Urwah, Aisyah radhiallahu’ anha berkata:

جَهَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صَلاَةِ الْخُسُوفِ بِقِرَاءَتِهِ فَإِذَا فَرَغَ مِنْ قِرَاءَتِهِ كَبَّرَ فَرَكَعَ وَإِذَا رَفَعَ مِنْ الرَّكْعَةِ قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ ثُمَّ يُعَاوِدُ الْقِرَاءَةَ فِي صَلاَةِ الْكُسُوفِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فِي رَكْعَتَيْنِ وَأَرْبَعَ سَجَدَاتٍ

Maksudnya:
Nabi s.a.w mengeraskan bacaan pada solat Gerhana. Apabila selesai membaca baginda terus bertakbir dan rukuk. Apabila baginda selesai rukuk, baginda mengucapkan sami’allaahu liman hamidah rabbana lakal hamdu (semoga Allah mendengar orang yang memuji-Nya, wahai Tuhan kami bagi-Mu segala pujian), kemudian baginda membaca kembali. Pada solat Gerhana terdapat empat kali rukuk dalam dua rakaat dan empat kali sujud. – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1065.

Syeikh al-Albani rahimahullah berkata:

Telah ditetapkan oleh Allah bahawa solat Gerhana matahari dilakukan oleh Nabi s.a.w hanya sekali. Juga telah diriwayatkan daripada hadis sahih bahawa baginda mengeraskan bacaan al-Quran seperti yang dijelaskan di dalam Sahih al-Bukhari dan tidak benar jika ada mengatakan bahawa terdapat hadis lain yang menyanggahinya. – Rujuk Kitab Tamam al-Minnah fi Ta’liq ‘Ala Fiqh al-Sunnah karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, jil. 1, ms. 331.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Gerhana

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Gerhana (Kusuf atau Khusuf)
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Membaca Surah al-Fatihah
9) Membaca Surah al-Qur’an
10) Rukuk
11) Iktidal
12) Sujud
13) Duduk antara dua sujud
14) Sujud kali kedua
15) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Membaca surah al-Fatihah
2) Membaca Surah al-Qur’an
3) Rukuk
4) Iktidal
5) Membaca Surah al-Fatihah
6) Membaca Surah al-Qur’an
7) Rukuk
8) Iktidal
9) Sujud
10) Duduk antara dua sujud
11) Sujud kali kedua
12) Duduk untuk tahiyyat akhir
13) Memberi salam ke kanan dan ke kiri


Khutbah Ringkas Selepas Solat.

Setelah selesai mengerjakan solat Gerhana, sunnah dilaksanakan khutbah yang ringkas.

Imam Syafie rahimahullah berkata:

Imam hendaklah menjadikan khutbah ketika solat Gerhana matahari seperti khutbah-khutbah lain, iaitu dimulai dengan puji-pujian kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi s.a.w, mendorong manusia berbuat kebajikan, memerintahkan mereka bertaubat serta mendekatkan diri kepada Allah. – Rujuk Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm Fi al-Fiqh karya Abu Abdullah Muhammad bin Idris Syafie, jil. 1, ms. 344.

Antara contoh khutbah Rasulullah s.a.w setelah mendirikan solat Gerhana seperti di bawah.

Aisyah radhiallahu’ anha berkata:



خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ... ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lantas Rasulullah s.a.w mengimami solat manusia… Setelah baginda selesai solat dan matahari telah kelihatan sinarnya kembali. Lalu baginda berkhutbah di hadapan orang ramai dengan memuji Allah serta menyanjung-Nya. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1044.

Aisyah radhiallahu’ anha berkata:


خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي حَيَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَرَجَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَصَفَّ النَّاسُ وَرَاءَهُ فَكَبَّرَ... فَاسْتَكْمَلَ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فِي أَرْبَعِ سَجَدَاتٍ وَانْجَلَتْ الشَّمْسُ قَبْلَ أَنْ يَنْصَرِفَ ثُمَّ قَامَ فَأَثْنَى عَلَى اللَّهِ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada zaman Nabi s.a.w lantas baginda keluar menuju ke masjid dan orang ramai berbaris di belakangnya, lalu baginda bertakbir… Baginda s.a.w menyempurnakan empat kali rukuk pada empat kali sujud dan matahari telah mula kelihatan sebelum baginda selesai solat. Kemudian baginda berdiri lalu memuji Allah sebagaimana yang layak untuk-Nya (semasa berkhutbah). – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1046.

source: http://akob73.blogspot.com/2009/12/tatacara-solat-gerhana-cara-nabi.html

Sunday 4 December 2011

Pengertian BIDAAH

01_muslim_prayer_2
Wirid dengan doa ramai-ramai lepas sembahyang, baca tahlil, baca Yasin malam Jumaat, sapu tangan ke muka lepas bagi salam dalam sembahyang, baca doa Qunut, lafaz niat sebelum takbiratul ihram, tambah ‘saidina’ dalam lafaz selawat nabi…macam-macam lagi la. Nabi tak buat tu. Rasulullah kata,
“ Awaslah kamu daripada mengada-adakan perkara baru kerana setiap perkara baru adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat balasannya adalah api neraka.”
Hadis ini kerapkali menjadi hujah terkuat golongan anti-bidaah ini. Jadi, sebenarnya apa hukum amalan-amalan seperti di atas? Seeloknya kita kembali kepada maksud bidaah terlebih dahulu supaya persoalan ini lebih jelas dapat difahami.
Istilah bidaah berasal dari kata Arab (bada’a) yang bererti mengadakan atau menciptakan sesuatu yang baru tanpa contoh terlebih dahulu. Para ulama sejak dahulu lagi membincangkan hukum bidaah dalam agama. Asas perbincangan mereka dalam menetapkan hukum bidaah adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Jabir yang tertulis dalam dialog tadi.
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud,
“ Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan agama kita ini yang bukan daripadanya, maka ia adalah tertolak”.
Asas perselisihan pendapat ialah, adakah perkataan kullu bidaah dalam hadis membawa maksud semua jenis bidaah itu sesat dan tertolak, ataupun memberi maksud sebahagian besar bidaah itu sesat? Perbezaan pendapat inilah yang membentuk dua aliran yang mana aliran pertama menolak 100% amalan yang tidak berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan satu aliran lagi berpendapat maksud kullu bidaah ialah sebahagian besar, bukan keseluruhan ( al-kul bi ma’na majmu’ laisa jami’). Itulah yang menjadi sumber asas pegangan Mazhab Syafie yang membahagikan bidaah kepada dua iaitu Bidaah Sayyi’ah atau Dholalah dan Bidaah Hasanah.
Merujuk pada tulisan Ustaz Hj. Ahmad Hafiz Al-Bakaniy dalam Majalah Milenia Muslim keluaran April 2008, beliau menyatakan Imam Syafie membahagikan bidaah kepada dua iaitu Bidaah Hasanah (mengadakan sesuatu perkara baru yang terpuji yang tidak bersalahan dengan Al-Quran dan As-Sunnah) dan Bidaah Dholalah (mengadakan sesuatu perkara baru yang tercela yang bersalahan dengan Al-Quran dan As-Sunnah). Kata Imam Syafie,
“Setiap perkara yang ada sandaran daripada syarak, maka bukan dari perkara bidaah, sekalipun tidak dilakukan oleh generasi Salaf”.
Antara dalil dibolehkan bidaah (Bidaah Hasanah) dalam amalan harian terutamanya ibadah yang saya boleh utarakan sepanjang pemahaman saya terhadap isu bidaah ini ialah :
1. Firman Allah S.W.T yang bermaksud,
“…dan kami jadikan dalam hati orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri).  Dan (perbuatan mereka yang beribadah) Rabbaniyyah-merekalah yang MENGADAKANNYA rekaannya; padahal KAMI TIDAK MEWAJIBKANNYA kepada mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredhaan Allah…” (QS 57:27).
Ini menunjukkan bahawa perkara baru yang dilakukan oleh sebahagian umat Nabi Isa (ayat di atas merujuk kepada umat Nabi Isa yang mendirikan rumah daripada tanah liat walaupun mampu untuk hidup mewah) dipuji Allah kerana mereka ingin menjauhkan diri mereka daripada keseronokan duniawi walaupun tidak terdapat dalam kitab Injil yang mengharuskan sedemikian.
2. Dalam hadis yang dikeluarkan Imam Bukhari di dalam sahihnya daripada Rifa’ah bin Rafi’ Al-Zarqiy :
“Suatu hari kami bersembahyang di belakang Rasulullah S.A.W dan ketika Rasulullah bangun dari rukuknya, Baginda menyebut ‘Sami’alllahu liman hamidah,’ dan telah berkata salah seorang di belakang Rasulullah S.A.W, ‘ Rabbana walakalhamdu hamdan kathiran thoyyiban mubarakan fih’. Selepas menunaikan solat jemaah tersebut, Rasulullah S.A.W bertanya: ‘Siapa yang membaca lafaz tadi?’ Maka sahabat tadi menjawab: ‘Saya Ya Rasulullah’. Maka Rasulullah S.A.W bersabda: Aku telah melihat lebih kurang 30 malaikat berebut untuk mencatat pahala mereka yang menyebut lafaz tersebut”.
Jelas di dalam firman Allah dan hadis di atas bahawa semua perkara baru yang tidak dilakukan Baginda dan para Nabi terdahulu bukan semuanya haram.
3. Ulama Usul mendatangkan kaedah:
“Perkara yang ditinggalkan tidak menunjukkan kepada haram”.
4. Adapun hadis yang menyebut,
“Dan seburuk-buruk perkara adalah perkara yang baru dan setiap yang bidaah itu adalah dholalah (sesat) dan sesat itu adalah ke neraka”.
Imam Nawawi menyatakan bahawa makna hadis ini adalah am makhsus (umum yang dikhususkan kepada sesat). Beliau turut menyatakan di dalam kitab Tahdzib Al-Asma’ wal Lughat m/s 22 juz 3:
“Bidaah pada syarak ialah mengadakan sesuatu yang tiada wujud di zaman Rasulullah S.A.W. Dan ia terbahagi kepada Bidaah Hasanah dan Bidaah Qabihah”.
Beliau menyambung lagi:
“Perkara baru yang diadakan dan tiada asas (dalil) dalam syarak dinamakan bidaah. Tetapi, sekiranya ADA ASAS DALAM SYARAK, MAKA IA BUKAN BIDAAH”.
Kekeliruan sesetengah pihak inilah yang akhirnya membawa perpecahan dalam umat Islam sedangkan Imam 4 Mazhab tidak pula bertekak sesama mereka malah menghormati pandangan masing-masing…Harapnya penerangan ringkas ini dapat merungkai persoalan di atas dan membuka minda kita sebagai persediaan menjadi Muslim era millennium. Wassalam…

