Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Wednesday 25 November 2009

Fantasi Seorang Pemandu Teksi ~~~ p/s: jangan kuat mejen² bah ehehhe

Pada lewat malam yang hening ada seorang nurse yang bernama Maya, sedang cuba menahan sebuah teksi. Lima minit berlalu, berhentilah sebuah teksi dihadapannya.

Semasa didalam perjalanan, pemandu teksi yang bernama Fendi asyik memerhatikan nurse tersebut melalui cermin tengah teksinya. Nurse itu merasa kehairanan lalu bertanya, "Kenapa encik asyik memerhatikan saya?". Fendi tersenyum malu dan berkata, "Sebenarnya, saya selalu berfantasi. Maafkan saya. Saya teringin sangat hendak mencium seorang nurse."

"Oh begitu. Tidak menjadi masalah. Saya izinkan encik mencium saya, kalau itu boleh memberi ketenangan kepada encik tapi saya ada satu syarat, encik mestilah belum berkahwin." kata Maya panjang lebar. "Oh! Sudah tentu saya belum berkahwin." balas Fendi girang kerana fantasinya selama ini bakal menjadi kenyataan.

Kemudian Fendi memberhentikan teksinya ditepi jalan yang sepi lagi dingin dan terasa angin sayup-sayup menerjah ketubuh. Fendi terus saja mencium nurse itu selama sepuluh minit tanpa henti. Selesai saja sesi itu, mereka pun menyambung perjalanan tapi dengan tidak semena-mena, Fendi menangis sedikit teresak-esak.

"Maafkan saya. Saya merasa bersalah, sebenarnya saya sudah pun berkahwin." akui Fendi. Mendengar pengakuan itu, Maya hanya tersenyum dan berkata, "Sudahlah encik. Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Saya juga bersalah. Saya bukanlah seorang nurse tetapi saya adalah Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan hendak menuju kepesta pakaian berseragam."


sources from: Faizah Sugar @Facebook.com

BERMAIN BOLA DI DALAM KAPAL TERBANG?????

Ada dua puluh enam orang gila, mereka mahu diuji kesihatan mentalnya di Amerika. Mereka telah diangkut menggunakan pesawat Hercules yang besar.

Sewaktu di udara, orang-orang gila itu bising kerana bermain bola didalam pesawat. Si kapten marah dan mengarahkan co-pilotnya untuk menenangkan mereka.

"Oi! Bising lah korang ni! Jangan main bola didalam pesawat, bahaya!" bentak co-pilot kepada semua orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-lama, si kapten merasa curiga dan kehairanan kerana situasinya terlalu tenang. Dia mengarahkan lagi co-pilotnya untuk melihat keadaan yang mencurigakan itu. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah hidup. Orang gilanya hanya tinggal empat orang! "Hei! Kenapa hanya tiggal kamu berempat? Yang lain ke mana?"

"Habisnya tak boleh main bola didalam kapal terbang. Jadi, mereka pun main bola diluar." jelas salah seorang dari orang gila itu.

"Hah?! Tapi, kenapa korang ada didalam?" tanya co-pilot lagi.

"Kan kita orang pemain simpanan." jawab orang gila tenang.

sources by: Faizah Sugar @Facebook.com

CERITA DI STESYEN MINYAK!!!

Cerita ini bermula disalah sebuah satu stesen minyak. Distesen minyak itu ada dua orang pekerja Bangladesh yang tahu cakap melayu sikit, cakap omputih sikit dan bahasa bangla yang sememangnya mereka handal gila. Nama mereka ialah Majid dan Abu.

Pada satu hari berhentilah sebuah kereta mewah, Mercedes untuk mengisi minyak. Pemandu kereta tu sorang Pak Arab. Kebetulan pula minyak dipam minyak itu sudah habis, ini yang membuatkan Abu pening kepala macamana nak cakap kat Pak Arab tu yang minyak dah habis. Pak Arab tu pula tak tau sepatah haram bahasa melayu. Cuma tau omputih sikit dan sudah setentunyalah bahasa arabnya.

