Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Saturday 2 January 2010

KISAH RM200!!!!

Pada satu malam, seorang lelaki yang bernama Rizal pergi kesurau untuk mendengar ceramah agama.

Ketika ceramah masih berlangsung, tabung derma kepunyaan surau telah pun diedarkan untuk mengutip derma. Lantas Rizal mengeluarkan dompetnya dan memasukkan RM2 kedalam tabung derma tersebut. Tiba-tiba seorang pakcik yang duduk dibelakangnya menepuk bahunya dan menghulurkan wang sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal hanya mampu membalasnya dengan senyuman dan kemudiannya mengambil wang itu lalu memasukkannya kedalam tabung derma tersebut. Rizal kemudian menoleh kearah pakcik tadi dan berasa kagum atas kemurahan pakcik itu.

Beberapa saat kemudian, pakcik itu sekali lagi menepuk bahu Rizal. Pakcik itu menghampirinya dan dia membisikkan sesuatu kepada Rizal.

"Encik, duit RM200 tu sebenarnya encik yang punye. Terjatuh masa encik keluarkan dompet tadi." bisik pakcik itu tenang.

GETTING DIVORCED ON CHRISTMAS Share

An elderly man in Miami calls his son in New York and says, "I hate to ruin your day son, but I have to tell you that your mother and I are getting divorced. Forty-five years of misery is enough!".

"Dad, what are you talking about?!" the son screams.

"We can't stand the sight of each other any longer, we are sick of each other and I am sick of talking about this. So, call your sister in Chicago and tell her." the old man says and he hangs up.

Frantic, the son calls his sister who explodes on the phone. "Like heck they are getting divorced?! I will take care of this!" she shouts.

She calls her father straight away. "You are not getting divorced! Don't do a single thing until I get there! I am calling my brother back and we will both be there by tomorrow! Until then, don't do a thing. Do you hear me?!" the daughter screams and hangs up.

The old man hangs up his phone and turns to his wife and says, "Okay, they are coming for Christmas and paying their own airfares."

KHASIAT TELUR SEPARUH MASAK

mran dan Ani telah membawa anak mereka yang berusia 6 tahun pergi keklinik. Walaupun pada mulanya mereka agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut dan menceritakan kepada doktor tentang masalah kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Lalu doktor melakukan pemeriksaan keatas anak mereka.

Doktor: "Beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Keesokan paginya, apabila anak mereka hendak bersarapan dia terkejut kerana melihat ada sepuluh biji telur telah tersedia diatas meja makan.

Anak: "Semua telur ini untuk saya ke mak?"

Emak: "Kamu makan dua biji saja. Selebihnya, untuk ayah kamu."

MINTA DERMA Share

Pada suatu pagi, seorang budak lelaki telah ditinggalkan bersama neneknya kerana ayah dan ibunya pergi keluar untuk bekerja. Pada sebelah petangnya, datang seorang pemuda dari persatuan badan kebajikan orang-orang tua untuk meminta derma. Lalu berlarilah budak lelaki untuk membuka pintu.

Pemuda: "Assalamualaikum."

Budak Lelaki: "Waalaikumsalam. Ye abang? Boleh saya tolong?"

Pemuda: "Abang dari persatuan badan kebajikan orang-orang tua. Abang datang ni nak mintak derma."

Budak Lelaki: "Oh. Abang nak derma. Boleh tak abang bagitau macamane nak derma?"

Pemuda: "Adik boleh menderma dari segi barangan atau wang, janji adik ikhlas."

Budak Lelaki: "Oh. Macam tu ek? Saya ade barang nak derma, tunggu kejap ye abang."

Pemuda: "Mulia sungguh hati budak ni, kecik-kecik dah pandai nak menderma. Sejuk perut emak dia mengandungkan dia."

Budak Lelaki: "Abang!"

Pemuda: "Ye adik?"

Budak Lelaki: "Nah! Saya nak dermakan nenek saya."

Pemuda: "#%&@$?"

SI TANGGANG VERSI JEPUN

Saya ingin berkongsi satu pengalaman saya dengan pembaca budiman sekalian dan diharap agar kisah ini boleh dijadikan teladan dan panduan dimasa akan datang. Kisah ini berlaku didepan mata saya sendiri dan menyebabkan saya merasa insaf.