source: http://wanwma.com/agama/agama-apa-itu-bidaah/

Wasiat NABI MUHAMMAD S.A.W.

Wasiat NABI MUHAMMAD S.A.W.:

Kita NIATKAN khusus kerana ALLAH TA`ALA.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. Selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

(a) Isteri tidak mendengar kata suami.
(b) Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c) Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan (Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.
PESANAN HAMBA INI:

(a) Berselawat - Untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) Bertaubatlah - Dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) Berzakat - Jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu Haji - Bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

UNTUK MAKLUMAN:

Sedalamnya PENGETAHUAN, hanya ALLAH Subhanahu Wata`ala saja mengetahui kebenaran.

1. Seorang saudagar dari Bombay India, telah menerima surat ini dan beliau telah mencetak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.

2. Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.

3. Pada tahun 1977, Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di Malaysia timur.

4. Tan Sri Ghazali Jawi, bekas Menteri Besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi menteri Kabinet Perdana Menteri.

5. Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.

6. Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. Baginya anugerah inilah paling agung dan tidak ada tandingannya.

7. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaannya amat menyedihkan, setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyakitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain. Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh- contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain, dimana mereka mendapat malapetaka.

Setelah kejadian yang menggembirakan dan meyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup.
INSYA ALLAH.

PERHATIAN: Setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. Sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat dan hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.

Kata Sheikh Ahmad lagi, jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. Oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain. insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan beroleh kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang IKHLAS dan janganlah diabaikan atau dibiarkan.

Tolong sebarkan kepada 20 orang Islam dimana saja mereke berada.

Isa HS: 
Samada BETUL ataupun TIDAK, hanya Allah shaja yg Maha Mengetahui, dan kita sebagai Ummat Islam wajarlah untuk menyebarkannya kepada saudara kita yang lain ini adalah kerana kandungan-kandungan WASIAT tersebut memang BANYAK TERJADI dizaman ini dan tambahan pula pengajarannya baik-baik belaka. Mengenai dengan pembalasan akibat tidak menyebarkannya, kita disarankan janganlah terlalu TAKSUB, sebaiknya kita serahkan semula kepada ALLAH swt.

Saturday 3 December 2011

IMAM Mazhab yang EMPAT.

Imam Abu Hanifah [80H/699M– 150H/767M]
Imam Abu Hanifah atau nama sebenarnya Nu’man bin Tsabit bin Zhuthi’ lahir pada tahun 80H/699M di Kufah, Iraq, sebuah bandar yang sudah sememangnya terkenal sebagai pusat ilmu Islam pada ketika itu. Ianya diasaskan oleh ‘Abdullah ibn Mas‘ud radhiallahu ‘anh (32H/652M), seorang sahabat zaman Rasulullah shallahu ‘alaihi wasallam. Ayahnya seorang pedagang besar, sempat hidup bersama ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh. Imam Abu Hanifah sekali-sekala ikut serta dalam urusniaga ayahnya akan tetapi minatnya yang lebih besar ialah ke arah membaca dan menghafal Al-Quran.
Imam Abu Hanifah pada satu hari telah berjumpa dengan seorang tokoh agama yang masyhur pada ketika itu bernama as-Sya’bi. Melihatkan kepintaran dan kecerdasan luar biasa yang terpendam dalam Imam Abu Hanifah, as-Sya’bi menasihatkan beliau agar lebih banyak mencurahkan usaha ke dalam bidang ilmu-ilmu Islam. Dengan nasihat dan dorongan as-Sya’bi, Imam Abu Hanifah mula menceburkan diri secara khusus mempelajari ilmu-ilmu Islam.