Abu bagitau Pak Arab tu sambil menyebut “fuel” dan disusuli dengan gerakan memusingkan tangannya menandakan minyak sudah habis tapi Pak Arab tu ternganga tak paham. Abu cuba lagi sekali dengan menyebut “fuel” dan disusuli gerakan menggelengkan kepala tapi Pak Arab tu tetap ternganga luas tak paham.

Abu dah tak tau nak buat macamana. Dia pun pergi kat Majid untuk menerangkan situasi sebenar. Mereka bercakap dalam bahasa bangla dan bunyinya macam ni.

Abu: "Majid, tolong aku Majid. Pak Arab tu tak tau minyak dah habis."

Majid: "Alah! Ko cakap aje la minyak dah habis."

Abu: "Setakat Yes, No, Alright, I Love U atau I Miss U, aku tau la."

Majid: "Aku pun tak tau jugak cakap omputih ni."

Abu: "Alah! Tolonglah aku Majid."

Majid: :Ok! Aku tau sikit-sikit cakap arab."

Lalu pergilah si Majid kat Pak Arab tu dan dengan selambanya dia berkata, "Fuel, sodoqallahul'azim.”

info: sources by Faizah Sugar @Facebook.com

Saturday 14 November 2009

Cinta Umpama Menunggu Bas

Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak, “Eee… penuhnya… tak de tempat duduk.” Jadik, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yg lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awaktunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.
Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.

Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, “Emmm… tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.” Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.


Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati “bas” itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

… .Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Sunday 8 November 2009

Mutiara Kata

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab


Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus


Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.


Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.


Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.


Derrived from: blog.mixterr.com

Saturday 7 November 2009

Kata Pujangga

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.

Madah Cinta

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi tanpa mengharap kembali.Cinta itu seperti sinar matahari, tidak memilih siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang memberri kehangatan dihati.


HATI SEORANG KEKASIH LELAKI:  Dia mementingkan kekasihnye dari dirinye sendiri.


Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.
 
 
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Friday 6 November 2009

Antara Kelebihan / Fadilat Surah Al-Ikhlas

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!” Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulallah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).Sabda-Sabda Rasulullah SAW“ Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur'an” ( Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai ).

Thursday 5 November 2009

Gerai Makan Ayam Penyet

Menyediakan Makanan Ala Jawa Yang Terbaik Bagi Biskita , terutama Menu Utama kami iaitu Ayam Penyet beserta dengan Lalap/Ulam yang Segar dan Sambal yang cukup SLURPPPP~~~

Nasi Ayam Penyet = $3.50






Ayam Penyet, Lele Penyet, Bebek Goreng , Nasi Katok , Nasi Goreng, Jus Cinta Madu 3, Lemon Ais 3 Rasa, Teh C Special, Jus Lobak dan bermacam-macam lagi Menu yang Terbaik untuk Biskita.


Waktu Operasi: 7am - 12am
 
No Telepon: 2663362


Alamat








Image Derived From : Brunei Restaurant Preview

Goods Items/Accessories for Sale. (UPDATED)






Nokia Handphone
Model: N81 3g
Price: $300 Negotiate.




 




Printer 3 in 1
Model: HP
$120 -Nett-

Hi-Fi Audio DVD
Model: Aowa ( complete with speakers )
$250 -Nett-

Good Cars For Sale


Mitsubishi L200 for sale
Model 2007
Manual 4x4 Diesel 2.5
Black color
Price: $25,800 (Bank Loan can be arranged at TAIB with a low monthly installment)







Toyota Soluna 1.6(M)
White Color + Original Side Kit and Rim 16`
Year Register 2001
1 Owner Only
Price: $6800 Negotiate.

Mazda Levante @ Vitara (Import From Singapore)
2.0 Intercooler Turbo Diesel (Auto Transmission)
Year Register 2001 (factory made 1997)
2 Owner.
Price: $5500