Ada seorang budak lelaki yang bernama Tatsuo Kun (bukan nama sebenar) yang tinggal berdua bersama ibunya iaitu Maciko San (juga bukan nama sebenar) disebuah daerah Yamanashi. Manakala, bapa kepada Tatsuo Kun telah meninggal dalam satu kemalangan jalanraya tujuh tahun yang lalu. Hubungan Tatsuo Kun dan ibunya agak rapat. Apa saja yang Tatsuo Kun inginkan pasti akan ditunaikan oleh ibunya.

Tatsuo Kun membesar menjadi seorang remaja yang bijak dan dia telah berjaya memasuki sebuah universiti melalui biasiswa iaitu Meiji University (hanya rekaan penulis).

Setelah memasuki universiti tersebut perangai Tatsuo Kun mula berubah, dia menjadi seorang yang sombong dan tidak menghiraukan apatah lagi menghubungi ibunya yang berada dikampung.

Hendak dipendekkan cerita, Maciko San mengambil keputusan untuk datang berjumpa dengan anaknya diuniversiti. Ketika itulah satu perkara yang menginsafkan diri saya berlaku. Ia terjadi benar-benar dihadapan saya. Keluar saja Tatsuo Kun dari pintu universiti bersama rakan-rakannya, ibunya terus saja memanggil anak kesayangannya itu. Melihat keadaan ibunya yang berpakaian kampung membuatkan Tatsuo Kun merasa amat malu dengan rakan-rakannya yang terdiri daripada anak orang berada. Lalu Tatsuo Kun mendekati ibunya dan berkata, "Makcik ni silap orang kot!". Saya merasa sedih dan terkejut ketika itu melihat Maciko San dilayan begitu. Maciko San memegang tangan anaknya. Terlihat airmata ibunya mula berkecai. Maciko San merayu agar anaknya tidak berkata begitu. Tatsuo Kun yang dihimpit perasaan malu telah menolak ibunya kearah jalanraya dan dilanggar kereta.

Saya merasa sungguh sedih dan cuba untuk menolong tetapi apakan daya, semuanya hanya berlaku didalam televisyen rumah saya. Lantas saya mengambil 'remote controller' dan menukar kesiaran lain.

KAMBING PUTIH DAN KAMBING HITAM

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu putih dan berbulu hitam. Dia kemudiannya didatangi oleh seorang pemuda yang ingin bertanya tentang biri-birinya itu.

Pemuda: "Bagus ternakan biri-biri kamu ini. Boleh tak saya bertanya beberapa soalan?"

Gembala: "Oh! Boleh saja."

Pemuda: "Berapa jauh biri-biri ini berjalan setiap hari?"

Gembala: "Yang mana? Yang putih atau yang hitam?"

Pemuda: " Yang putih."

Gembala: "Ah! Yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari."

Pemuda: "Dan yang hitam?"

Gembala: "Yang hitam pun sama."

Pemuda: "Berapa banyak pula rumput biri-biri ini makan setiap hari?"

Gembala: "Yang mana? Yang putih atau yang hitam?"

Pemuda: "Yang putih."

Gembala: "Ah! Yang putih makan kira-kira empat kilo rumput setiap hari."

Pemuda: "Dan yang hitam?"

Gembala: "Oh! Yang hitam pun sama juga."

Pemuda: "Dan berapa banyak bulu yang biri-biri ini hasilkan setiap tahun?"

Gembala: "Yang mana? Yang putih atau yang hitam?"

Pemuda: "Yang putih."

Gembala: "Menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau biri-biri ini dicukur."

Pemuda: "Dan yang hitam pula?"

Gembala: "Yang hitam pun sama juga."

Pemuda: "Eh! Kenapa kamu membezakan yang putih dan yang hitam setiap kali kamu menjawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja?"

Gembala: "Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih ini adalah milik saya."

Pemuda: "Oh! Begitu rupanya, fahamlah saya. Kalau yang hitam, siapa pemiliknya?"

Gembala: "Yang hitam pun sama, milik saya juga."

Pemuda: "%#$&@?!"