Imam Abu Hanifah mula belajar dengan mendalami ilmu-ilmu qiraat, ilmu bahasa Arab ilmu kalam dan lain-lain. Akan tetapi bidang ilmu yang paling diminatinya ialah ilmu hadith dan fiqh. Beliau banyak meluangkan masa dan tenaga untuk mendalaminya. Imam Abu Hanifah meneruskan pembelajarannya dengan bergurukan kepada as-Sya’bi dan beberapa tokoh ilmuan lain di Kufah. Menurut riwayat, jumlah gurunya di Kufah sahaja berjumlah 93 orang.
Beliau kemudiannya berhijrah ke bandar Basrah di Iraq, untuk berguru bersama Hammad bin Abi Sulaiman, Qatadah dan Shu’bah. Setelah sekian lama berguru dengan Shu’bah yang pada ketika itu terkenal sebagai Amir al-Mu’minin fi Hadith (pemimpin umat dalam bidang hadith), beliau diizinkan gurunya untuk mula mengajar hadith kepada orang ramai. Berkata Shu’bah: “Sebagaimana aku ketahui dengan pasti akan kesinaran cahaya matahari, aku juga ketahui dengan pasti bahawa ilmu dan Abu Hanifah adalah sepasangan bersama.”
Imam Abu Hanifah tidak hanya berpuas hati dengan pembelajarannya di Kufah dan Basrah di Iraq. Beliau kemudiannya turun ke Makkah dan Madinah untuk menuntut ilmu lagi. Di sana beliau duduk berguru kepada ‘Atha’ bin Abi Rabah. Kemudiannya Imam Abu Hanifah duduk pula bersama Ikrimah, seorang tokoh besar agama di Makkah yang juga merupakan anak murid kepada ‘Abdullah ibn ‘Abbas, ‘Ali bin Abi Thalib ra, Abu Hurairah ra dan ‘Abdullah ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhum. Kehandalan Imam Abu Hanifah dalam ilmu-ilmu hadith dan fiqh diiktiraf oleh Ikrimah sehingga beliau kemudiannya membenarkan Imam Abu Hanifah menjadi guru kepada penduduk Makkah.
Imam Abu Hanifah kemudiannya meneruskan pengajiannya di Madinah bersama Baqir dan Ja’afar as-Shadiq. Kemudiannya beliau duduk bersebelahan dengan Imam Malik bin Anas, tokoh besar kota Madinah ketika itu. Walaupun Imam Abu Hanifah 13 tahun lebih tua daripada Imam Malik, ini tidak menghalangnya untuk turut serta belajar. Apabila guru kesayanganya Hammad meninggal dunia di Basrah pada tahun 120H/738M, Imam Abu Hanifah telah diminta untuk mengganti kedudukan Hammad sebagai guru dan sekaligus tokoh agama di Basrah. Melihatkan tiada siapa lain yang akan meneruskan perjuangan Hammad, Imam Abu Hanifah bersetuju kepada jawatan tersebut.
Mulai di sinilah Imam Abu Hanifah mengajar dan menjadi tokoh besar terbaru dunia Islam. Orang ramai dari serata pelusuk dunia Islam datang untuk belajar bersamanya. Di samping mengajar, Imam Abu Hanifah adalah juga seorang pedagang dan beliau amat bijak dalam mengadili antara dua tanggungjawabnya ini sebagaimana diterangkan anak muridnya al-Fudail ibn ‘Iyyadh: “Adalah Imam Abu Hanifah seorang ahli hukum, terkenal dalam bidang fiqh, banyak kekayaan, suka mengeluarkan harta untuk sesiapa yang memerlukannya, seorang yang sangat sabar dalam pembelajaran baik malam atau siang hari, banyak beribadat pada malam hari, banyak berdiam diri, sedikit berbicara terkecuali apabila datang kepadanya sesuatu masalah agama, amat pandai menunjuki manusia kepada kebenaran dan tidak mahu menerima pemberian penguasa.”
Pada zaman pemerintahan Abbasid, Khalifah al-Mansur telah beberapa kali meminta beliau menjawat kedudukan Qadhi kerajaan. Imam Abu Hanifah berkeras menolak tawaran itu. Jawapan Abu Hanifah membuatkan al-Mansur marah lalu dia menghantar Imam Abu Hanifah ke penjara. Akan tetapi tekanan daripada orang ramai menyebabkan al-Mansur terpaksa membenarkan Imam Abu Hanifah meneruskan pengajarannya walaupun daripada dalam penjara. Apabila orang ramai mula mengerumuni penjara untuk belajar bersama Imam Abu Hanifah, al-Mansur merasakan kedudukannya mula tergugat. Al-Mansur merasakan Imam Abu Hanifah perlu ditamatkan hayatnya sebelum terlambat.
Akhirnya Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada bulan Rejab 150H/767M (ketika berusia 68 tahun), yakni ketika berada di dalam penjara disebabkan termakan makanan yang diracuni orang. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa beliau dipukul dalam penjara sehingga mati. Kematian tokoh ilmuan Islam ini amat dirasai oleh dunia Islam. Solat jenazahnya dilangsungkan 6 kali, setiapnya didirikan oleh hampir 50,000 orang jamaah. Abu Hanifah mempunyai beberapa orang murid yang ketokohan mereka membolehkan ajarannya diteruskan kepada masyarakat. Antara anak-anak murid Imam Abu Hanifah yang ulung ialah Zufar (158H/775M), Abu Yusuf (182H/798M) dan Muhammad bin Hasan as-Syaibani(189H/805M).
Imam Malik bin Anas [93H/711M – 179H/796M]
Imam Malik bin Anas lahir di Madinah pada tahun 93H/711M. Beliau dilahirkan di dalam sebuah kota yang merupakan tempat tumbuhnya Islam dan berkumpulnya generasi yang telah dididik oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. Sejarah keluarganya juga ada hubung kait dengan ilmu Islam, dengan datuknya sendiri adalah seorang perawi dan penghafal hadith yang terkemuka. Pakciknya juga, Abu Suhail Nafi’ adalah seorang tokoh hadith kota Madinah pada ketika itu dan dengan beliaulah Malik bin Anas mula mendalami ilmu-ilmu agama, khususnya hadith. Abu Suhail Nafi’ ialah seorang tabi‘in yang sempat menghafal hadith daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar, ‘Aisyah binti Abu Bakar, Ummu Salamah, Abu Hurairah dan Abu Sa‘id al-Khudri r.a.
Selain Nafi’, Imam Malik bin Anas juga duduk berguru dengan Jaafar as-Shadiq, cucu kepada al-Hassan, cucu kepada Rasulullah s.a.w. Imam Malik juga duduk belajar di Masjid Nabawi, Madinah dan berguru dengan Muhammad Yahya al-Ansari, Abu Hazim Salmah ad-Dinar, Yahya bin Saad dan Hishambin ‘Urwah. Mereka ini semua ialah anak murid kepada para sahabat Rasulullah s.a.w. Suasana kehidupan Imam Malik bin Anas di Madinah yang ketika itu dipenuhi dengan para tabi‘in amatlah menguntungkannya. Para tabi‘in ini adalah mereka yang sempat hidup bersama sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka sempat belajar, mendengar hadith dan mengamalkan perbuatan para sahabat secara terus. Inilah antara sebab kenapa Imam Malik bin Anas tidak pernah meninggalkan Madinah kecuali apabila pergi menunaikan ibadat hajinya.
Imam Malik bin Anas kemudiannya mengambil alih peranan sebagai tokoh agama di Masjid Nabawi, Madinah. Ajarannya menarik sejumlah orang ramai daripada pelbagai daerah dunia Islam. Beliau juga bertindak sebagai Mufti Kota Madinah pada ketika itu. Imam Malik juga ialah antara tokoh yang terawal dalam mengumpul dan membukukan hadith-hadith Rasulullah s.a.w di dalam kitabnya al-Muwattha’. Kitabnya ini menjadi hafalan dan rujukan orang ramai sehinggakan ia pernah dikatakan oleh Imam as-Syafi‘e sebagai: “Tidak wujud sebuah buku di bumi yang paling hampir kepada al-Quran melainkan kitab Imam Malik ini.”
Antara tokoh besar yang duduk belajar bersama Imam Malik ialah Imam Abu Hanifah dari Kufah, Iraq. Selain itu diriwayatkan juga bahawa sebanyak 1,300 tokoh-tokoh lain yang duduk bersama menuntut ilmu bersama Imam Malik di Masjid Nabawi. Antaranya termasuklah Muhammad bin Idris, yang kemudiannya terkenal dengan gelaran Imam as-Syafi‘e. Ketinggian ilmu Imam Malik bin Anas pernah diungkap oleh Imam Ahmad bin Hanbal sebagai: “Imam Malik adalah penghulu daripara penghulu ahli ilmu dan beliau pula seorang imam dalam bidang hadith dan fiqh. Siapakah gerangan yang dapat menyerupai Imam Malik?”
Imam Malik pernah dihukum oleh gabenor Kota Madinah pada tahun 147H/764M kerana telah mengeluarkan fatwa bahawa hukum talaq yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Abbasid sebagai tidak sah. Kerajaan Abbasid ketika itu telah membuat fatwa sendiri bahawa semua penduduk perlu taat kepada pemimpin dan barangsiapa yang enggan akan terjatuh talaq ke atas isterinya. Memandangkan rakyat yang lebih taatkan ulama’ daripada pemimpin, pemerintah Abbasid telah memaksa Imam Malik untuk mengesahkan fatwa mereka. Imam Malik enggan, malah mengeluarkan fatwa menyatakan bahawa talaq sedemikian tidak sah (tidak jatuh talaqnya). Imam Malik ditangkap dan dipukul oleh gabenor Madinah sehingga tulang bahunya patah dan terkeluar daripada kedudukan asalnya. Kecederaan ini amatlah berat sehinggakan beliau tidak lagi dapat bersolat dengan memegang kedua tangannya di dada, lalu dibiarkan sahaja terkulai di tepi badannya.
Imam Malik kemudiannya dibebaskan dari penjara dan beliau terus kembali mengajar di Madinah sehinggalah beliau meninggal dunia pada 11 Rabiul-Awwal, tahun 179H/796M, ketika berusia 86 tahun (Hijrah). Di antara anak-anak murid beliau yang masyhur ialah ‘Abdarrahman bin al-Qasim al-Tasyri (191H/807M), Ibn Wahhab Abu Muhammad al-Masri (199H/815M) dan Yahya bin Yahya al-Masmudi (234H/849M).
Imam Muhammad bin Idris as-Syafi’e [150H/767M – 204H/820M]
Imam as-Syafi’e lahir di Gaza, Palestin pada tahun 150H/767M. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris as-Syafi‘e. Beliau mempunyai pertalian darah Quraisy dan hidup tanpa sempat melihat ayahnya. Pada umur 10 tahun ibunya membawanya ke Makkah untuk menunaikan ibadah Haji dan selepas itu beliau tetap berada di sana untuk menuntut ilmu. Di Makkah Imam as-Syafi’e memulakan perguruannya dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, yakni mufti Kota Makkah ketika itu.
Kitab ilmu yang paling terkemuka pada ketika itu ialah al-Muwattha’ karangan Imam Malik bin Anas, dan Imam as-Syafi’e dalam usia 15 tahun telah pun menghafal keseluruhan kitab tersebut. Imam as-Syafi’e kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk berguru pula dengan penulis kitab itu sendiri, yakni Imam Malik bin Anas. Ketika itu Imam as-Syafi’e baru berumur 20 tahun dan beliau terus duduk bersama Imam Malik sehinggalah kewafatannya pada tahun 179H/796M. Ketokohan Imam as-Syafi’e sebagai murid terpintar Imam Malik bin Anas mulai diiktiraf ramai. Imam as-Syafi‘e mengambil alih sebentar kedudukan Imam Malik bin Anas sebagai guru di Masjid Nabawi di Madinah sehinggalah beliau ditawarkan satu kedudukan jawatan oleh Gabenor Yaman. Jawatan Imam as-Syafi’e di Negeri Yaman tidak lama kerana beliau telah difitnah sebagai pengikut mazhab Syi‘ah. Selain itu pelbagai konspirasi lain dijatuhkan ke atasnya sehinggalah beliau dirantai dan dihantar ke penjara di Baghdad, yakni pusat pemerintahan Dinasti Abbasid ketika itu.
Imam as-Syafi’e dibawa menghadap kepada Khalifah Harun ar-Rashid dan beliau berjaya membuktikan kebenaran dirinya. Kehandalan serta kecekapan Imam as-Syafi’e membela dirinya dengan pelbagai hujjah agama menyebabkan Harun ar-Rashid tertarik kepadanya. Imam as-Syafi’e dibebaskan dan dibiarkan bermastautin di Baghdad. Di sini Imam as-Syafi’e telah berkenalan dengan anak murid Imam Abu Hanifah dan duduk berguru bersama mereka, terutamanya Muhammad bin al-Hasan as-Syaibani. Suasana ini memberikan kelebihan yang penting bagi Imam as-Syafi’e, iaitu beliau berkesempatan untuk belajar dan membanding antara dua ajaran Islam, yakni ajaran Imam Malik bin Anas dan ajaran Imam Abu Hanifah.
Pada tahun 188H/804M, Imam as-Syafi’e berhijrah pula ke Mesir. Sebelum itu beliau singgah sebentar di Makkah dan di sana beliau diberi penghormatan dan dipelawa memberi kelas pengajian agama. Imam as-Syafi’e kini mula diiktiraf sebagai seorang imam dan beliau banyak meluahkan usaha untuk cuba menutup jurang perbezaan di antara ajaran Imam Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah. Usahanya ini tidak disambut baik oleh para penduduk Makkah kerana kebiasaan mereka adalah kepada ajaran Imam Malik bin Anas.
Pada tahun 194H/810M, Imam as-Syafi’e kembali semula ke Baghdad dan beliau dipelawa untuk memegang jawatan Qadhi bagi Dinasti Abbasid. Beliau menolak dan hanya singgah selama 4 tahun di Baghdad. Imam as-Syafi’e kemudian kembali ke Mesir dan memusatkan ajarannya di sana pula. Daud bin ‘Ali pernah ditanya akan kelebihan Imam as-Syafi’e berbanding tokoh-tokoh lain pada ketika itu, maka beliau menjawab: “As-Syafi‘e mempunyai beberapa keutamaan, berkumpul padanya apa yang tidak terkumpul pada orang lain. Beliau seorang bangsawan, beliau mempunyai agama dan i’tiqad yang sebenar, seorang yang sangat murah hati, mengetahui hadith sahih dan hadith dhaif, nasikh, mansukh, menghafal al-Quran dan hadith, perjalanan hidup para Khulafa’ ar-Rashidin dan amat pandai pula mengarang.”
Dalam usahanya untuk cuba menutup jurang perbezaan antara ajaran Imam Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah, Imam as-Syafi’e menghadapi banyak tentangan daripada para pengikut Mazhab Maliki yang amat taksub kepada guru mereka. Pada satu malam, dalam perjalanan balik ke rumah dari kuliah Maghribnya di Mesir, Imam as-Syafi’e telah diserang dan dipukul orang sehingga menyebabkan kematiannya. Pada ketika itu Imam as-Syafi’e juga sedang menghadapi penyakit buasir yang agak serius.
Imam as-Syafi’e meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204H/820M di Mesir ketika berumur 54 tahun (Hijrah). Beliau meninggalkan kepada dunia Islam sebuah kitab yang paling agung dalam bidang usul fiqh berjudul ar-Risalah. Kitab ini adalah yang terawal dalam menyatakan kaedah-kaedah mengeluarkan hukum daripada sesebuah nas al-Qur’an dan as-Sunnah. Selain itu Imam as-Syafi’e juga meninggalkan kitab fiqhnya yang termasyhur berjudul al-Umm. Ajaran Imam as-Syafi’e diteruskan oleh beberapa anak muridnya yang utama seperti Abu Yaaqub al-Buwayti (231H/846M), Rabi’ bin Sulaiman al-Marali (270H/884M) dan Abu Ibrahim bin Yahya al-Muzani (274H/888M).
Imam Ahmad bin Hanbal [164H/781M – 241H/856M]
Imam Abu ‘Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal dilahirkan di Baghdad, Iraq, pada tahun 164H/781M. Ayahnya seorang mujahid Islam dan meninggal dunia pada umur muda, iaitu 30 tahun. Ahmad kemudiannya dibesarkan oleh ibunya Saifiyah binti Maimunah. Imam Ahmad bin Hanbal menghafal al-Qur’an sejak kecil dan pada umurnya 16 tahun beliau sudah menjadi penghafal hadith yang terkenal. Imam Ahmad bin Hanbal meneruskan pengajian hadithnya dengan sekian ramai guru dan beliau pada akhir hayatnya dijangkakan telah menghafal lebih daripada sejuta hadith termasuk barisan perawinya.
Pada tahun 189H/805M Imam Ahmad bin Hanbal berhijrah ke Basrah dan tidak lama kemudian ke Makkah dan Madinah untuk menuntut ilmu. Di sana beliau sempat duduk berguru dengan Imam as-Syafi‘e. Sebelum itu guru-gurunya yang masyhur ialah Abu Yusuf, Husain ibn Abi Hazim al-Washithi, ‘Umar ibn ‘Abdullah ibn Khalid, ‘Abdurrahman ibn Mahdi dan Abu Bakar ibn ‘Iyasy. Pada tahun 198H Imam Ahmad bin Hanbal ke negeri Yaman pula untuk berguru dengan ‘Abdurrazzaq ibn Humam, seorang ahli hadith yang besar ketika itu, terkenal dengan kitabnya yang berjudul al-Musannaf. Dalam perjalanannya ini Imam Ahmad mula menulis hadith-hadith yang dihafalnya setelah sekian lama.
Imam Ahmad bin Hanbal kembali semula ke Baghdad dan mula mengajar. Kehebatannya sebagai seorang ahli hadith dan pakar fiqh menarik perhatian orang ramai dan mereka mula mengerumuninya untuk belajar bersama. Antara anak muridnya yang kemudian berjaya menjadi tokoh hadith terkenal ialah al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud. al-Qasim ibn Salam pernah berkata: “Ahmad bin Hanbal adalah orang yang paling ahli dalam bidang hukum dan aku tidak melihat ada orang yang lebih mengetahui tentang as-Sunnah selain beliau. Beliau tidak pernah bersenda gurau, selalu berdiam diri, tidak memperkatakan apa-apa selain ilmu.”
Imam Ahmad bin Hanbal pernah hidup di dalam penjara kerana kekerasannya menentang Mazhab Mu’tazilah yang diterima oleh pemerintah Abbasid ketika itu. Mereka (pemerintah) memaksa Imam Ahmad mengesahkan mazhab baru tersebut. Imam Ahmad enggan dan ini menyebabkan beliau dirotan di dalam penjara sehingga tidak sedarkan diri. Akibat ketegasan Imam Ahmad bin Hanbal serta tekanan daripada para orang ramai akhirnya menyebabkan pihak pemerintah Abbasid telah terpaksa membebaskan beliau dari penjara. Imam Ahmad kemudiannya meneruskan pengajarannya kepada orang ramai sehinggalah kematiannya pada tahun 241H/856M, ketika berusia 77 tahun Hijriah.
Imam Ahmad bin Hanbal meninggalkan kepada dunia Islam kitab hadithnya yang terkenal iaitu “al-Musnad” yang mengandungi lebih kurang 30,000 hadith Rasulullah s.a.w dan atsar para sahabat r.a. Dua orang anaknya yang utama meneruskan perjuangan ayah mereka, iaitu ‘Abdullah bin Ahmad dan Shaleh bin Ahmad.


source: http://syahirul.com/imam-mazhab-yang-empat/

Besarnya KEAMPUNAN ALLAH kepada Makhluknya.

Diriwayatkan bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w, Umar Ibnu Khattab salah seorang sahabat terdekat Rasullulah s.a.w menangis di depan pintu salah seorang isteri Rasullulah, yang didalamnya ada Rasulullah s.a.w. Mendengar suara Umar Ibnu Khattab berada di luar, maka Rasulullah s.a.w segera keluar dan bertanya kepada Umar Ibnu Khattab, “Hai Umar kenapa engkau menangis?”
Kemudian Umar menjawab: “Wahai Rasulullah, bersamaku ada seorang pemuda yang telah membuat hatiku sedih dengan tangisnya.”
Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan Umar agar membawa masuk anak muda tersebut ke dalam. Atas perintah tersebut, Umar Ibnu Khattab lalu mengajak pemuda yang datang bersamanya sambil keduanya tetap menangis.
Pemuda itu disuruh duduk di depan Rasulullah s.a.w dan Umar Ibnu Khattab duduk di sebelahnya. Rasulullah s.a.w kemudian bertanya: “Hai pemuda, kenapa engkau menangis?”
Pemuda itu menjawab sambil tetap menangis: “Wahai Rasulullah, dosaku sangat besar dan aku takut Allah memurkaiku…”
“Apakah engkau telah menyekutukan Allah dengan sesuatu?” tanya baginda s.a.w.

“Tidak, ya Rasul,” sahut pemuda itu sambil tetap menangis.
“Apakah engkau telah membunuh seseorang dengan alasan yang tidak benar?” Rasulullah s.a.w kembali bertanya.
“Tidak ya Rasul,” sahut pemuda itu sambil terus menangis.
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Sungguh, dosamu sebesar apa pun, Allah akan mengampuninya, sekalipun memenuhi langit dan bumi.”
“Sungguh dosaku lebih besar dari itu, ya Rasul,” sahut pemuda itu.
“Apakah besar dosamu melebihi Arasy? Besar mana dengan Arasy?” tanya baginda s.a.w lagi.
“Dosaku sangat besar, ya Rasulullah.”
“Lalu besar mana dosamu dengan keagungan, ampunan, dan rahmat Allah?” tanya Rasulullah s.a.w.
“Tentu keagungan, ampunan, dan rahmat Allah lebih besar. Tetapi dosaku sangat besar, ya Rasulullah” jawabnya diantara esakan tangisan.
Kerana kurang mengerti maksud pengakuan dari pemuda itu, akhirnya Rasulullah s.a.w mendesaknya, “Cuba katakan dosa apa yang pernah kau perbuat?”
“Aku malu menyebutnya, ya Rasulullah…” kata si pemuda itu.
Kerana Rasulullah s.a.w terus mendesak pemuda itu untuk mengatakan dosanya secara jujur. Maka dengan perasaan malu dan takut, pemuda itupun menceritakan dosa yang dilakukannya.
“Wahai Rasulullah, aku ini seorang penggali kubur, sejak tujuh tahun lalu. Hingga meninggalnya puteri dari seorang sahabat Ansar. Melihat kecantikan dan kemontokan tubuhnya, nafsu berahiku memuncak. Setelah kuburan sepi, ku bongkar kuburnya dan ku telanjangi mayat gadis itu. Setelah ku cumbui, nafsu berahiku tak dapat ku tahan, lalu ku setubuhi. Ketika itu mayat gadis itu (diizinkan Allah) berkata, “Tidakkah kau malu kepada Allah, pada hari Allah menghukumi orang-orang berbuat zalim, sementara engkau menelanjangiku dan menyetubuhiku diantara orang-orang yang telah mati. Engkau membuatku dalam keadaan junub dihadapan Allah!”
Mendengar pengakuan dari si pemuda itu, Rasulullah s.a.w segera bangkit berdiri dan meninggalkannya, seraya berseru: “Hai pemuda fasik, pergilah! Jangan engkau dekati aku! Nerakalah tempatmu kelak!”
Pemuda itu pun segera keluar meninggalkan rumah Rasulullah s.a.w seraya menangis. Dia berjalan dengan arah tak menentu keluar kampung. Sampailah dia di padang pasir yang luas lagi panas. Tujuh hari lamanya ia tidak makan dan minum kerana penyesalan dan kesedihan yang sangat mendalam hingga lemahlah keadaan tubuhnya tak kuasa lagi berjalan, lalu kemudian jatuh tersungkur di tempat itu. Di atas pasir ia bersujud kepada Allah, lalu berdoa dan memohon ampunanNya dalam tangisnya.
“Ya Allah, aku adalah hambaMu yang telah berbuat dosa besar. Sekarang aku datang ke pintuMu, agar Engkau berkenan menjadi penolongku disisi kekasihMu. Sungguh Engkau Maha Pemurah kepada hamba-hambaMu dan tiada tersisa harapanku kecuali kepadaMu. Ya Allah Tuhanku, sudilah menerima kehadiranku, kalau tidak datangkanlah apiMu dari sisiMu, dan bakarlah tubuhku dengan apiMu di dunia ini, daripada Kau bakar tubuhku di akhirat nanti.”
Setelah itu Malaikat Jibril a.s datang kepada Rasulullah s.a.w. Usai menyampaikan salam dari Allah, Jibril a.s berkata: “Wahai Muhammad, Allah s.w.t bertanya kepadamu, “Apakah engkau yang menciptakan makhluk?”
“Bahkan Dialah yang menciptakan diriku dan mereka,” jawab Rasulullah s.a.w.
“Apakah engkau memberi rezeki kepada mereka?” tanya Jibril a.s.
Rasulullah s.a.w menjawab: “Bahkan Dia memberi rezeki padaku dan mereka.”
“Apakah engkau menerima taubat mereka?” tanya Jibril a.s untuk kali yang sekiannya.
“Bahkan Dia yang berhak menerima taubat dan mengampuni dosa-dosa hamba-Nya” ujar Rasulullah s.a.w.
Jibril a.s lalu berkata, Allah berfirman kepadamu; “Telah datang kepadamu seorang hambaKu dan dia menerangkan satu dosa dari beberapa dosanya, maka kamu berpaling (marah) kepadanya daripada dosanya, maka bagaimana keadaan orang-orang mukmin kelak, apabila mereka datang dengan dosa yang banyak lagi besar ibarat gunung yang besar? Engkau adalah utusanKu yang Aku utus sebagai rahmat untuk seluruh alam. Maka jadilah kamu orang yang sayang menyayangi pada semua orang yang beriman, menjadi penolong bagi orang-orang yang telah berdosa dan memaafkan ketelanjuran dan kesalahan mereka (hambaKu); kerana sesungguhnya Aku telah mengampunkannya (menerima taubatnya) dan dosanya.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. mengutus beberapa orang sahabat, maka mereka temui pemuda tersebut lalu memberikan khabar gembira kepadanya dengan maaf dan ampunanNya. Lalu mereka membawa pemuda tersebut berjumpa Rasulullah yang mana ketika itu beliau (Rasulullah) sedang menunaikan sembahyang Maghrib, dan merekapun bermakmum di belakangnya.
Ketika Rasulullah s.a.w. membaca surah Al Fatihah yang dilanjutkan dengan surah At-Takaatsur (Al Haakumuttakaatsur), sesampai baginda membaca ‘Hattaa Zurtumul Maqaabir’ (Kamu telah dilalaikan sehingga kamu masuk kubur), maka berteriaklah pemuda itu dengan keras sekali langsung jatuh. Ketika mereka selesai sembahyang, mereka dapati pemuda itu telah meninggal dunia. Mudah-mudahan Allah Taala membelas kasihaninya.
Dipetik dari kitab Misykatul Anwar

source: http://syahirul.com/besarnya-keampunan-allah-kepada-makhluknya/

Friday 2 December 2011

BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)


Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi?Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun.Jika ada,hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja.Tetapi bagi Yahudi Zionis,teramat perlu.KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM ALQURAN.Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno,terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu:  1. Reuben 2. Simeon3. Lev i4. Judah 5. Issachar 6. Zebulun 7. Dan 8. Naphtal i9. Gad 10. Asher 11. Joseph 12. Benjamin
1.
Di dalam 12 puak yang hilang ini,hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi.Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim.Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula,ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.
Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip 'lost tribe'). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR,LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.
Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!
Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran.Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang 'the lost tribe' ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini.Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini 'Bumi Mala'?Apakah yang diceritakan di dalam manukrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?
Dari mana salsilah "Melayu" . Yahudi memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf? . Kenapa? .
MAHADI berasal dari darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ "Q" ?? . Apakah itu "3Mim" ?
Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism... kenapa?
MELAYU – JAWI
Siapakah Melayu? Darimanakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, 'di penghujung dunia'. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. 'Di hujung dunia', setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat... tidur dengan lenanya... senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka...dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur’
Keturah, Ibu Melayu
Dalam Kitab Perjanjian Lama ada dibabadkan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Ibrahim selepas kematian Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.
Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.
Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang (yang saya curi-curi baca sewaktu berusia 12 tahun), ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Ibrahim. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.
Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Ibrahim ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai.
Apa maknanya semua ini?
Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama.
Tapi... siapakah Keturah??
Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .
Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa asas Keturah).Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.
Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu.Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s .Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel.Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat.INGAT, YAHUDI/BANI ISRAIL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.
Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S) .Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala.DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a.Ini menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.(ada versi yang mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon' tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina, perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan 'Suvarnabhumi'-menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka)
Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak,ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor,Perak,Johor dll serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s.Jadi jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks,merangkumi persoalan Ophir,Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba),kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim a.s dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar,Lemuria dan Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN.MISTERI YANG LAIN.
Jawab soalan ini.Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas) padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland? Ada misteri di situ.Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama,dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani.Sebahagiannya dari era Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal,yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba)
Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.
Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak,atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).
Kambuja,Aryan,Mala,Manessah,suku Sakya dan Buddha
Bangsa Mala itu memang bukan dari Yahudi.Perlu diingat Yahudi itu dari lelaki bernama Yehudah(Anak Nabi Yaakob a.s yang berkomplot dengan abangnya Shimon(Simeon) untuk membunuh Nabi Yusof a.s).Sedangkan kan hipothesis dari Dr.Ralp Olsen mengatakan Bangsa Mala ini dari Bani Menasseh anak kpd Nabi Yusof a.s ini jelas bila kajian DNA telah dilakukan pada puan 'Bnaei Menasseh' di daerah Assam, Burma telah mengesahkan mereka ada DNA bangsa Israel.Daerah Assam adalah laluan Mala-Deutro@bani Menasseh yang lari dari peperangan Assyrian yang membumihanguskan Kota Nineveh kerajaan Judah.Kajian mengatakan bahasa Melayu juga wujud di daerah Assam.Oleh krn itu,bangsa Mala yg sifatnya tidak menyenangi 'Yahudi' ini memang ada kaitan dengan sirah Nabi Yusof a.s yang dibuang dlam perigi oleha saudaranya Shimon dan Yehudah.
Disini adalah ditegaskan sekiranya bangsa Mala ada bloodline dengan bani Menasseh(Keturunan Nabi Yusof a.s@Joseph) maka layak lah digelar berketurunan Bani Israel bukan Yahudi.Kerana Bani Israel itu bertebaran luas di bumi ini yang mana ianya lahir dari 12 anak keturunan nabi Yaakob a.s,sedangkan Yahudi hanya salah satu suku kaum dalam ras bani Israel.Samalah dlm kes pendita Yahudi kata Nabi Ibrahim a.d itu Yahudi,lalu Allah tegaskan baginda bukan Yahudi mana tidaknya Yahudi hanya salah satu suku kaum dari Bani Israel yang wujud lama selepas Nabi Ibrahim a.s.Seperkara lagi bangsa Israel bertebaran hingga ke bumi Afrika dan puak Lemba Afrika memang ada genetik Israel dari Bani Benjamin@Bunyamin adek kpd Nabi Yusof a.s malahan di Cina pun ada keturunan Isarel yang dah bercampur dgn bangsa Cina iaitu Puak Cina Kaifeng.
Jadi Lost Tribe Israel memang lari ke sebelah Asia melalui 'Laluan Sutera' untuk turun ke Yunnan,Mekong dan Indochina hinnga terserap dlm bangsa Mala(Hari ini pegang syariat Nabi Muhammad yakni Islam).Ada yang terpisah ke China lalu membentuk komuniti Kaifeng.
Jadi bani Israel merangkumi keturunan NabiIbrahim turun kpd Ishak lalu Yaakob dan turun kepada seluruh 12 anak nabi Yaakob a.s., jadi pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan Sapi) adlah pilihan puak Yahudi itu sendiri tiada kaitan dengan ras Israel lain yang masih memegang syariat mentauhidkan Allah Taala.
Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk website beliau,link: www.mormonslocation.com).Projek genome itu dijangka lengkap dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang khusus utk lost tribe disebelah South East Asia region

Kisah Penciptaan Nabi Adam alaihissalam..

Tatkala Allah hendak menciptakan bentuk Nabi Adam a.s, Dia mencampur air, tanah, api dan uap dalam penciptaannya, lalu bertajalli kepada campuran tersebut dengan sifat dan zatNya, serta digenggam dengan kekuasaannya, lalu campuran itu dibawa ke alam malakut dan dicampur dengan wangi-wangian surga serta disirami dengan bahrul uluhiyah.

Adapun masa penciptaan Nabi Adam as, kira-kira120 tahun yakni 40 tahun dalam tanah berlumpur, 40 tahun dalam tanah bebatuan dan 40 tahun dalam lapisan tanah yang membusuk, akan tetapi tidak diketahui kapan masa penciptaannya tersebut. Allah berfirman: “Bukankah Telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut? Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), Karena itu kami jadikan dia mendengar dan Melihat. (QS. Al-Insaan : 1-2)

Kemudian Allah sempurnakan bentuknya seperti keadaan manusia sekarang ini serta Allah rahasiakan hakikat bentuk dan kejadiannya dari para malaikat, sehingga membuat memandang dengan hina, karena kebodohan mereka tentang rahasia Allah.

Maka tatkala Allah menciptakan nabi Adam, Dia berfirman kepada para malaikat, sebagaimana tertulis dalam sebuah al-Qur’an. “(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila Telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; Maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya". (QS. Shaad:71-72)

Lalu Allah berfirman kepada malaikat Jibril “Hai Jibril turunlah kamu ke dunia, ambillah beberapa jenis tanah, Aku hendak menciptakan makhluk baru yang bernama manusia”. Malaikat Jibril pun turun ke dunia untuk mengambil beberapa jenis tanah, sesampainya di dunia ia ditanya oleh tanah : “Hai Jibril, untuk apa Allah menyuruhmu mengambil tanah?” Malaikat Jibril menjawab : “Allah hendak menciptakan makhluk baru yang bernama manusia”. "Jangan! Aku tidak mau bertanggung jawab atas ciptaan ini, aku takut apabila Allah menciptakan sesuatu dariku yang aku tidak sanggup menanggungnya”.

Mendengar penolakan tersebut, malaikat jibril pun naik ke langit dan melaporkan kepada Allah perihal tanah yang tidak sanggup menanggung beban karena takut akibat yang akan terjadi bila Allah menciptakan manusia.

Lalu Allah memerintahkan malaikat Mikail untuk turun ke dunia. Sebagaimana halnya malaikat Jibril, permohonan kepada bumi pun di tolak, dan iapun kembali dengan tangan hampa, lalu Allah memerintahkan malaikat Isropil untuk turun ke dunia mengambil beberapa jenis tanah sebagaimana halnya malaikat Jibril dan Mikail, permohonan kepada bumi pun dibantah, dan ia pun kembali ke langit melaporkan tugasnya yang gagal.

Maka Allah memerintahkan malaikat Izrail untuk turun ke dunia, sebagaimana halnya yang lain, permohonannya kepada bumi untuk minta beberapa jenis tanah ditolak. Kemudian ia berkata kepada bumi : “Hai bumi tahukah kamu sesungguhnya hal ini bukan keinginan kami, para malaikat, akan tetapi Allah lah yang telah memerintahkan kami untuk mengambil beberapa jenis tanah darimu, dan Dialah zat yang Maha mengetahui semua rahasia dibalik penciptaan seluruh makhluknya.

Mendengar penjelasan malaikat Izrail, bumipun diam tubuhnya begetar hebat karena takut kepada Allah, lalu malaikat Izrail merentangkan seluruh sayapnya dari Timur ke Barat, dan diambil beberapa jenis tanah, yang berwarna merah, putih, hitam, kuning, coklat dan kelabu. Itulah yang menyebabkan anak cucu keturunan Nabi Adam berlainan warna kulitnya.

Kemudian, malaikat Izrail membawa beberapa jenis tanah itu kehadapan Allah : “Ya Allah, zat yang Maha Mengetahui, inilah hambaMu yang datang membawa tugas”. Allah berfirman : “Engkau telah berhasil melaksanakan tugasmu, untuk itu Kupercayakan pula untuk mencabut ruh keturunan Nabi Adam as”.

“Ya Allah, alangkah berat tugas ini, karena hamba akan mendapat cacian dan makian dari mereka”. “Tidak! Tugasmu hanya mencabut ruh, sedangkan kematian mereka ada sebabnya, diantara mereka ada yang mati karena tenggelam, ada yang mati karena terjatuh, terbunuh, tertabrak, dan sebagainya”. Walaupun sebabnya bermacam-macam, tapi hakikat kematian itu hanya satu yaitu dicabutnya ruh dari jasad mereka.

Kemudian Allah memerintahkan malaikat Mikail untuk mengambil 4 jenis air dari dalam surga yaitu, air manis, air pahit, air asin, dan air amis, lalu tanah yang telah diambil oleh malaikat Izrail pun disiram dengan keempat jenis air tersebut, maka jadilah keempat jenis air itu menempati sudut-sudut dalam tubuh manusia, yaitu air liur rasanya manis, air mata rasanya asin, air hidung rasanya amis dan air telinga rasanya pahit.

Allah berfirman dalam hadits qudsi : "Aku telah mencampur, tanah adam (yakni tanah yang dipilih oleh Allah sebagai bahan dasar penciptaan jasad Nabi Adam) dengan kekuasaanKu selama 4 hari."

Syekh Abdul Wahab berpendapat : Sesungguhnya Allah telah menciptakan jasad Nabi Adam dengan tanah yang diambil dari 7 lapis bumi, yaitu lapisan pertama Allah ciptakan kepalanya, lapisan kedua Allah ciptakan batang lehernya, lapisan ketiga Allah ciptakan dadanya, lapisan keempat Allah ciptakan kedua tangannya, lapisan yang kelima Allah ciptakan punggung dan perutnya, lapisan keenam Allah ciptakan pinggang dan pangkal pahanya, dan lapisan yang ketujuh Allah ciptakan kakinya.
Sedangkan Abdullah bin Abbas ra, berpendapat : seusungguhnya Allah telah menciptakan jasad Nabi Adam dari tanah yang berasal dari beberapa negeri. Kepalanya berasal dari tanah Makkah, dadanya dari tanah Madinah, punggung dan perutnya dari tanah Hindustan, kedua tangannya dari tanah Syam dan kedua kakinya dari tanah Maroko.

Dalam riwayat lain beliaupun berpendapat, bahwa Allah menciptakan jasad Nabi Adam dari tanah yang berlainan yaitu :
- Kepalanya dijadikan dari tanah di sekitar Baitul Maqdis dan ia gunakan sebagai tempat berpikir dan bicara.
- Wajahnya dijadikan dari tanah surga, dan ia menjadi lambang bentuk kecantikan dan ketampanannya.
- Telinganya dijadikan dari tanah Thursina, dan ia digunakan untuk mendengar nasihat-nasihat agama.
- Dahinya dijadikan dari tanah Irak, dan ia dijadikan untuk sujud menyembah Allah SWT.
- Tangan kanannya dijadikan dari tanah di sekitar Ka’bah maka ia diperintahkan untuk menjadi orang yang dermawan dan suka menolong.
- Tangan kirinya dijadikan dari tanah Persia (Iran) maka digunakan sebagai alat untuk bersuci dari kekotoran.
- Matanya dijadikan dari tanah di sekitar telaga Kautsar, maka ia digunakan untuk melihat yang baik-baik.
- Perutnya dijadikan dari tanah Khurasan, maka perutnya cenderung merasa lapar dan butuh kepada makanan.
- Uratnya dijadikan dari tanah Babilonia, maka ia menjadi sarana pelampiasan syahwat manusiawi.
- Tulangnya dijadikan dari tanah Bukah, maka ia menjadi lambang keperkasaan dan kekuatan.
- Hatinya dijadikan dari tanah surga Firdaus, maka Allah, meletakkan di dalamnya iman dan hawa nafsu.
- Lidahnya dijadikan dari tanah Thoif, maka ia digunakan untuk bermunajat kepada Allah SWT.

Di dalam diri Nabi Adam terdapat 5 anggota badan yang paling penting dinamakan Panca Indera, yaitu mata sebagai alat melihat, hidung sebagai alat pencium, telinga sebagai alat mendengar, lidah sebagai alat merasa dan kulit sebagai alat meraba.

Ruh masuk ke dalam tubuh Nabi Adam (manusia) melalui ubun-ubun dan langsung menuju otak, lalu ruh itu berputar di dalam jaringan-jaringan otak selama 200 tahun, kemudian turun ke mata, telinga, hidung, mulut dan lidah, lalu Allah mengajarkan ruh itu memuji kebesaranNya, maka ia segera mengucap اَلْحَــمْدُ ِللهِ (segala puji hanya untuk Allah yang telah menciptakan hamba). Allah menjawab dengan ucapan يرحمك يــا ادم (semoga Allah merahmatimu hai Adam).

Kemudian ruh itu turun ke dada, ke perut dan sampai ke ujung kaki, setelah melihat dirinya telah sempurna, ia pun menggerakan tubuhnya hendak bangun, tapi tubuhnya masih lemah belum bertenaga, dan hal itulah yang menjadi sifat manusia, Allah berfirman : “Dan Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, kami sediakan bagi mereka azab yang pedih. Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdoa untuk kebaikan. dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa.” (QS. Al-Isra : 10-11)

Allah pun memerintahkan malaikat Jibril untuk meniup ubun-ubun nabi Adam, maka mengalirlah darah disekujur tubuhnya, meresap ke dalam jaringan-jaringan tubuh menjadi daging, tulang, urat, kulit dan sebagainya. Perkembangan organ tubuhnya semakin hari kian tampak jelas, rambutnya menjadi panjang, kukunya bertambah sedikit demi sedikit.

Menurut sebuah riwayat dijelaskan, bahwa kulit Nabi Adam as putih (bersih bercahaya) seperti putihnya pangkal kuku (kuku muda), maka tatkala beliau melanggar larangan Allah yaitu memakan buah khuldi, Allah pun mengganti kulitnya, seperti kulit kita sekarang ini (yakni kulit penduduk negeri Arab pada umumnya) dan Dia meninggalkan bekasnya pada pangkal kuku, untuk menjadi peringatan bagi manusia dari mana sebenarnya mereka berasal.

Setelah sempurna kejadian fisik dan rohaninya. Allah menutupi tubuhnya dengan pakaian surga yang terbuat dari benang emas bertahtakan permata dan mutiara, lalu Allah memasukkan nur Muhammadiyah ke dalam ruhnya, sehingga membuat wajah dan tubuhnya bercahaya laksana bulan purnama. Dan nur Muhammadiyah ini berpindah-pindah dari tubuh yang satu ke tubuh yang lain, atau generasi yang satu ke generasi lain, hingga sampai ke dalam ruh Abdullah bin Abdul Mutholib, yaitu ayahanda nabi Muhammad SAW dan pada akhirnya akan diterima oleh beliau sebagai pemilik nur tersebut.

Kemudian Allah memerintahkan kepada malaikat untuk mengajak nabi Adam menyaksikan kebesaran KerajaanNya di tujuh petala langit dan bumi selama 100 tahun. Maka tak satupun dari kerajaan Allah yang disaksikannya, kecuali bertambah kagum dan yakin atas kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

Dalam perjalanannya mengelilingi alam semesta itu, beliau mengendarai seekor kuda putih yang terbuat dari larutan minyak kasturi, namanya Maimun, kedua sayapnya terbuat dari permata, pelananya dari Zabarjad dan tali kendalinya dari batu Yakut. Dari mulutnya selalu terucap kalimat pujian dan sanjungan atas ke Maha Kekuasaan Allah SWT. Dan malaikat Jibril memegang tali kendalinya, sedangkan di sebelah kanan kirinya terdapat malaikat Mikail dan Isrofil yang mengawal perjalanannya.
Mereka berkeliling menyaksikan seluruh ciptaan Allah hingga tiba di surga Adn, seluruh penduduk surga menyambut kedatangannya dengan suka cita, mereka bertasbih memuji Allah atas kesempurnaan ciptaanNya, yaitu menciptakan makhluk baru bernama manusia.

Nabi Adam pun memasuki halaman surga Adn yang bergemerlapan cahayanya, ia memberi salam kepada penduduk surga dengan ucapan اَلسَّــلاَ مُ عَلــَـيْكـُـمْ (Assalamu'alaikum) , lalu penduduk surga menjawab dengan ucapan وَعَــلَــيْكـُــمُ السَّـــلاَ مُ (Waalaikumsalam). dan ucapan inilah yang menjadi lambang pernghormatan seorang muslim bila berjumpa dengan saudaranya seagama, hingga hari kiamat.

Setelah itu Nabi Adam as tinggal di dalam surga Adn, maka sebagai teman hidupnya. Allah menciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya yang sebelah kiri. Sebuah riwayat berpendapat, bahwa Nabi Adam dan Siti Hawa tinggal di dalam surga Adn, hanya setengah hari akhirat (500 tahun dunia) saja. Dan Allah memberi kebebasan kepada keduanya untuk menikmati seluruh isi surga kecuali buah dari pohon khuldi (yaitu buah anggur kering yang pada zaman modern ini diperas untuk pembuatan minuman keras).

Iblis laknatullah tidak senang melihat kesenangan mereka, lalu ia menggoda Nabi Adam dan Siti Hawa untuk makan buah khuldi dengan alasan agar kehidupan mereka di dalam surga menjadi abadi. Mereka akhirnya melanggar larangan Allah untuk memakan buah khuldi tersebut, maka terlepaslah seluruh pakaian yang dikenakannya. Dan Allah pun mengusir mereka dari dalam surga hanya dengan memakai 3 helai daun, sehelai untuk badannya, sehelai untuk menutup auratnya, dan sehelai lagi untuk menutup sorbannya (kepalanya).

Pada saat itu, ada 5 makhluk yang terusir dari surga karena terlibat dalam pelanggaran tersebut, yaitu Nabi Adam as, Siti Hawa, Iblis laknatullah, ular hitam dan burung merak (kedua makhluk ini terlibat, karena turut serta merayu Nabi Adam dan Siti Hawa).

Syekh Ka’ab Al Ahbar berpendapat : sesungguhnya Allah menurunkan mereka ke dunia pada tempat yang berlainan, Nabi Adam diturunkan di negeri Hindustan (pulau Sailon) dan Siti Hawa di Jeddah, sedangkan Iblis diturunkan di negeri Basrah, ular di negeri Ashpihan (Iran) dan burung merak dibuang kelautan lepas.

Setelah perpisahannya dengan Siti Hawa, Nabi Adam menyesali perbuatannya, ia menangis selama 300 tahun dan tidak berani mengangkat kepalanya ke atas langit karena malu kepada Allah, demikian halnya dengan Siti Hawa, keduanya merasa kehilangan. Kemudian Allah membantu mereka dengan memerintahkan angin untuk membawa suara Nabi Adam kepada Siti Hawa dan begitu pula sebaliknya, sehingga keduanya dapat berkomunikasi antara satu dengan yang lainnya seolah-olah mereka sedang berdampingan.

Setelah 300 tahun bertaubat menyesali perbuatannya, Allah menerima taubatnya dan memerintahkannya untuk menunaikan ibadah haji ke Ka’bah Baitullah, dan disanalah pada hari Jum’at Nabi Adam bertemu dengan Siti Hawa, yaitu di sebuah padang pasir yang amat luas dan tandus yang pada masa ini dinamakan Padang Arafah (pertemuan atau perkenalan). Mereka melepas rindu setelah ratusan tahun tidak berjumpa. Dan malaikat Jibril mengajarkan mereka, bagaimana mendapatkan keturunan, maka keduanya bersebadan pada hari Jum’at tersebut.

Berkat izin dan taqdir Allah, Siti Hawa hamil dan melahirkan 2 orang anak, 1 laki-laki dan 1 perempuan, yang laki-laki diberi nama Abdullah sedangkan yang perempuan diberi nama Amatullah.

Dan pada tahun-tahun berikutnya, Siti Hawa hamil kembali dan melahirkan pula 2 orang anak, 1 laki-laki dan 1 perempuan. Yang laki-laki diberi nama Abdurrahman sedangkan yang perempuan diberi nama Amaturahman. Demikianlah seterusnya, hingga beliau melahirkan anak kembar sebanyak 20 kali, yaitu 20 anak laki-laki dan 20 anak perempuan.

Para ahli sejarah berselisih pendapat tentang Qabil dan Habil, apakah mereka anak yang pertama atau anak yang terakhir, sedangkan kebanyakan para ahli mengatakan bahwa Habil adalah anak laki-laki pertama Nabi Adam sedangkan Qabil adalah anak yang kedua.
Sebagaimana yang lain Habil pun mempunyai saudara sekandung yang bernama Faliman (dalam riwayat lain bernama Labuda), dan Qobil mempunyai saudara sekandung perempuan, yang bernama Iqlima. Setelah mereka berusia remaja, Nabi Adam hendak menikahkan mereka, sedangkan manusia ketika itu hanya keluarga Nabi Adam saja, kemudian Allah mengutus malaikat Jibril untuk memberikan jalan keluarnya, maka sesuai dengan petunjuk Allah Habil harus menikah dengan Iqlima dan Qobil harus menikah dengan Labuda.

Habil sebagai pemuda yang shaleh menerima peraturan tersebut sedangkan Qobil menolaknya, lalu ia membunuh saudaranya. Dan inilah pertumpahan darah pertama kali yang terjadi dalam sejarah umat manusia.
Setelah kematian Habil, Allah menganugerahkan seorang anak laki-laki yang bernama Syits, dalam bahasa Arab artinya pemberian Allah atau karunia Allah. Wajahnya, akhlaknya, imannya dan kesabarannya sama dengan yang dimiliki oleh Habil. Syits diangkat menjadi seorang Nabi, ia mendapat tugas dari Nabi Adam untuk memerangi Qobil dan pengikutnya.

Setelah genap usianya 1000 tahun (dalam riwayat yang lain usianya 930 tahun), nabi Adam berpulang ke Rahmatullah, pada hari Jum’at saat tergelincirnya matahari bertepatan dengan terjadinya gerhana matahari. Beliau berpesan kepada Nabi Syits untuk melanjutkan perjuangannya dalam menegakkan dakwah Islamiyah di muka bumi.
Mendengar kematian suaminya, Siti Hawa menangis tersedu-sedu, ia keluar dari mihrobnya (tempat sholat) dan menangis di sisi maqam nabi Adam selama 40 hari. Setelah itu ia jatuh sakit hingga beberapa hari kemudian menyusul nabi Adam berpulang ke Rahmatullah. Nabi Syits mengebumikan jasad ibunya di samping kiri maqam nabi Adam.